Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa.

Tadi aku baru lepas tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O kat TV9. Segmen apa ntah... Tapi kisah pasal sorang gadis terlantar sejak eksiden 6 bulan lepas.

Teringat uh kat arwah mak. Sebijik macam tu. Siap 5 tahun terlantar camtu. Takde plak nak masuk rancangan TV. Eh, lupa... Kami duduk umah teres. Mana buleh masuk TV. Kot kami duk umah papan mungkin ah kot kan.

Bukan nak compare pasal arwah mak dengan yang kat dalam TV tu. Gadis tu mak dier ah jaga. Sian jugak ah mak dier kan. Arwah mak ni plak... Arwah ayah yang jaga. Sempena hari bapa hari ni... Nak citer ah sikit pasal setianya arwah ayah jaga arwah mak masa dia sakit tu. Bukan sekejap. 5 tahun. Kalo orang lain aku tatau ah bleh tahan ke tak tengok wife sakit-sakit tu siap nak kena angkat untuk mandikan, bagi minum ikut time, bacakan surah-surah... Nasib baik ah ada abang aku tolong-tolong.

Harini hari bapa. Memang teringat ah kat arwah. Kalo dulu masa dia ada, tiap-tiap hari pukul 10 pagi mesti tengok citer P.Ramlee kat Astro Prima. Hari-hari jugak teman dia tengok. Lepas tu mesti dia cerita pasal arwah wan (atok lelaki) penah keje dengan seniman-seniman tu semua kat situ. Dia citer pasal arwah tok (atok pompuan) suka masak untuk dorang. Hehe. Klakar... Lepas studio Jalan Ampas tu tutup, bangsawan pun macam da tak glemer dah, atok ngan wan balik sini, Penang jual pulut udang.

Arwah ayah terer oo wat pulut udang. Pulut udang dia buat memang terbaek ah. Dulu pernah sekali dia tunjuk camne nak buat pulut udang paling sedap. Malangnya aku ah tak salin resipi. Lepas tu siap skip-skip lagi malas nak balut pulut udang kecik-kecik macam yang orang jual kat pasar malam. Sebab sedap, maka aku ikut nafsu buat yang besar-besar. Makan 3 ketul je dah kenyang. Mana taknya. Besar lengan kot. Haha. Aku gile makan pulut udang oh masa tu.

Bagi sape-sape yang tak kenal pulut udang... Ni ah pulut udang. Sumber: Google


Bayangkan tahap kemalasan aku adalah seperti menggabungkan dua pulut udang dalam gambar ni menjadi satu. Besar tak besar?

Hahaha...

Tapi tu semua tinggal kenangan.

Harini, dan tiga hari lepas tu...

Genap la 2 tahun arwah ayah pergi meninggalkan aku dengan abang aku. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Aku harap dia gembira la kat sana dengan arwah mak sambil-sambil perhati kami kat sini dari sana. :D

Aku jugak berharap, kalo datang ah jodoh aku dengan mane-mane lelaki, kalo bleh aku nak jenis setia macam dier kat arwah mak. Hehe. Ini kebanyakkan aku baru test sikit terus ajak clash. Memang takleh caye. Bahahahaha. Tambah-tambah plak yang jenis nak sangat-sangat tau rupa aku camne sebab aku jarang jugak tayang muka kat blog. Kat fesbuk pun jarang jugak. Cuma skang je kat fesbuk aku letak gamba betul. Lepas tu bersepah je nak berkenalan. Entah apape. Tu pasal siap kuar entry macam haritu tu.

Haha. Kepada semua ayah-ayah yang ohsem di dunia ni, aku ucapkan selamat hari bapa. :D
Post a Comment