Showing posts with label graduate. Show all posts
Showing posts with label graduate. Show all posts

Sunday, June 4, 2017

Further Study...........

Diam tak diam dah pun masuk 9 Ramadhan 1438H. Dah 9 hari dah posa weyyy... Haha takdan nak wish posa pun masa first day posa haritu.

Lagipun sibuk buat keputusan..................

Sampai hujung Julai 2017 je tempoh berfikir untuk resign dan fokus ke benda lain.

Oh yeah...

Universiti Sains Malaysia ke atau Newcastle University?

*Terpaksa reject University of Bristol sebab dia tak habis-habis push dan asyik hantar email. Hahahh*

Sebenarnya hati aku berat ke USM. Siap dah bayar yuran pendaftaran semua. Cuma aku masih tak pasti sama ada nak teruskan full time macam dalam offer letter ataupun part time study. Yang aku tau, aku ambil mixed-mode, kelas tu tak kisah, memang weekend je. Tapi untuk part research tu... Kang kalau spend weekend saja buat research, mau ke laut kajian aku tu. Huhuhh... Kalau resign, camner nak bayar komitmen bulanan aku?

Ada sesapa boleh bagi pandangan tak dengan lebih detail pasal RA or RO etc?

Thursday, November 17, 2016

:) :) :)

Pherghhh... Dekat setahun rupanya aku diam dan hilangkan blog ni...

Abes serabut bersawang dah blog ni... Maklum la skarang ni paling tak pun meroyan kat twitter atau fesbuk je...

Fesbuk aku pun dah bertukar sejak tahun lepas. Kene hack la kekonon. Dapat balik. Cuma malas nak layan balik kenangan-kenangan silam, so, let it gooo...~~ let it gooo je lahh...

Banyak sebenarnye aku nak share untuk korang perjalanan hidup aku untuk tahun ni... Bile dah ade semangat nanti aku draft and autopost je segala post-post yang aku nak share. Mana tahu kot-kot berguna... Mungkin jugak aku akan share something special hujung tahun ni... Tapi kene tunggu confirmation duluu...  Jadi kene la sabar sikit :D

Summary untuk tahun ni, sampai ke saat ini...

Januari - Terlibat dengan projek Gas Malaysia. Nervous sebab baru first time. Hehe.
Februari - Dah pandai buat claim untuk outstation.
Mac - Ear infection. Yang ni pun makan bulan nak baik. Nanti aku cerita.
April - Cukup setahun bertunang dengan si dia (Sapeeee???)
Mei - Dah abes sesi outstation. Bosan-bosan kat opis, register IELTS. Haaa...
June - Puasa. Letih. Haha.
Julai  - Sambut besday time raya. Hujung Julai layan test IELTS. Nanti aku citer detail.
August  - Anak buah aku pegi operate telinga. Result IELTS keluar, tapi mintak dorg check balik.
September - Sepupu-sepupu aku kawen. Supposed aku kawen jugak bulan ni. Tapi postponed.
October - Result IELTS yang recheck keluar. Sibuk dah apply universiti kat UK.
November - Konvo UNISEL. Finally #gengrepeatpaper graduate juaaa...

Yeszzaaa... November ade banyak cerita best.

- Graduate setelah 5 tahun merajuk bawak diri dengan UNISEL
- IELTS score 6.0.
- Dapat unconditional offer dari Northumbria University, Newcastle University & University of Bristol.
- Dapat conditional offer dari University of Sunderland.
- Dapat first round interview dengan Maxis untuk Maxis What's Next Scholarship.
- Masih gigih mencari fundings untuk belajar di UK.
- Kahwin? HAHAHAHAHAA... Sabar.



Thursday, October 6, 2016

Tunda Kawen

Sedih jugak la sebenarnya... Sepatutnya bulan lepas aku nikah & kenduri. Tapi chill, sambut kenduri sepupu-sepupu je pun ape ade hal kannn?? :D

Terpaksa tunda kawen. Next date mungkin 7 Januari 2017. Mungkin la. Kalau aku takde apape aral melintang. Sebab? Mungkin orang cakap dugaan orang bertunang. Huhuhh... Ape dugaan sangatnye? Kitorang jauh, si dia tak dapat nak balik, cuti tak approve, aku pun duit entah ade takde je. Haha. Janji hepi.

Dengan sape aku kawen masih lagi menjadi misteri dan akan jadi misteri sampai bila-bila.

Sedih jugak baca kisah aku dengan Incik Jep dulu tu. Dengan suwit sawit nya... Tapi aku kena admit yang dia ada orang lain yang lebih baik dari aku dalam hidup dia. So, nak buat camner kan? Chenta mudah bertukar ganti dan mudah jua dijual beli. Eh.

Alaa... Yang penting hidup mesti diteruskan. Aku pulak skarang ni agak sibuk nak selesaikan urusan nak konvo. Yaaa... Setelah merajuk 5 tahun, konvo jua akhirnya. Sekali la konvo dengan geng repeat paper seperti Zef, Apis, Puva... Layan je laa... Bukan senang. Walaupun terpaksa telan je ape orang cakap... Kan aku dulu time sekolah bukan main cemerlang. Chill la weh. Aku bukan tak pandai. Malas je. Lagipun asyik kat atas je kan, sekali sekala kat bawah boleh jugak bawak-bawak sedar diri...

P/S: Post ini back dated.