Sebelum tempat ni diwartakan jadik taman negara, membe aku ni cakap laluan-laluan yang ada kat sini memang kebanyakkan bahaya untuk dilalui kalo tanpa guide dari renjer hutan. Tambah plak kalo jenis suka-suka nak isi masa lapang pegi tempat-tempat camni. Dari dok hiking dalam shopping mall tu apa dapat? Peluh pun tak luak. Ternak lemak lagi kot makin meriah ah kot. Dah la aku ni gaji pun blom masuk. Hehe.
Entry ni agak meriah dengan gambar-gambar. Sementara nak tunggu gambar-gambar abes loading, bleh la korang pegi buat sit-up 60x dulu. Ampun maaf la banyak-banyak kalo gambar-gambar aku nih makan bandwidth broadband korang. Huhuhu...
Gambar semua pun un-edited. Muahahahahaha. Agak malas lah nak usik... Eksaited nak citer punye pasal. Sape-sape nak gune gamba ni dikemudian hari nanti haruslah kredit kat aku tau tau tau??? Layan je ahhh... Sementara broadband tengah baik hati bagi upload gambar-gambar ni :P
Masitah, aku dengan Iryani. Kitorang plan bertiga je untuk hiking pade hari ini. Masing-masing muka ceria nak mampos sebelum tenat melantak bergelas-gelas air sejuk lepas meredah almost +/- 2.4km perjalanan pegi-balik dari keta ke tempat daftar nama ke dalam hutan ke tepi pantai :D Meriahhhh...
Next pictures korang kene scroll la sebab aku tanak blog ni panjang lebar ngan gambar. Panjang lebar ngan bebelan aku takpe. Ngahahaha... Sangat gila kuasa membebel ok?
Very-very the first check point :D
Next destination...... Time ni da lepas palang masuk dah... Santekkk rase tempat ni...
Pilih-pilih laluan mana suka... Reflect macam lampu-lampu tu dari henset aku je. Lupa plak bleh on flash. Haha...
Sebenarnye destinasi kami bertiga adalah naaaaaaaaakkk sangat berendam dalam Sungai Tukun yang sejuk salju di tengah-tengah hutan tu... Tapi apakan daya... Kat first check-in lagi akak kaunter tu bagitau Sungai Tukun tu takleh mandi sebab dalam proses penyelenggaraan.
Frust kat situ. Bukan tak buleh nak pi mandi laut. Tapi masing-masing tanak mandi laut pasal kawasan-kawasan berdekatan laut tu takde tempat shower air biasa. Melekit la kot nanti sementara nak salin baju, sampai kat tempat keta lagi... Balik umah nak mandi air biasa. Huhu...
Notis selenggara. Sob sob sob.... Tsskkkkk!!! *Nanges laju-laju*
Terus jalan-jalan lagi. Next destination ke tempat orang-orang USM buat kajian. Tak pasti kajian apa... Tapi kajian la. Nanti last-last satgi aku letak gambar pagar depa. Pagar tu cantik wooo... Muahahaha...
Taraaa~~!!! Dah sampai ke tempat yang nak dituju lepas kecewa takleh pi masuk kawasan rekreasi Sungai Tukun...
Nak blaja kat USM takleh dulu... Dapat datang melawat kawasan penyelidikan dorang pun dah cukup hepi. Tempat ni siyes cantik. Sebenarnye boleh je lagi straight pegi ke Muka Head tempat light house sana... Tapi ni pun kami pegi dah pukul berapa... Dekat tengah hari... Sampai pun time panas terik membakar kulit-kulit muka... Takkan nak terus berjalan sampai ke hujung dengan lagi sejam perjalanan... Total perjalanan kami adalah lebih kurang 55 minit. Haha. Laju jugak la. Sebab estimate time dalam pamphlet yang kami dapat lebih kurang sejam 20 minit.
Enjoy the view kawasan penyelidikan ni. Siap ada jetty semua. Boleh naik bot actually datang sini. Kami ingat kena jalan kaki je ke sini =..=". Patut la rasa pelik kenapa ada orang macam pegawai penyelidikan situ dekat-dekat post guard tu macam tak kurus je. Bahahaha...
Finally... Baleeekkkk~~!!! Time balik ni kami nampak macam-macam wooo... Haha. Cerita gempak. Padahal nampak biawak besar je pun. Haha. Dan rasa de-motivated bila tengok wooohhh... Apsal tadi masa datang takdak tempat tinggi-tinggi yang melunturkan semangat nak balik ke rumah ni?
Tu je ah sesi jalan-jalan dengan kawan baik pada minggu ini. Entah bila bleh ber-aktiviti macam ni lagi. Tanak la letak gambar last kami semua camna. Bapak la sedih muka masing-masing. Air plak kat kedai makan tu sampai sorang 2-3 gelas. Makcik buat air tu punya la gelakkan kami tak hengat punya.
First time ni weh main redah-redah hiking setelah bertahun-tahun lepas sebelum SPM dulu pegi hiking dengan kadet remaja skolah. Aku plak lepas bertahun-tahun tinggalkan ATMA tu.
Nanti ada masa lapang lagi, kami plan nak kuar umah awal-awal pagi, terus shoot pegi tempat camping plak kat Pantai Kerachut. Harap-harap time tu masing-masing dah fit la. Nak redah 2.4km pegi dan 4.8km balik pulak nanti kan... Time ni pun kemain dok bising semputttt... Sempuutttt... Macam kumpulan Sepah punya 2nd round punya persembahan kat JB tu. Yang wat konon-konon talk show "Manisnya Kurma Itu" hahahaha...
By the way, kalo ada rasa tak senang hati tengok gambar tu... Sila salahkan kamera henset kami. Semua gambar-gambar tu kami blasah je amik guna henset aku (3.2Mp) henset Iryani (3.2Mp) dengan henset Masitah (2Mp). Memang betul-betul un-edited. Kami saja suka-suka maaa... Bukan pro buat program "Mari Meredah Hutan".
Peace!!!
Oh, lupa nak citer. Taman Negara Pulau Pinang ni masuk adalah PERCUMA!!!
4 comments:
aaaa... takleh g tempat camnie, manyak nyamuk ha ha ha
::abglan::
mana ada nyamuk... takde langsung laaa...
Jalan laju2 kot... tue nyamuk xleh kejar
::abglan::
laju tu tak la laju macam askar buat merempuh halangan... memang takde nyamuk pun situ... tatau knape...
Post a Comment