Showing posts with label interview. Show all posts
Showing posts with label interview. Show all posts

Thursday, December 29, 2016

Countdown?

9 hari lagi.

Tapi guess what? Aku baru nak submit form untuk dapat kebenaran nikah dengan interview esok. Ye esok. Hahaha keje gila kan? Hopefully semua orang kat JAIPP tu lembut hati laa keluarkan kebenaran berkahwin sebelum 7 Januari 2017.

So, for time being, aku memang takde mood langsung nak buat apape persiapan pun. Walaupun hakikatnye doorgift lagi 100 (atau lagi 200 kot kalau rajin) tak siap... Baju pun last minute tukar warna pe bagai sebab ade kawan tunang aku baik hati bagi jubah arab suruh tunang aku pakai. Hahaha... Tapi nasib baik aku discover aku ade baju lain yang nak dekat sama warna. Itu pun lepas mak andam  bising-bising.

Tak habis-habis nak suruh jumpa. Celah mana nak jumpa dia dekat KL, aku pulak kat Penang ni ha. Tadi petang aku inform aku nak cuti esok pun bukan main bersilat lagi team lead tu. Orang lain takpe la wedding lagi 6 bulan ke depan dah start kecoh nak cari tu cari ni buat persiapan... Aku? Dengan status pun kejap-kejap macam biskut, dapat jumpa tunang pun setahun sekali, ni pun paling awal aku dapat nak jumpa dia dalam 5 Januari nanti. 2 hari sebelum majlis. Tu pun sebab aku baru start cuti masa tu.

Dia pulak baru ada masa nak datang sebabnye.................. Time ni la nak tukar IC baru, time tu laa nak settle entah ape bende lagi yang dia kena settle... Dia balik haritu pun tak sempat nak layan jetlag lepas 14 jam dalam flight, dah berkejar ke klinik kesihatan buat HIV test, settle document untuk nikah semua... Nasib baik la dia penyabar, layan je benda penting.

Orang lain? Sibuk pulak suruh aku fikir pasal majlis la baju la, tanak majlis aku caca-marba la... Eeehh... Aku tak sempat dah nak fikir semua tu. Alangkan benda paling utama pun selagi tak settle pun dah buat aku serabut... Memang tak la aku nak fikir pasal majlis. Asal orang datang dapat makan, dah. Lain-lain lantak kau la. Walaupun orang tegaskan kahwin ni sekali seumur hidup.

Eleh, macam la lepas ni kalau rasa-rasa teringin nak mengimbau kenangan, boleh je pegi sewa baju apa semua pastu tangkap gambar kat studio... Tak semestinya hari kau nikah tu la hari tu nak kena spend  habis masa, duit, tenaga untuk raikan la ape semua. For me, it is not necessary... Aku dah cakap dah dulu, aku memang jenis yang simple. Peduli apa aku majlis kahwin aku tak semenggah... Yang penting lepas akad nikah aku boleh spend masa dengan husband aku. Nak pulak kali ni, dari lepas akad nikah tu, cuma 8 hari je aku boleh spend dengan dia sebelum  dia balik ke negara pemastautin dia. Dan dia dah dapat kerja baru (Alhamdulillahhh...)

Aku ikut dia? Tunggu laa aku dapat offer funding duluuuu... Berapa kali entah aku nak cerita. Bosan jugak aku bila orang ingat dah dapat offer belajar lepas tu senang-senang akan dapat funding apa semua, dulu aku pun bajet macam tu... Cakap, cerita process flow memang senang... Nak ikut flow tu... Kau rase satu malam boleh settle semua? Takde kannn??? Camtu la jugak aku... Bukan semudah lepas tido, bangun esok semua dah ready... Taaakkk... Macam-macam aku kena settle lagi...

Yang paling kritikal, bukan kecik-kecik nilai duit yang aku kena korbankan... Sebab tu aku berkira gila dengan majlis yang sehari ni. Aku spend hampir-hampir RM 5k pun aku dah rasa macam bazir gila. Jadi aku tatau la pengantin-pengantin lain yang aku bloghopping sana-sini baca majoriti paling minimum spend RM 10k. RM10k bagi kat aku, memang buat pegi bayor PTPTN nu... Itupun habis budget aku baik hati letak budget kenduri RM5k. RM2k aku keluar duit, RM3k abang aku cover catering.

Budget untuk further study? Up-to-date aku dah spend dalam RM18k untuk semua keperluan-keperluan sebab aku bukanla top student punnn... Tu belum cerita berapa ribu pulak aku dah habiskan untuk maintenance kereta kesayangan... Itupun tak cukup nak cover pakej hilangkan calar-balar kat kereta... Untuk benda-benda aku minat memang laju je spend beribu... Untuk majlis ni yang sebenarnye aku tak minat sangat nak amik tahu ni, nak keluar sikit pun berkira. Haha

Letih? Memang aku sampai tahap nak give up punya letih.

TAPI ORANG YANG TAK ALAMI SEMUA NI TAKKAN FAHAM...!!

Lagi pulak typical meleis yang kalau kata majlis kahwin je nak cenggitu cenggini... Membe aku dulu Merico kawen time blajor, rileks je... Jamu orang makan-makan je. Skarang da jadi antara Pencetus Ummah yang femes. Usahawan pizza yang berjaya. Rileks je...

So, please, untuk kenduri kahwin aku ni, memang lantakkan saje sempoi simple-simple. Aku pun malas jugak bab-bab nak bergambar la ape semua... Takde hired mana-mana photographer pun. Sebab takde mood. Yes, serious takde mood selagi semua document tu tak settle-settle lagi.

Doakan aku esok dan hopefully boleh laa dapat surat kebenaran secepat mungkin.
*tangan dibahu, mata keatas*


Monday, December 26, 2016

Maxis Scholarship... Takde Rezeki :'(

Sebelum ni aku penah story teaser pasal Maxis Scholarship kan...  Haha kemain excited mase tuh sebab dapat panggilan first round interview... Ni aku punya story lumpsum dari masa apply sampai ke first round interview je laa... Takde rezeki untuk ke second round interview... Uhuk uhuk :'(

Ni screenshot email dorang antar... Excited nau printscreen utk apply half-day leave... Sebab aku malas la nak masuk bilik meeting semata-mata untuk layan interview ni...



Dorang interview online je, jadi memandangkan aku tengah sengkek akibat preparation untuk konvo (lepas 5 tahun merajuk tu), preparation wedding, nasib kurang baik sebab takde outstation dah lepas bulan Jun haritu... Maka save la sikit budget untuk ke sana interview, aku pulak duduk Penang kann... Dia punya nervous tu hang toksah nak cerita laa... Mana taknya kali terakhir aku join interview pun dalam 5 tahun lepas masa awal-awal apply kerja kat Echo Broadband tuh...

Siap pakej balik rumah tekup muka dengan bantal sebab nampak dah sinar harapan tak dapat kerja. Yang interview kerje aku sebelum tu punya saiko aku kan sampai punah harapan kot nak dapat kerja... Tapi rezeki tak dijangka, dapat jugak aku kerja kat Echo sampai 5 tahun plus dan masih bertahan hingga kini. LOL.

Okey back to the main topic.

Pasal Maxis ni, honestly aku pun tak jangka dorang panggil untuk interview. Yelah, dia punya application pun nampak macam main-main. Isi semua particular details pastu upload video duration approximate 1 minutes pasal topic "If I had power to revolutionize the telecommunication industries in Malaysia, I would..." 

Upload ke Youtube okeh. Siap dengan hashtag pastu set to public. Kalau jenis pemalu memang berjuta kali jugak la fikir nak upload kan... Aku pulak jenis tak kisah ape, memang belasah je upload. Peduli hapa aku. Haha. Alangkan nak cakap depan orang pun selalu aku volunteer walaupun teknik communication aku agak ke laut, inikan pulak upload Youtube. Bukan aku nampak orang pun. Haha... Yang penting tu confidence!

(-_-") *facepalm dengan diri sendiri*

Aku punya video korang boleh tengok kat sini (memang aku tak malu-malu share kan?):



LOL habis. Dengan muka sangkak lepas 90 kali "take" pasal lupa script la, anak buah aku dok bising kat luar bilik, jiran aku test ekzos kereta la, kucing main kejar-kejar atas siling, haha... Macam-macam...

Aku tunjuk jugak kat tunang aku. Dia agak impress dengan isi-isi aku, so naik la sikit confidence level tu. Tak cuba tak tahu kan...

Actually aku buat kerja gila sikit masa apply tu. Memandangkan aku dapat 3 offer masa tu (Northumbria University, Sunderland University dengan Newcastle University), so aku spam application tu dekat 5 kali kot. Haa betapa tinggi determination aku untuk nak jugak-jugak scholarship ni... 2 kali untuk Northumbria dengan Sunderland masa sebelum aku update resume personal aku, 3 kali lagi untuk 3-3 universiti lepas aku perasan resume aku sebenarnya "cacat" dan aku pun update la resume tersebut. Haha...

Kemudian tibalah hari yang dinantikan... Hari interview. LOL. Ini je screenshot yang berjaya aku ambik sebab aku takut aku terlanggar apape terms and condition kan... Jadi ni je lah termampu. Hahahaha... Nervous habaq hang masuk dalam lobby nih. LOL.


Interview berjalan dengan lancar dan aku rasa aku banyak merapu dari serious. Sebab aku pun tak sure apabenda weakness dengan strength aku. Haha. Tapi santai la sebab first round lebih kepada nak mengenali hang ni sapa... Dorang pun sebenarnya confuse apehal aku hantar sampai banyak application dengan 3 universiti. Sampai confuse nak pilih mana satu. Cuma aku banyak la jugak highlight yang kalau boleh, kalau dapat, aku nak dorang sponsor yang Northumbria. Yelah kan sekali dengan praktikal. Tak tahu la.

Interview sepenuhnye dalam bahasa inggeris. LOL. Inggeris. Lama tak guna perkataan tersebut.

Dia cakap lepas 2 minggu dorang akan update untuk next round sama ada dapat ke tak...

2 minggu hapa... Punya takut tunggu 2 minggu tu. Siap refresh email tiap sejam masa cukup perkiraan 2 minggu tu. Haha.

Akhirnya 2 hari selepas masuk minggu ke-3, hari Jumaat, hari aku tengah rileks bercuti kat rumah sebab system down, aku terima email yang agak mengecewakan.

Tak terpilih untuk next round.

Takpe la... Anggap je takde rezeki kat situ...

So, bye-bye la Northumbria University atau Sunderland University yang offer course untuk intake Januari @ February... At least aku baru ada 1 pengalaman interview yang kena reject.

Hoii... Not bad hape... Lepas 31 tahun hidup, ni first time tau tak, interview lepas tu kena reject. First time weh. LOL. Selama ni apape interview aku lepas je... Hihihi...

Pastu bila fikir-fikir balik, memang elok pun tak dapat ke second round. Mana la nak tahu tetiba second round tu aku kena pergi sana, instead of buat interview online macam first round... Kan? Dah la tengah takde duit masa tu... Elok masuk minggu ke-2 tu sebelum tau result, aku dah siap kira-kira budget dah... Nampak macam tak cukup je kalau dorang nak suruh ke sana. Well, at least ada hikmahnya :-)

Walaupun kecewa. Hehe. Takpe. Scholar lain masih ada. Harap-harap ada layang sangkut...

Selain Maxis ni, aku ade gak apply:
- Chevenings (yang ni aku harap qualified sampai tahap interview sebab aku rase aku ade banyak benda nak cerita pasal penglibatan aku dalam volunteering)
- Biasiswa Komanwel JPA
- IELTS scholarship (walaupun band 6.0 jeeee)
- Yayasan Daya Diri (yang ni last minute baru update lain, lepas tarikh tutup baru update. Apalaa)
- Yayasan Khazanah (deposit resume & offer letter jeee)

Yang lain-lain last resort yang ada, apply Mara laaa... Ape lagi kannn...

Semoga ada la rezeki aku nak sambung belajar tahun ni... Sekurangnya, kurang laa sikit jarak antara aku dengan husband kalau dapat sambung study ni... Sengsara oii jauh terpisah 2 benua ni... Bercinta je pun dah sengsara, inikan pulak dah kawen nanti :'(


Thursday, November 17, 2016

:) :) :)

Pherghhh... Dekat setahun rupanya aku diam dan hilangkan blog ni...

Abes serabut bersawang dah blog ni... Maklum la skarang ni paling tak pun meroyan kat twitter atau fesbuk je...

Fesbuk aku pun dah bertukar sejak tahun lepas. Kene hack la kekonon. Dapat balik. Cuma malas nak layan balik kenangan-kenangan silam, so, let it gooo...~~ let it gooo je lahh...

Banyak sebenarnye aku nak share untuk korang perjalanan hidup aku untuk tahun ni... Bile dah ade semangat nanti aku draft and autopost je segala post-post yang aku nak share. Mana tahu kot-kot berguna... Mungkin jugak aku akan share something special hujung tahun ni... Tapi kene tunggu confirmation duluu...  Jadi kene la sabar sikit :D

Summary untuk tahun ni, sampai ke saat ini...

Januari - Terlibat dengan projek Gas Malaysia. Nervous sebab baru first time. Hehe.
Februari - Dah pandai buat claim untuk outstation.
Mac - Ear infection. Yang ni pun makan bulan nak baik. Nanti aku cerita.
April - Cukup setahun bertunang dengan si dia (Sapeeee???)
Mei - Dah abes sesi outstation. Bosan-bosan kat opis, register IELTS. Haaa...
June - Puasa. Letih. Haha.
Julai  - Sambut besday time raya. Hujung Julai layan test IELTS. Nanti aku citer detail.
August  - Anak buah aku pegi operate telinga. Result IELTS keluar, tapi mintak dorg check balik.
September - Sepupu-sepupu aku kawen. Supposed aku kawen jugak bulan ni. Tapi postponed.
October - Result IELTS yang recheck keluar. Sibuk dah apply universiti kat UK.
November - Konvo UNISEL. Finally #gengrepeatpaper graduate juaaa...

Yeszzaaa... November ade banyak cerita best.

- Graduate setelah 5 tahun merajuk bawak diri dengan UNISEL
- IELTS score 6.0.
- Dapat unconditional offer dari Northumbria University, Newcastle University & University of Bristol.
- Dapat conditional offer dari University of Sunderland.
- Dapat first round interview dengan Maxis untuk Maxis What's Next Scholarship.
- Masih gigih mencari fundings untuk belajar di UK.
- Kahwin? HAHAHAHAHAA... Sabar.