Wednesday, June 22, 2011

........

Tatau aku nak letak tajuk ape.

Yang penting aku hepi. Semalam punya citer tu... Gampang ngade-ngade je buat cuak lebih. Padahal takde ape sangat pun. Tapi dia punya cuak sampai rasa nak berenti keje. Haha. Hiperbola sangat aku ni kan?

Over betul perangai.

Kali ni aku terjaga sebab dalam perut sangat la ada orkestra. Lepas maghrib tadi tertido tak sedarkan diri sambil laptop on dan juge broadband cilok macam harta sendiri. Boleh la on laptop sendiri ni. Setelah beberapa lama tak on. Pastu tengok-tengok da ter-off. Alang-alang da terjaga ni, on la balik.

Ok ah kan. Bleh jugak tules-tules sini.

Tak sabar nak tunggu weekend ni. Pegi berhutan. Eh meredah hutan. Ke Taman Negara Pulau Pinang. Sori la aku bukan kaki shopping. So, kalo nak kuar dengan aku at least kene ada aktiviti. Setakat tengok wayang... Hmm... Sekali-sekala bleh la. Nak ukur shopping complex sambil window shopping, dah tak larat dah. Kadang-kadang pilih pegi Queensbay Mall tu bukan sebab nak jalan-jalan dalam mall tu... Tapi duduk tepi pantai kat situ. Atau tengok orang main layang-layang.

Letih kot jalan dalam mall ni. Mesti je nak singgah mana-mana fast food/restaurant. Ye lah dah jalan mengeluarkan haba kat tempat ber- air - cond. Pastu marah pada diri sendiri sebab dah makan fast food terlebih kalori. Entah apape.

Wahahah. Konon nak mengkuruskan diri la konon kan. Celah mana tah kurus kan. Eh lama tak swimming. Sabtu ni belasah ah pegi umah cousin tu. Ahad baru meredah hutan. Isnin hari keje jadik zombie sebab letih.

Susah btol nak turunkan berat macam masa study kat ATMA dulu. Eleh, kawan-kawan kat situ yang da jadik officer semua pun dah PJK je masing-masing. Perut Jauh Ke depan. Hehe. Aku ok ah kot. Maintain je nampak kecik. Tapi berat ya ampun... Ntah sape je caye berat aku yang amat berat mata memandang ni. Hahahaha...

Tapi dalam dilema jugak nak tambahkan berat ke nak turunkan berat. Ye lah... Naik moto tu... Haritu abang aku bawak aku pegi mana tah dia komplen tak rasa bawak aku naik moto. Dia lebih suka angkut wife dia dari aku sebab at least rasa la jugak ada orang kat blakang dia. Means, rasa la berat tu. Bawak aku rasa macam naik moto sorang-sorang. Aku plak naik moto skang ala-ala terhuyung-hayang. Kuat betul angin kat Penang ni. Kalo lagi ringan aku, boleh terbang terus kot pegi keje.

Ahhh... Yang penting aku masih sihat dan comel. Hahaha. Part comel tu la aku suke. Ramai je cakap aku comel kat sana. Hahahaha. Terbaek skali adalah, semua ingat aku 21 atau 22. Yeay!! Suka... Suka... :D

Kalo aku buat petition mintak tukar tahun lahir kat dalam mykad bleh tak?

No comments: