Sunday, August 10, 2014

Tak Tahu...

Pertama sekali, tahniah pada Hadra (epalejau.blogspot.com) sebab dah pun tukar status dari Cik Hadra ke Puan Hadra :))) 

Tak dapat hadir sebab tak expect dapat cuti raya sampai seminggu tahun ni. Maka beraya la kita di rumah family akak ipar di Perak. First time dalam hidup beraya dalam suasana kampung. Teruja baq hanggg... Aku malas nak tempek gambar kat sini... Tapi kat instagram ngan fesbuk banyak la gambar beraya siap dengan family day dorang. Pegi la tengok sana. Hehe...

Memandangkan time2 raya ni femes dengan soklan berkaitan dengan kawen... Tetiba sepanjang bulan ni sampai la ke harini, tak abes2 antara aku dengan Incik Jep bincang pasal kawen.

Macam2 benda keluar... Dari prosedur, borang2, family, entah apa2 lagi kitorang bincang. Padahal dalam masa 2 tahun ni tak mungkin kitorang kawen pun... 

Semalam aku gelak2 kat dia sebab aku cabar dia tanya abang aku... Boleh tak kawen ngan aku... Memang dia buat, tanya... Abang aku pun dengan sengal2 jawap, boleh...

Haha. Macam memain je rupanya. Tapi, setakat tanya camtu, camtu je la abang aku jawap. Aku nak bincang dengan lebih lanjut dengan dia & abang aku... 

Masalahnya skang, dia dah tanya family angkat dia (kakak2 dengan abang2 dia) pastu kakak dia cakap tak boleh kalo dia saja tanya. Kena family dengan family. Secara official, lebih formal kekdahnye... Aku macam... Kalo takde bincang utk "break the ice session" la konon2nya, camne nak ajak family pulak further discussion?? Aku confuse kot... Ahaha

Camne nak overcome benda2 camni? Aku seriously takde sesapa nak ajak berbincang. Kalo ada arwah mak, boleh la ajak sembang mintak jalan yg betul utk niat yang murni ni... Aku pun macam dia jugak, kalo tanya abang aku, camtu je la aku pun tanya. Memang jadi camtu je la. Abes satu soalan, abes.

Aku betul2 blur la camne nak start. Nak tanya abang aku, entah2 dia tak caya aku ke... Mana la tau, nanti dia ingat aku pulak yang terlebih beriya, padahal Incik Jep takde pun camtu (padahal dia mana tau betapa Incik Jep push aku suruh tanya, cuma aku je senyap sebab aku pikir bendanya lambat lagi)

Incik Jep kenal aku camne, dia tau aku tak minat keje dua kali - maksudnya ada acara merisik & meminang waktu lain, pastu tunang, lama pastu baru kawen... Dia pun tak suka camtu... Tapi skang ni memang macam susah nak percaya sebab dia sesorang kat negara orang, family dia semua kat sini nun di KL, aku ngan family aku pulak kat Penang... 

Kata nak bincang kecik2 face to face pun dah makan kos... Nak call, bukannya perkara jual beli barang kat mudah.com sampai tahap nak call tanya. Dah tentu dengan call, mungkin jugak kedua2 pihak akan anggap, hmm serious ke perkara ni? 

Nak bincang antara aku dengan Incik Jep saja? Memang setakat boleh bincang dengan anyam impian saje lah... Sejujurnya bila pikir balik betapa complicated nya perkara ni, terus aku rindu dengan arwah mak. Biasanya mak2 je boleh gali sedalam-dalam lagi nak bagi nasihat/pendapat untuk anak perempuan sendiri. Entah la. 

Skang ni dah jadi benda yang berbeza tau antara aku dengan Incik Jep. Dulu aku yang beriya tanya, pastu dia nasihatkan aku pasal hal kitorang ni, baik go with the flow je sebab masing2 pun ada cita2 dengan komitmen sendiri. Skang dah terbalik. Nampak macam aku pulak yang mengelak nak bincang hal2 camni... Aku tatau nak explain camne, puas dah aku google, tengok drama, tapi tak dapat jugak cara yang fit situasi aku dengan dia... 

Aku sayang dia, tapi sekarang aku serabut sebab bila aku decide nak kawen ngan dia, pikir life lepas kawen, tinggal family, tinggal sedara... Aku jadi sedih. Seboleh2 bila pikir camtu, aku rasa macam nak enjoy life kat sini dengan adik-beradik, sedara-mara... 

Tak ready la nak kawen + migrate. Aku tak kuat macam alia (secondsanctuary.blogspot.com)

:'(

No comments: