Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Sunday, June 30, 2013

Mohon Penjelasan

IAku confuse. Ada sesape bleh berikan penjelasan tak? 

1. Mee Bak Kut Teh

Perhati betul2 logo halal dia. Sorry la kalo blur. Yang ni logo halal Asean katanya. Next, jap gamba2 related dengan ingredient mee bak kut teh ni




Bak kut teh ada jenis vegetarian?!! *confuse*

2. Company yang sama, Mee Rempahan Sup


Logo halal dari Malaysia, tapi aku tak pasti la betul2 logo halal terkini atau bertahun sudah punya :-/

Related to mee rempahan sup



Jangan betulkan PC anda. Bahan dia memang sama. Maybe kopipes kot.


Ada sesapa boleh tolong bagi penjelasan? Mungkin yang keje dengan company tu ke?

1. Boleh ke satu company, kuar produk makanan segera, packaging lebih-kurang sama, tapi logo halal lain-lain?

2. Sejak bila bak kut teh halal? Siap vegetarian lagi.

3. 2-2 pun kandungan serbuk rempah adalah sama: Garam, serbuk cili, I+G, serbuk kicap soya. I+G tu menatang apa?

Sunday, August 21, 2011

Kalo Dah Smoker Tuuu

Aku penah buat entry pasal punya la tak suka aku dekat smoker, tapi alih-alih ex aku semua pon smoker pade taon 2009 dulu. Lama dahh... Siap berazam nak kumpul duit ikut harga rokok... Tapi memandangkan time tu aku tak keje tetap dan masih belajar, maka simpan je la niat aku nak buat simpanan nak banding dengan harga rokok.

Sekarang aku dah start keje... Apa aku nak pon kebanyakkan aku dah dapat, why not start gaji bulan ni aku akan simpan sehari seploh hengget, sama dengan RM310 untuk bulan ni atau bulan-bulan yang ada 31 hari sebulan dan RM300 untuk bulan-bulan lain-lain untuk confirm tiada yang mustahil aku bleh buat saving dengan duit yang orang buat untuk beli rokok...

Kenapa aku nak bukak balik citer pasal merokok ni??? Haritu ada la sekali aku RT Kak Fenny pasal nih...

Harga rokok : RM10 (sekotak) x sehariJumlah tahunan : RM 3650Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250
Maka...Orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI kerana lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar..via anis diyana :D

Tah celah mana muncul perkataan via anis diyana tu pon aku tak perasan... Tapi camtu la lebih kurang dan tweet aku semua aku associate dengan fesbuk... So, kuar la jugak kat fesbuk tu kan... Maka ada la komen-komen pasal tu... Ada laa satu manusia ni sesat nak jugak tanye bukti apakah wujud manusia yang simpanan dia macam yang dalam tweet tu dalam masa 5 tahun guna duit beli rokok tuuu...

Bukan takda... Contoh depan mata aku pon ada... Iaitu abang aku... Malangnye dier takde la komited sangat nak saving hari-hari sebanyak perokok tegar membazir duit kearah kesesatan dan boleh membunuh orang lain... Dengan duit sebab dia tak merokok jugak laa aku tengok takde la sesak sangat dia tiap-tiap bulan komplen dengan situasi ekonomi dan politik Malaysia... Macam kat blog Papanda nih.

Cuba korang pikir sapa manusia paling banyak komplen harga barang naik, harga minyak naik, harga rokok naik... PEROKOK kan antara manusia terawal komplen semua tu... Dah bajet lari... Nasib laa kannn... Sapa suruh merokok at first place ye tak? Padan muka laa...

Ok berbalik ada cerita abang aku ni... Dalam umo dia baru 36 tahun sekarang niii... Ada tak antara korang yang masih stuck dengan bayar balik pinjaman yang macam-macam seperti keta, umah, semua... Confirm ada kan... Well, proud to say, dia takde langsung pikir nak bayar mende-mende tu semua... Sebab tak merokok, dia boleh manage financial very well... Kadang-kadang tergelincir tu not expectable laa kan... Lagipon kampung wife dia kan jauh... Ada sekali almost tiap-tiap minggu balik kampung wife dia... Bukan setakat raya je... Kau hado??? Tak mampooo kannn????

Sebenarnye bile bace tweet Kak Fenny tuh... Baru aku pon terfikir nak bukak akaun Tabung Haji... Hahaha... Sebelum ni mana aku ada... Kang duit tu yang aku beriye nak saving tu aku terletak dalam akaun biasa kang tak nampak sangat beza... Kang terbelanja kang haa... At least dalam Tabung Haji ke orait la kot nampak la jugak bukti tanpe faedah macam ASB... Kalo letak dalam ASB tu mcm main tipu lak kan... Hehehe...

Well memang aku kene buat sesuatu in case terjatuh hati dengan smoker lagi dan boleh motivate dorang dari segi financial... Walaupon aku budak engineering, tapi bab-bab manage duit aku terer apa... Tak caya tanya ex-osmet dengan abang aku... Tiap kali loan masuk je semua setel... Dari yuran pengajian sampai la ke benda-benda sara hidup macam sewa umah, servis moto (tiap-tiap bulan okeh... Ingat student tak mampu ke? Dari ko blanje awek tak tentu pasal, baik ko take care pasal kenderaan yang bawak ko cari rezeki/menimba ilmu tiap-tiap hari) dan bil-bil berkaitan. Takde aku hujung-hujung bulan mintak duit ngan parents. Camne gaye nak mintak duit ngan parents pon aku dah lama lupa...

Tak lupa jugak ex-ex aku yang smoker dulu jugak la antara orang paling banyak bising bila sebut soal hantaran. Haha. Takde saving lettewww... Status under geng blogger yang letak tweet atas tuh pon ada jugak yang komen pasal blanje awek seminggu MINIMUM RM100. Siap ngan jumlah tahunan dan tempoh expired (clash eh?)... Hehehehe... Tapi aku tak pernah nak kisah pon pasal semua tu sebab aku jenis awek yang independent dan liberal. Mana aku suka dating-dating ni semua...

Kalo boleh malas aku nak jumpa... Ye lah... Kalo jumpa-jumpa pon nak buat ape je... Balik-balik tengok wayang, makan fast food. Pastu kalo selalu sangat, nanti komplen plak awek dah gemuk. Sibuk plak nak suruh kurus-kurus. Tapi pelik ah. Dan tak paham kenapa lelaki taknak hargai sangat awek-awek yang malas nak kuar dating ni. Weyyy... At least awek tu bagi chance kau kumpul duit agar tak tersedak bersilat depan mak ayah bila time merisik je dah letak hantaran puluh-puluh ribu... Nak plak kalo ada akak masih single, confirm la kau kene taji serba-dua...

Tu pon takleh pikir ke... Wahahahahaa...

Anyway, kenapa tak boleh kan, kumpul sehari RM10, dari sedekah kat 7E atau kedai jual rokok, baik la saving dalam akaun Tabung Haji... Ye tak... Untung-untung terussss je ko dapat panggilan wat haji dalam umo yang tengah sihat-sihat ni...

TRIVIA: Kalo nak prove pasal simpan-simpan duit tu... Apa kata yang dah keja semua... Yang bergaji at least RM1.5k sebulan tengok balik betul-betul berapakah amount EPF/SOCSO korang tiap-tiap bulan yang company deduct dari gaji... Its almost HALF of the required saving to compare with smoker, tahu??? Kalo aku bercita-cita nak simpan 300 sebulan, kat EPF/SOCSO ada state at least 130+30 lebih dari majikan... So... Pegi la check dengan KWSP kalo tak caya...

Now?? Tak percaya aku lagi??

Saturday, July 30, 2011

Aku Blur Sangat Pasal Ni...

Kat timeline twitter tadi aku nampak citer-citer pasal pemohon tukar nama sebab tukar jantina tu dah meninggal. Kesian. Murung sangat pastu jantung tak stabil. Berita penuh kat sini.

Cuma aku blur sikit la. Maklum laa mana ada aku tengok citer "... Dalam Botol" tu dulu... So, memang aku tatau...

Camne dorang nak uruskan jenazah dier eh? Sape yang kene mandikan dia semua? Sebab dia dulu lelaki... Pastu dah bedah jantina tukar jadik pompuan... Kalo semula jadi khunsa, pastu dia buat pilihan hidup untuk teruskan sebagai salah satu jantina tu aku clear lagi la tentang sapa patut uruskan jenazah dia...

Bukan nak bukak aib doh, tapi aku musyikil je. Ada sapa-sapa boleh citer detail tak pasal ni?

Sunday, July 3, 2011

Perang Status Kat Fesbuk.

Citer semalam. Aku terasa? Yeph. Aku sangat butthurt.

Hahahahaha...
My status. Sori la ye sesape yang like tu aku malas nak kaburkan. Cuma malas nak display komen je.


Status yang membalas status aku. Ini yang pertama. Hahaha...


Ini yang kedua. Ahahahahaha... Via Iphone beb... Aku pakai web je. 

Memang aku antara "top employee(s) of the month" bulan lepas walaupon baru lagi keje... so what kan?

Hahaha...

One of my fren jugak yang post nih. Aku crop status je. Malas nak crop muka dia siap dengan ada badge kat sebelah gambar tanda support BERSIH tu. Join jugak la gamaknya kot.. Malas aku nak balas balik letak status kat fesbuk sebab... Ye lah, kalo berani sangat meh aa join komen kat status aku tu. Tapi kemain plak kan buat status sendiri. Aku tanak plak pegi komen dia sebab nanti dia tau la aku terasa. Hahahaha................................

Sape-sape add dia mesti tau sapa tuan punya komen tu kan?

Aku tau citer pasal 10-20 tahun duduk dalam ISA sebab mempertahankan negara. And yes aku respect dorang sebab BERANI. Yang masuk ISA tu semua memang stok-stok abes berani mati berdepan dengan pemimpin dan tegur pemimpin tu. Just that pemimpin tu tanak accept dan dorang disumbatkan ke dalam ISA. Memang berani. I respect that.

Macam pakcik teksi yang layan aku bercerita dulu tu la. Dia pernah masuk ISA. Kenapa dia masuk ISA? Sebab dia berani tegur pemimpin secara direct. Nasib la orang yang dia tegur tu fikir dia satu ancaman pada negara, so dalam ISA la dia duduk. Brave enough. Respect that so well.

Tapi yang aku komen pasal jem-jem teruk la segala bagai ni...

Yang join perhimpunan ni yang dibuat di tempat awam adalah tak respect hak orang awam nak lalu-lalang di kawasan tu. Paham tak? Kalau dah hari-hari pegi keja pun sangkut dalam jem, pastu kebetulan hari tu je ada masa lapang nak berjalan-jalan hepi-hepi dengan family, tup-tup stuck dalam perhimpunan yang takde benefit langsung macam tu. Kau tak ke stress? Nanti anak-anak kecik merengek sebab rimas stuck macam tu, kau dari parents yang penyayang kang dah berani-berani nak marah-marah, lempang-lempang anak pasal ni. Just sebab ada orang lain yang nak glemer masuk tv dan BAJET SANGAT BERANI konon nak ber-revolusi lah sangat, terus bagi effect emo yang melampau kat orang lain. Tak patut ok?

My opinion, kalo dah berani sangat, suka kan cabaran, why not jadi macam pakcik teksi tu je. Confront terus dengan pemimpin yang anda tak puas hati. Even kalo nak demo pun, terus je ah pegi umah dia. Apa hal aku baca blog lain komplen dia guna duit rakyat untuk bayar bil letrik dan sewa kediaman tu sampai ratus-ratus ribu, tapi rakyat macam tak boleh nak demo depan umah dia. Why like that? Dulu buat umah terbuka kan kemain luas lagi kawasan umah beliau tu. Bab makan free korang takde nak pikir plak corruption sana-sini kan? Heh.

Kenapa nak jugak cabul hak ketenteraman awam di tempat awam untuk event macam tu? Sungguh la aku tak paham apa yang kawan aku maksudkan sebagai berani dan kena mengena dengan mempertahankan negara masuk ISA atau penjara ke selama 10-20 tahun... Dah ramai-ramai kat tempat awam tu berani apanya... Senang kot nak selamatkan diri :D

Aku pikir yang join perhimpunan ni kat mulut je support. Dalam hati sama je kecut. Manakan tidak, dorang berdemo di tempat awam, kalo tibe-tibe polis ambush situ... Berapa ramai je yang akan stay mempertahankan tindakan dorang? Lain-lain mesti la kebanyakkan terus lari kan? Paling-paling pun buat-buat macam tak terlibat. Kalo kene tahan, merasa la tido lokap sehari-dua. Pastu bila dah kuar buat press conference cakap tak puas hati sebab kena tahan dalam lokap padahal tak terlibat dalam perhimpunan tu. Lame lame lame.........

Aku bukan la pro kerajaan atau pun pro pembangkang. Aku rakyat biasa. Aku memerhati apa yang boleh aku perhati je. Aku komen apa aku tak puas hati. Aku berani confront dengan orang yang aku tak puas hati... Sapa kenal aku, tau la aku camne. Bukan jenis baling batu sembunyi tangan. Ikut orang lain sebab ramai yang buat. Aku bukan macam tu. So far selalunya orang yang aku tak puas hati je asik elak-elak dari jumpa aku.

Bila orang dah rasa dia cukup berani sebab join what so called revolusi macam ni, takleh ke cuba langkaui batas limit so that dia boleh jadi hero untuk orang lain. Bagi aku hero adalah orang yang berani dan sangat-sangat berani push diri dia lebih dari limit dan lain dari orang lain. If not takde la orang panggil dia hero kan? Sebab dia sama je macam orang lain yang claim dorang tu berani.

Macam aku cakap laa... Perhimpunan camtu kat kawasan awam... Kawasan orang ramai sepatutnya bebas ke mana-mana, berurusan, berjual-beli, akak-akak survey baju raya, kalo ada sale bleh beli henbeg baru, ngeteh lepak dengan kawan-kawan, MLMers promote bisnes, pelancong asing tangkap-tangkap gambar, bukan pelancong tayang DSLR, adik-adik bawah umo ber-cam-whore moncong itik nak letak dalam fesbuk, budak-budak ber-shuffle, couple dating sambil raba-raba #sarcasm dan jugak pengutip derma yang tawaf kawasan tersebut sambil membawa permit ber-laminate... Tak ke terencat aktiviti yang nampak biasa seperti weekend-weekend yang lain?

Aku penah je bertekak dalam YM dengan sorang budak yang support perhimpunan macam ni tahun-tahun sudah. Siap kuar dalil hadis lagi pasal evolusi nak buang corruption dalam kepimpinan bila sertai perhimpunan macam ni. Last-last aku tanya dia apa hukum menganiaya orang sekitar yang mencari rezeki halal di kawasan tempat perhimpunan itu dan dia takut perhimpunan tu jejaskan perniagaan dia.

Terus senyap sampai harini.

Kat kelas, kat YM, nampak aku pon dah tanak tegur dah.

Biar la. Dia pon macam aku kot jenis malas nak pikir lebih-lebih janji hati puas.

If you know me, I'm sure you know what I mean.

Its your choice. All these are not more than my point of view. Correct me if I'm wrong.

Sebab aku mana amik port sangat bab-bab politik ni. Aku concern ketenteraman awam je sebab aku adalah orang awam. Aku suka Malaysia sebab aman damai, rakyat boleh bergurau-gurau dengan kaum-kaum yang lain, boleh belajar banyak bahasa (tiba-tiba patriotik).

Heh.

Opsssss........... Cukup-cukup ah aku bicara soal begini dalam blog ni. Takpe, esok lusa aku sambung buat citer lain plak. Tak suka sebenarnya nak buat citer pasal pendapat camni. Sebab pendapat aku ni kan apa la sangat kan....

Friday, April 29, 2011

Bila Sumpah Jadi Mainan Dibibir...

Dan turutlah - Al Quran - sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kpd kamu dari Tuhan kamu, sblm kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya [al-Zumar : 55]

Aku penah letak ni kat status fesbuk. Aku takut nak membayangkan ayat yang aku highlight tu... Mintak simpang laa kan...

Sebab aku risau kalau-kalau azab tu datang dalam bentuk yang dahsyat sekaligus. Tengok je la situasi Malaysia skang ni camne? Politik je macam sarkas. Sesama Islam pun sibuk-sibuk nak buka aib sesama sendiri. Sesama melayu pun sibuk nak jatuh-menjatuhkan sesama sendiri. Bangsa lain, agama lain pun tengok kita yang Islam pade Mykad pun confuse... Camni ke rupe orang beragama Islam?? Belum lagi campur dengan kes-kes jenayah macam buang bayi, rogol, bunuh, rosak akhlak, hina Islam, rasuah... Uihh... Banyak tu nak list.

Aku pun bukan la perfect sangat. Amal ibadat pun bukan sempurna sangat.

Tapi, ishh... Takut laaa...

Korang tak rase takut ke?

Bab sumpah laknat yang dikecoh-kecoh tu pun... Suke-suke hati je orang skang main buat sumpah-sumpah ni. Dah la dalam masjid plak tu, sape betul, sape salah tu wallahualam. Tapi memang masing-masing nampak macam tak risau langsung sumpah tu makan diri ke ape. Mana la tau kan Allah tak tunjuk sapa betul sapa salah ditimpa bala tu secara cash on the spot, tapi nanti azab kat akhirat camne? Time flash back balik segala apa kita buat masa hayat ada ni... Malu woo malu...

Teringat dulu masa kecik-kecik, orang tua-tua selalu cakap,

"Haa... Main-main la sumpah tu, silap sumpah, sumpah tu makan diri baru tau..."

Punya la lurus bendul dulu dah imagine sumpah tu macam dinosaur. Kalo silap sikit je dier makan diri. Makan plak tu jenis macam kene gigit-gigit sampai kuar-kuar isi plak tu. Punya la tinggi imaginasi masa tu. Takut gila kot masa tu. Siap menangis-nangis tanak mati awal-awal kalo sumpah makan diri ke apa walaupun memang betul apa yang kita sumpah tu. Yang arwah mak ngan ayah pun layankan je imaginasi melampau masa tu. Lagi la takut jadinye.

Haishh... Ntah laa kan... Tunggu dan lihat la saje...

Monday, August 16, 2010

Buang Bayi - The Chronology

Mak ayah hantar pegi sekolah. Siap duit belanja cukup-cukup. Tak cukup boleh mintak. Buat muka kesian sebab nak buat beli buku. Hakikat sebenar, dia lah kaki ponteng paling besar. Pegi sekolah pun setakat depan pagar je. Lepas tu ciao. Lepak lagi best. Ada jugak yang baik-baik. Tapi talam dua muka.

Nasib malang, ended up SPM fail. Keje merapu. Atau jadik penganggur yang suka berhibur sepenuh masa. Nasib baik, lulus jugak, boleh masuk kolej/universiti. Belajar tinggi-tinggi.

Orang kapel, dia pun sibuk nak kapel, sejak skolah kot. Kalo tak kapel, tak rock. Nanti kene kutuk ngan kawan-kawan. Takleh geng. Kawan-kawan ajak bersosial, dia pun laju je join. Takut kene sisih ngan kawan-kawan. Ye lah kawan-kawan kan penting.

Padahal tak salah pun jadik loner dalam skolah/universiti. Lagi rare dan lagi stylo. Takkkk!!! Tak boleh... Hidup kena bermasyarakat mak ayah pesan. Yes, fine.

Bila dah kapel, dah kene buktikan cinta. I sayang U, U sayang I tak? Tak bagi pegang-pegang, U tipu lah. U tak sayang I. Merajuk. Takmau contact dah sampai bile-bile. Kite klesh!!

Ok-ok... I sayang U... I ade U sorang je... Pegidahhh... Kalo pun ada family kacau-bilau sekalipun, ko tetap ada parents tau tak??? Sila sedar diri... Tapi, takkkk....!!! Buah hati lebih penting. Sebab hidup sunyi. Mak ayah sibuk ngan keje. Watdehel? Mak ayah keje untuk kau jugak. Bukan orang lain... Takkk... Dorang memang tak sayang I. U sorang je yang caring pasal I.

Sang lelaki di dalam hati : Yess!! Umpan dah kene... Tak lama boleh la rase. Takyah kuar duit. Cukup janji-janji manis. Itu pun pompuan dah melting. Modal tak banyak, ye tak?

Ok. I janji bla...bla...blaaa...

5-6 bulan kemudian...

U... Camne ni? I pregnant lahh... Aduihhh... Mati la I kalo parents semua tau... Baby makin besar... Nak buat abortion nanti, I takut. So, cemana ni?

Kalo nasib baik : Ok-ok, I bertanggungjawab kat semua yang terjadi ni. Jom nikah. Nanti I pegi jumpa family U cerita semua, ok? Jangan risau ye sayang...

Kalo nasib malang : Hishh!! Anak sapa U ngandungkan ni? Entah-entah jantan lain yang U tido, U nak salahkan I pulak... Syuh!! Syuh!! I tak pernah kenal U sapa... Pegi... Pegi...

Hari berganti hari, bulan berganti bulan...

Perut makin besar. Tapi masih boleh cover sebab selalunya benda-benda yang memang untuk disorokkan ni, memang baek je tersorok sampai orang pun tak sedar... Subhanallah, sebenarnya Allah dah selamatkan dia dari aib yang dahsyat mungkin dengan harapan dia akan bertaubat, insaf dan menyesali perbuatan lalu mengambil iktibar untuk menjaga bayi tersebut. Tengok? Begitu mudahnya jalan hidup diaa...


Tapiii...

Cukup 9 bulan atau tiba masa melahirkan...

Apa aku nak buat ni? Nak bela, nanti kantoi. Tinggal je la mana-mana...

Huhu...

Okeh. Ini imaginasi aku. Memang tinggi dan aku expect kebanyakkan lebih-kurang camni lah.

Percaya sangat dengan lelaki. Alangkan yang ada ikatan yang sah pun banyak menipu, inikan pulak takde apape ikatan. Kapel tu bukan lesen yang sah lagi confirm untuk menyebabkan seseorang lelaki tu nak amik anda jadik bini. Alangkan kawen pun boley cerai, inikan kapel semata-mata...

Nak kata bodoh, kebanyakkan yang buat kerja-kerja macam ni bukan cacat otak. Penat-penat la mak ayah bagi pendidikan terbaik siap sanggup berpisah dengan anak-anak semata-mata untuk pendidikan terbaik. Tak reti-reti nak bersyukur lagi ke???

Aku geram okeh.

Sekarang aku rasa aku gembira kot dengar hukuman untuk pembuang bayi tu. Harap-harapnya bukan la setakat perempuan tu saja yang kena. Ye lah, penat-penat 9 bulan dia mengandung, lepas tu kalo dia buang, dia sorang saja kena.

Mana boleh macam tu??

Kalo tak kerana sperma lelaki, manakan datang seorang bayi??

Cari jugak lelaki durjana tu sampai dapat. Hukum sekali. Harap pandai cakap je, mulut manis. Habis dapat madu, sepah buang merata-rata.

Kadang-kadang beruntung jugak jadi lelaki yang takde tanggungjawab ni. Tau nya benda free dan sedap. Tak payah kuar modal banyak-banyak. Ayat manis-manis dengan penampilan smart-smart, okeh, boleh makan semua pompuan.

Cinta itu memang buta. Pandai-pandai la blaja "love braille" untuk lead hidup yang lebih berkat dan dikurniakan pasangan yang betul-betul terbaik.

Jangan jadik desperate dan ikut kawan-kawan sangat.

Kita tentukan hidup kita sendiri, ye tak?

Kawan-kawan huha-huha tu ada ke peduli kalo tiba-tiba kita ada masalah macam ni? Kawan-kawan sejati je yang sanggup bagi kata-kata semangat dan tolong dari segala segi.

Tepuk dada, tanya iman.

P/S : Semua orang pun ada jugak buat silap... Bezanya besar tak besar la impak silap tu... Kalo boleh, sebelum mulakan sesuatu, baik pikir dulu baik-buruk. Bukan kene bayar pun nak pikir...

Friday, July 30, 2010

Muahahahahahh... Aku Puas Hatiii~~!!! MLM Tu Tumpasss~!!!

Biasa la aku dengan berita-berita sensasi ni lambat sikit nak komplen kat sini... Tatau la kenapa... Tapi dengan terbongkarnye mende ni sebab polis buat rush tangkap dorang... Skang aku dengan berbesar hati nak GELAK BESAR dekat sesape yang pernah kutuk-kutuk aku dengan osmet aku yang kurang berminat nak join segala jenis atok-nenek MLM ni.

Kazen osmet aku pernah kot bawak kitorang kuar jalan-jalan sebab nak ajak osmet aku join MLM camtu. Mujur jugak la osmet aku ada alasan yang bernas cakap dia dah memang takleh buat loan dah. Tapi gigih jugak tu nak convince osmet aku bahawa kalo nak buat loan join mende tu, senang-senang je approve walaupun overlimit.

Aku pun kemain la jugak dorang pengaruh sebab aku student. Ada student lain pun join dan da balik modal la apa jadah tu semua. Aku pulak diam je la. Last-last lepas dorang dah abeh cakap, aku cakap la aku memang tak mampu pun nak buat semua tu sebab takde sumber duit, kalo tiba-tiba aku tambah loan luar, mau PTPTN tarik balik pinjaman aku. Risk wohh... Kalo mende tu tak menjadi? Celah mana aku nak cari duit bayar yuran? Jangan buat bende mengarut final-final semester ni.

Nak tengok gambar-gambar yang dorang umpan-umpan orang suh join masa aku ikut osmet aku pegi taklimat tu tak?


Ramai kan? Yang pegang-pegang mic tu kira yang dah join la. Dorang siap buat bagi RM50 free-free je... Makan kat seafood mahal-mahal tuh. Order apa je suka. Memang mewah gila la makan free. Tapi sebab kami lambat sampai, maka table penuh. Satu tempat macam hall tu, dorang saja-saja la tempah. Apa yang aku tau, tokey kedai makan tu sure senyum sampai telinga sebab untung gila-gila malam tu. Maklum la, tempah tempat saja pun dah berapa kan...

Keta mewah takyah citer laa...


Camni hah...!!! Masa aku publish gambar-gambar ni dekat fesbuk, abang aku laju je tanya mana aku tengok keta-keta tu. Siap amik buat profile pic kot. Tapi aku cakap kat abang aku, tu semua dunia punya hal. Diam-diam duduk sudah.

So, alkisahnye, ada sorang kawan aku letak status malam hari Selasa haritu. Dekat-dekat pukul 11.30pm jugak la status dia. Polis buat serbuan angkut keta-keta mewah segala. Aku pun menyibuk la komen sebab lepas acara tu, selain aku dengan osmet di bawak makan tauhu bakar best dekat Port Klang tu, dorang gigih angkut kami ke tempat yang polis buat serbuan tu. Katanya selalu gathering kat situ. Memang ramai pun lah. Siap nak bawak jumpa sapa entah dia dulu kerja jaga, sekarang orang pulak kena "jaga" dia.

Bajet superb habes lah.

Dalam fesbuk tak payah cerita jugak lah. Kalo pasal MLM ni, siap dok kutuk kawan-kawan yang taknak join segala sebab katanya takmau ubah nasib la, sampai bila nak makan gaji la, rugi la, apa segala. Semua game psiko kot. Aku selama ni percaya MLM ni stok-stok macam abang aku dengan kakak ipar aku join macam Zhulian tu, Cosway, tu aku percaya la. Sebab barang bagus, dan kalo jadi ahli, lagi la macam-macam benefit dapat. Tak payah nak buat pinjaman banyak-banyak pun nak join.

Dah la dok tagging aku dekat gambar-gambar duit segala. Oh, tu citer lain.

Aku pun main guess je dekat status kawan aku tu. Cakap aku tau geng-geng yang ada keta-keta mewah ni. Tak sangka plak keta kena angkut sama. Dalam hati memang dok syak dah tu geng-geng Friendsclub la, Familyclub la, entah apa merepek-repek punya nama lagi la yang nampak macam mesra alam mengeratkan silatulrahim antara sesama ahli kuarga dan rakan-rakan. Padahal kawan makan kawan.

Sekali betul daaa... Siap terang-terang mention nama dalam surat khabar online tu... Aku siap print screen ni berita kat Berita Harian online. Bleh click gambar tu pegi ke berita panjang-panjang tu.


Memang sumpah aku gelak besar baca berita ni. Seriusss... Rasa puas hati sangat bila dorang kene angkut secara besar-besaran macam ni dengan polis. Lepas tu rasa macam nak jalan mendada depan orang yang sibuk-sibuk promote aku join mende ni dalam fesbuk sana. Yang aku kenal, tak kenal, semua belasah je aku nak berlagak sebab... Dorang tu dah la kena tipu buat loan yang tak berapa nak penting pun... Konon nak cepat kaya.


Rasa laa... Merana kot walaupun tak baik gelakkan orang... Tapi aku sangat-sangat puas hati. Semoga government cepat-cepat la reveal pasal ciri-ciri MLM berunsur tipu seperti dijanjikan kat sini. Biar orang-orang ni CELIK MATA SIKIT.

Ubah kehidupan konon. MLM macam ni, bukan ubah kehidupan ke arah lebih baik, makin menjahanamkan hidup ada la... Gila apa pasal MLM macam ni dah la boleh putus kawan, buang keluarga semua. Nak join MLM pun, biar la yang untung sikit-sikit sebab jual barang tu. At least nampak jugak apa benda hala tuju dia. Biar lambat asal selamat orang cakap? Dari join MLM sebab tipu orang... Apa pun tak dapat. Rugi dok ada la. Tak pasal je kene bayar loan yang sebenarnya nilai dia boleh guna untuk set-up perniagaan sendiri secara kecil-kecilan.

Sorry la kalo entry ni memang kutuk gila pasal MLM jenis tipu orang ni. Padan muka la. Memang dorang layak pun kene hanjeng kaw-kaw kat sini. Takde aku nak kesian-kesian lagi dah. Sendiri mau ingat lahh... Otak ada, sila guna dengan bijak lain kali...

Sunday, June 6, 2010

Kalau Aku Adalah...

Aku baru baca blog Ondscene pasal eksiden Myvi tersepit tu. Sebelum tu kuar notes dekat fesbuk maki-maki atendan stesen minyak BHP pasal eksiden tu... Beberapa hari yang lepas. Mula-mula aku buat bodo je sebab takde kaitan dengan aku pun, tapi sebab macam ramai sangat berminat nak pertikaikan, so aku pun saja plak nak membebel kat sini... Maklum la, internet laju-laju ayam sikit. Sempat la nak blogwalking sebelum dia kiok balik. Heh.

Banyak jugak komen dekat blog dia sampai malas aku nak baca. Semua sibuk gaduh pasal atendan stesen minyak tu dengan Akina. Tatau la sapa dia tapi sekarang aku cuba nak letak situasi aku berdasarkan komen-komen tu. Ada yang backup Akina, ada yang backup atendan stesen minyak tu. Macam-macam. Siap kuar segala jenis-jenis law la. Kena Google siap.

Kalau aku adalah Akina - Marah la pasal kita mintak elok-elok tapi kena gelak dengan attendan stesen minyak tu plak. Memang lepas tu gaduh dan mengamuk-ngamuk la jadinya. Normal la manusia macam tu. Lagipun ko cuba nak selamatkan nyawa orang kot. Pastu sedar cctv pun ada rakam muka ko, no plet keta, aksi melempar IC, dll. Sebab ada state dalam notes dia dekat fesbuk tu, jarak kejadian +/-500m je. Kita punya jarak penglihatan pun bleh tengok jauh-jauh lagi. Aku rasa atendan minyak tu pun bleh nampak eksiden tu (Kalau takde lindung bangunan tinggi-tinggi la. Mana la aku tau tempat tu cemana kan?) Tapi kalo aku dalam situasi dia pun aku tak puas hati kalo ko tengah serius panik, lepas tu orang yang ko nak mintak tolong tu boleh ajak bergurau pulak. Hangen atau tak???

Kalau aku adalah atendan stesen minyak - Buat apa nak argue lama-lama siap boleh gelak-gelak lagi dekat Akina yang tengah serius nak mintak tolong? Kata ada 2 orang, sementara sorang cakap2 dengan Akina, apa salah yang lagi sorang tu terus direct call polis kalo rasa Akina tu meragukan dia. Time beb! Time!! Ni dari notes yang aku baca dekat fesbuk tu aku dengan tak pasal-pasal imaginasi aku sungguh liar pikir atendan tu tengah gelak-gelak dengan kerenah panik Akina. Perompak, kalo nak merompak sekalipun, mana ada masa nak bergurau-senda bagai. Main serang terus takde cakap elok-elok punyalah. Lagipun sama-sama lelaki. Lepas tu lagi sorang tu terus sambung marah-marah balik Akina tu. Apa point dapat? Ada jugak komen tu cakap takleh bukak pintu sebarangan sebab sambung direct ke balai polis la apa benda semua. Hah! Lagi bagus apa... Kau bukak pintu, passing pemadam api tu, lagi sorang call polis. Eh, kata ada 2 orang lah. Takkan sorang lagi tengok saja kot. Takkan nak tunggu orang tu (Kalau Akina adalah perompak) kuarkan senjata nak rompak baru nak call polis?

Okeh. Heh. Memang senang bukan kalo taip-taip nak condemn-condemn orang ni. Aku pun suka jugak nak kutuk-kutuk orang punya decision kadang-kadang. Padahal aku punya decision pun selalu-selalu pun kelaut jadinya. Lepas tu baru terhegeh-hegeh nak menyesal.

Cuma aku tak setuju je orang salahkan atau backup atendan minyak tu. Atau dok kutuk-kutuk Akina berlagak nak jadi hero. Pada aku Akina tu kira bagus la niat dia nak tolong. Mintak sampai dapat walaupun tak dapat-dapat. Orang macam ni la patut jadik contoh dalam buku sekolah-sekolah. 2 orang atendan minyak tu plak pada aku maybe dieorang macam aku lepas exam. Otak tertinggal merata-rata. Kalo tak tinggal merata-rata, mesti laju dah amik tindakan macam aku state dekat atas tu. Kata 2 orang kan... Entah lah.

Saja pun aku merepek kat sini. Sebab aku tetap nak salahkan pemandu Vios yang 2 orang tu. Dah la memandu secara melulu. Dengar-dengar kata bawah pengaruh alkohol lagi. Kesian kot dekat pompuan dalam keta Myvi tu. Tak pasal-pasal je mati sia-sia atas kecuaian orang lain. Kalau nak cuai pun sendiri-sendiri cuai, lepas tu sendiri-sendiri tanggung akibat cukup la. Ni nak tarik orang lain jugak. Grr. Geram tau tak...

Friday, March 5, 2010

Kenapa Manusia Makin Kejam?

Last week Syafiah Humairah Sahari meninggal akibat kena sepak, pukul, kena tendang macam bola sampai mengalami beberapa kecederaan dalaman yang susah aku nak bayangkan.

Harini dalam surat khabar pun ada lagi kes pukul sampai mati. Yang kena pukul tu pulak kanak2 jugak. Kecik pun lagi... K. Hareswarral, setahun lebih umurnye. Lagi sadis kot. Tulang rusuk patah enam, hati hancur, kemaluan kene cekak... Eiii... ngeri2x!!!

Apa yang pelaku2 kes tu pikir? Kalo dah hebat sangat nak pukul2 orang, kenapa tak pegi pukul je orang yang sama saiz, sama besar, sama2 boleh fikir nak lawan balik tindakan ko? Kenapa mesti nak pukul budak2 kecik tu?

Tak pun datang je sini, tolong belasah sikit anjing2 liar yang bersepah2 kat sini. Tengok sapa handal kot2 boleh mampus semua anjing2 tu. Takyah dah buat aduan dekat majlis daerah ke, majlis bandaran ke untuk apply suh dorang datang tangkap/ tembak anjing2 liar tuh.

Kalau kata tak suka kanak2 sekalipun, boleh je ko blah pegi tempat lain yang takde kanak2. Ini, ko tak suka, ko men belasah, pukul2 sampai mampus.

Aku berharap orang2 yang tak layak dikurniakan akal sebagai manusia untuk berfikir secara normal macam orang lain kene hukuman yang kalau boleh, biar dorang rasa macam mana sakit budak yang dorang dera tuh. Sakit sampai mati!!

****************IKLAN***************

Aku rindu dekat budak nihhh... Huhuhh... Angah~~!!! Tolong pos beliau ke sini boleh? Sekarang beliau sudah pandai mengayuh basikal tricycle kanak2 tu.

24 Mac 2010 nanti adalah besday beliau yang ke-2. Bley tolong cadangkan tak nak beli hadiah ape? Nak pos ni kalau boleh...

Sunday, February 28, 2010

Siapa Lebih "Binatang"?

Sorry kalo tajuk macam celaka...

Bleh tekan gambar untuk bace berita penuh. Aku bet korang2 semua pun dah baca kan?

Semalam aku baca, lelaki tu cakap budak tu "anak tiri" dier. Harini statement mak arwah budak tu, "teman lelaki" dier. 6 tahun punya relationship. Lepas tu perenggan bawah2 pulak cakap, pompuan tu belum bercerai ngan husband dier, tapi bersekedudukan dengan "lelaki yang dikatanya binatang" sampai ade anak umo setahun lebih.

Confuse aku.

Lebih2 lagi dengan statement "rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah"...

Hapa cerita ni sebenarnya? Knape tak ayah arwah je yang take care, jaga arwah sama2 dengan ibu arwah tu? Katanya belum bercerai...

Ish3x!! Pelik2 la orang sekarang nih. Yang halal ade, taknak... Nak jugak yang haram tu. Bila dah jadi macam ni baru tau pulak nak menyumpah2 kata orang tu binatang la semua. Cuba kalo pompuan tu sendiri TAK CARI MASALAH... Takkan jadik macam ni.

Kesian kat arwah Syafia Humairah Sahari...

Al-fatihah.

Sesungguhnya, Dia lebih mengetahui apapun yang terjadi pada keluarga ini. Aku pun tamau percaya bulat2 dengan apa yang aku baca kat situ. Masing2 nanti dapat la habuan masing2. Kalo bukan dekat akhirat pun, kat sini pun Allah bleh bagi cash.

Thursday, February 4, 2010

Geli Dowh~

Haha... Berita lambat. Tak sempat nak baca surat khabo awal2 pagi kan? Baru terhegeh2 nak surf pasal berita2 terkini kat internet. Tak sedar diri betul padahal masih takde tajuk tesis. Dah la esok kene jumpe supervisor nak bincang2 pasal tajuk.

Sumpah geli sampai tersedak2 ni. Dah la sakit mulut. Tekak pulak perit sebab tersedak. Semua pasal statement "berani-mati" ni:

Can I fcuk you today?

Sudah la aku ni ada daya imaginasi yang super-duper tinggi. Kalo tak tinggi, cemana aku nak cekap buat matriks dengan state space, kan? Hoho.

Dan sekarang. Sila imagine kalo AKU YANG CAKAP MENDE NI KAT KORANG.

Korang nak report sex harrasment ke atau laju je setuju?

Mwahahaha~~

Oh, tolong aku masih takde idea nak buat tesis apa. Gila apa benda robot semua mentah2 kena reject. Semua nak system. Rasa macam nak bertukar jadi kamus dewan je sekarang.

Wednesday, February 3, 2010

Apa Nak Jadi Sekarang?

Bleh klik kat gambar untuk pergi ke berita penuh.

Pe nak jadik skang? Di mana tahap keselamatan yang betul2 boleh buat semua orang puas hati? Kesian gila kat mangsa tu. Kalau yang jenis suka condemn2 orang mesti komplen, kenapa pempuan tu sibuk nak tunggu kat situ. Benda takleh jangka, bro... Dia bukan saja2 nak duduk lepak situ... Dier tunggu abang dier datang dari Ipoh.

Kenapa aku amik peduli pasal berita nih? Sebab aku pun antara "penunggu2" tegar dekat stesen bas. Bukan sekali-dua je aku duduk stesen bas tunggu arwah ayah atau abang aku datang pikap. Tapi boleh kata tiap2 kali balik Penang. Kalo dari Penang plak, memang aku jadik penunggu bas jugak dekat kawasan Pudu tu. Dari pukul 4 pagi kadang2 sampai 6 pagi baru wujud bas ke Kuala Selangor.

Kalau kat Penang pulak, bukan tak pernah aku tunggu dari pukul 3.50 pagi sampai ke pukul 7.40 pagi semata2 nak tunggu abang aku balik keje dulu pastu baru boleh amik aku kat stesen bas tu. Horror tak horror la. Mujur takde ape terjadi. Ahh... Aku tau korang mesti komplen kenapa tak amik teksi/bas kan? Apa korang pikir teksi tu bleh hutang2? Atau bas tu pukul 3 pagi dah start operasi? Kalo sampai umah pun setakat nak panjat pagar lepas tu tido depan pintu umah, tak guna jugak kan? Maybe ada yang komplen kenapa tak mintak tolong kawan2 je? Hah! Lagi satu aku nak jawap... Aku bukan la suka sangat nak mintak tolong dengan orang2 yang tak related ngan aku. Kalo termintak tolong tu maknanya aku memang betul2 terdesak sangat2. Tapi pukul 4 pagi bai... Pikir la... Orang lain sedap lagi tido masa tu. Kalo call pun dah sah2 orang jawap tu mamai dan fikir dier mimpi aku call dier. Kata la aku call kau pukul 4 pagi. Walaupun kau tengah wat solat sunat ke,qiamullail ke, mesti amik masa kan? Atau mesti kau marah kan? Sebab mengganggu... Sama je.

Sebenarnya aku memang dah letih sangat jadi penunggu tiap kali balik kampung. Jangan komplen kenapa aku tak berapa suka nak balik. One of the reason adalah ini. TUNGGU. Kenapa aku takde kenderaan sendiri seperti kereta? Sapa cakap aku takde kenderaan? Jonny tu sape? Tapi aku takde la mampu nak beli keta. Nak makan pun sangkut. Duit minyak lagi. Student bro. Bukan keje tetap. Lain la arwah ayah aku ade tinggal harta taraf billionaire. Esok jugak aku pegi register amik lesen keta terus beli keta idaman secara CASH. Moto tu pun ada pun sebab curi2 amik lesen tau? Nak pikir amik lesen keta? Belanjawan setelah loan aku masuk ni pun dah ke laut peginye. Inikan pulak nak amik lesen. Lain la kau nak sponsor. Alang2 sponsor, sila sponsor kereta beserta pakej minyak selama setahun. Aku belajar tak lama. Setahun ni je lagi. Hujung tahun nanti habis la.

Dah tu? Balik je la kampung dengan moto, kan? Haha... Statement paling best pernah aku dengar. Bukan aku tak pernah nak cuba. Tapi orang2 yang extremely-super-duper caring pasal aku akan berkata :

"Kamu tu pompuan. Baik balik naik bas je. Lagi selamat. Nanti tengah jalan, apape jadi, susah."

Ok. Fine. Tu sorang punya ayat. Bayangkan kalo 40 orang dah repeat benda yang sama? Di buatnye time tu pintu langit terbuka dan tiba2 Allah nak makbulkan ayat dorang. Yang tanggung azabnye sape? AKU. Baiklah. Dilemma beb jadik pompuan. Penah la jugak aku rasa menyesal. Tapi kufur nikmat pulak kalo menyesal. Kalo aku dilahirkan sebagai lelaki pun, mesti menyesal jugak sebab takde excuse nak ponteng solat seminggu. Kan?

Apapun, memandangkan sekarang segala urusan berkaitan pengurusan kewangan 100% aku sendiri yang uruskan, dengan ini aku nak confess bahawa, Chinese New Year 2010 ini adalah kali terakhir aku balik naik bas. Jangan sibuk2 nak komplen lebih2 pasal aku baru je lepas SMS abang aku tanya kos dia hantar moto dari Penang ke Kuala Selangor adalah RM30 sahaja untuk duit minyak.

Sebab aku baca blog incik Mantot semalam, dari segi susunan ayat beliau aku macam nampak unsur2 harga minyak akan naik, jadi aku bajet kos mungkin akan meningkat paling2 bangsat pun +/-RM45 untuk 1 trip siap dengan pakej makan sweet-corn-in-a-cup dekat R&R sana. Lagipun aku dah Google peta perjalanan dari Taman Desiran ke Taman Tunas Muda. Ikut jalan lama je. Tu pun Google bajet 4 jam lebih2 kalo naik keta. Tu dengan kelajuan yang dier syorkan, dalam 60-80 km/j. Tanya kawan2 aku tengok, malam2 tak nampak jalan pun aku boleh bantai speeding sampai 100 km/j. Kurang2 bleh la cut jadi 3 jam lebih2 kan?


Beratus2 kali lebih berbaloi kalo nak banding kos aku balik Penang secara asing2 dengan Jonny yang konon2 selama ini selamat selagi tak keluar berita macam kat atas tu, iaitu:
  • Kuala Selangor - Pudu = RM 7.60
  • Pudu - Penang = RM 38.00
  • Skynet Jonny = RM 180.00
  • Jumlah = RM 225.60
Jumlah tu pulak x2 untuk perjalanan Penang - Kuala Selangor - Penang. RM 451.20. Sapa komplen murah, dia gila.

Ko nak banding kos +/-RM100 untuk perjalanan Penang - Kuala Selangor - Penang kalo aku balik naik moto dengan Jonny. Aku tak kaya bro. Aku pun takde nak harap sangat dengan bantuan abang aku walaupun dia satu2nya abang aku. Dia pun ada family jugak nak kena take care + tanggung. Aku nih dah lain taraf. Lain plak la nak kiranya.

Lastly korang mesti tanya aku apsal aku tak kawen je kan? Lepas tu ade orang take care lebih2 macam arwah parents aku. Mengarut! Ko tak percaya qada' dan qadar ke? Dats my only simple answer. Bak kata En. Zul masa kelas lepas, 3 benda yang takde jalan pintas. Salah satunya adalah jodoh. Jodoh takde datang golek2 secara senang-lenang bro. Ah, banyak sangat masalah dunia ni kan?

Lastly, kalo betul keputusan aku nak balik kampung lepas ni naik moto je, aku harap takde la sape2 nak psiko aku bukan2 soal KESELAMATAN tu. Kalo ikutkan nak cerita pasal mati? Dalam tido pun boleh mati. Kalo nak cerita pasal road-bully atau kena rogol? Nak tak orang tu rasa kena bunuh secara tikam bertubi2 dari aku? I really2 mean it. Pedulikkan orang cakap aku psiko atau what-so-ever. Dorang tak penah alami ape yang aku dah penah lalui. Senang la cakap. Sebab aku pompuan. Aku tak penah pun mintak aku dilahirkan sebagai seorang pompuan.

Hmm... Deep thought ni actually. Takde jalan pintas nak setel semua ni. Melainkan kalau aku dah ada pendapatan sendiri. Ala, setahun je lagi pun. Tahun ni je. Lepas ni aku janji takkan susahkan sapa2 lagi dah. Serius.

Ramai orang cakap aku berani. BERANI MATI. Yeah, kind of~ Berani untuk mati. Lepas kau mati nanti kau tak payah susah2 nak pikir hal2 dalam Malaysia. Paling kuat pun nanti pikir pasal amalan kat dunia dan soklan Munkar & Nangkir. Itu pun bergantung pada kau punya amalan. Aku tak rasa kena pikir sangat pasal tu, kan? U'll get what u deserve on the spot until the end of the world. Tapi aku nak mati secara baik2. Macam arwah.

Friday, January 15, 2010

Oppss~~

Skang guna internet, blog, fesbuk, apape networking online kene EXTREMELY berhati2 dan BERHEMAH TINGGI.

Letak komen pun takleh emo2 terlampau. Nampaknye aku kene limited komen2 nak pukul2, nak bakar2 ni semua. Lepas ni mungkin kalau marah sangat pun, bleh guna ayat seperti...

"Geramnyaaa... Rasa nak belai2 dengan penuh kasih-sayang je orang yang buat tindakan camtu"

Hmm... Agak2 ok ke?

Sebab aku baru tengok berita dekat NTV7. Pasal budak mana tah letak komen pasal nak bom apa benda tah... Aku tengok pun separuh jalan. Jadi tatau sangat. Tapi aku boleh simpulkan kene lebih berhati2 bila nak letak komen.

Sayangi RM50,000 anda. Akan terbang begitu sahaja kalo tertangkap. Huhuhhh...

Macam status YM Apit semalam: " Money is not everything, but everything needs money"

Saturday, January 2, 2010

Patut La Umah Sunyi Sepi...

Bangun2 tido tadi [baca:pukul 8 pagi] aku berasa pelik melihat keadaan sekitar umah aku yang sangat sunyi sepi. Takut jugak aku kalau2 orang dalam umah ni kena kidnap dengan alien. Nanti dengan sapa aku nak main cucuk2 pinggang...

Memang la aku dah biasa tinggal sorang2...Tapi selalunya kalo nak tinggal aku pun mesti ada SMS masuk dalam inbox seperti "jangan menghabiskan stok makanan dalam peti sejuk", atau "kitorang kuar 3-4 hari, pandai2 lah nak idup" etc, etc...

Rupanya harini ada orientasi skolah...

Keh keh keh...

Lupa plak aku Hasni dah darjah 1 skang.

Wahahaha~~!!!

Malam ni confirm aku tonton Buletin Utama tv3 kot2 ade terselit muka si Kakak ni. =)


Thursday, December 17, 2009

Malaysia Menang~~ Yeayy~~!!

Yeayy~~ Lepas 20 tahun menanti, last2 menang jugak. Tahniah kepada diri sendiri juga sebab takyah susah-payah tukar kewarganegaraan. Wahaha... Sebab aku cuma sokong pasukan yang menang je. Nasib baik la Malaysia yang menang.

Malaysia Boleh!!

P/S: Aku tak tengok pun...Aku dengar je kat frenzy.fm. Confirm malam ni mesti dah kuar berita kat Sokernet.

Malaysia vs. Vietnam

Saja bosan2 konon nak buat rebiu. Tapi aku baru sedar aku langsung tak tau apape pasal bola. Yang aku tau sokong pasukan yang menang je. Kalo korang rasa nak tengok rebiu yang best pasal Malaysia dengan Vietnam nanti, pegi la kat Sokernet sana. Dengar cerita David Beckham pun jadi follower tegar blog tu untuk tau hal ehwal semasa bola sepak. Aku pulak macam biasa la, tunggu result bola2 ni kat situ je.

Saturday, December 12, 2009

Takziah

Terkezut aku bile tatap muka depan surat khabar pagi ni tengok keta remuk teruk dengan caption yang sangat mendukacitakan. Lebey terkezut bila baca nama pengantin pompuan yang malang tu... Sedihnya rasa... Harap dier tabah la hadapi dugaan camni...


Pengantin pompuan yang malang tu adalah adik kepada ex-classmate aku, Teh Amelia Syazwani. Sian ngan Teh Affifah tu... Kepada sape2 ex-BESERIAN a.k.a MRSM Beseri yang kurang jelas sape dorang ni, meh nak bagitau, Teh Amelia batch 17 ye. Budak akaun, kelas N dan homeroom N1. Adik beliau plak aku rasa budak bio kot. Tapi memang confirm la junior batch 18...

Dari sumber lain yang aku dapat tau, arwah adalah ex-MRSM Langkawi.

Takziah buat dorang.

Al-fatihah...

Sunday, June 21, 2009

Ohh...Tak Bestnya...

H1N1.

Sempena tengok Buletin Utama. Berita pasal SRJK (C) Jalan Davidson kene tutup seminggu.

Best bila...
  • Bley cuti time kene kuarantin.
  • Lepak umah sambil tengok tv.

Sikit gila bestnya...

Sangat tak best bila...
  • Time kene kuarantin takley ngade2 nak bercuti2 Malaysia.
  • Nak pegi kenduri2 pun takley.
  • Jiran2 mesti cuak2 je nak sembang.
  • Kuar pun kene bagitau kat pihak berkenaan.
  • Takleh beramah-mesra dengan orang lain.
  • Duduk umah saja pun bosan juga.
  • Baru bersin sikit dah cepat2 kene inform hospital.

KENAPA LA BABI TAK PUPUS HAA?

P/S: Kemalasan nak gugel gambar babi sebab dah 2x display gambar babi kat sini. Rasa kurang sopan. Haha.

Saturday, June 20, 2009

Bukan Entry Jalan2 Lagi

Esok hari bapa. Saje nak wish kepada sume yang bergelar bapa terutama bapak aku dan jugak abang aku. Tak lupe juge kepada mereka yang bakal bergelar bapa. Misalnye Tn. Rahmad. Hubby buddy aku. Hihi. Ok la. Selamat hari bapa. Sebenarnya aku tatau nak taip apa.

Ini adalah bapak aku. Hensem kan beliau? Sila ngaku beliau hensem. Kalo tak, aku lempang laju2 dengan penampar Jepun celup aku.

Err... Ada tak lagu yang menunjukkan pengorbanan ayah? Aku takmo la letak lagu Mawi tu. Bapak aku sihat walafiat lagi kat umah tu.

Huhu...Windu kat bapak aku. Nak tepon dier la. Bapak aku dah maju skang. Dah ada enset senirik. Semoga beliau tak kucar-kacir nak reply SMS. Entah2 lagi advance dari aku kot. Jangan marah aa Apak... Tak indie la kalo marah, kan? Kan? Kan?

P/S: Aku sikit cacat dan pelat sebab panggil ayah aku "Apak" tatau la knape. Tapi memang beza la aku ngan abang aku. Arwah mama pun aku panggil "Mama". Padahal abang aku rileks je panggil "Bapak" dan "Mak".

Saturday, May 30, 2009

Entry Ini Berunsur Sikit Serius

Semenjak beberape hari ni aku tengok Buletin Utama ngan bukak2 surat khabar yang tak gemar membesarkan isu remeh-temeh [opps!]... Aku dapati Menteri Pendidikan dan jugak mereka yang terlibat dalam isu tu bersetuju untuk menghadkan bilangan mata pelajaran untuk student yang nak amik SPM kepada 10 mata pelajaran sahaja.

Sebelum ni aku pun pelik jugak la walaupun kagum gila ngan pencapaian budak2 yang amik mata pelajaran banyak2 pastu dapat straight A1 plak tu. Jeles pun ada sebenarnye. Tapi aku kabur gak ape motif dorang amik subjek banyak2 dan jugak subjek ape la yang dorang amik sampai banyak sangat tu. Ye la, aku pun penah amik SPM dulu. Baru tengok jadual exam yang berbelas2 muka surat tu pun dah pening. Ini kan pulak nak ngadap paper banyak2 tu...

Pastu plak aku dapati sesetengah skolah je plak yang kasik student dier amik berpuluh2 subjek. Ape motif pun aku tatau. Kalo skolah dier confident student tu bleh bawak sume tu, kira ok la...Tapi dalam hati kecik aku tetap anggap skolah tu saje nak cari publisiti murahan dan agak seperti exploit student bijak2 camtu [Hahaha...Abeh laa...Ada la kang skolah yang sentap ngan aku ni kang...]

Seriously tak adil kalo tibe2 student tu score gile babi. Dah la skolah biasa2 plak tu. Nampak sangat la seperti menidakkan keupayaan student2 skolah berasrama penuh, skolah sains, atau MRSM. Dah pulak dorang yang berhempas-pulas pulun PMR dulu, susah2 amik exam nak masuk asrama... Dah dapat, jauh dari parents... Ada yang tiap2 malam menangis la sebab takleh peluk mak sebelum tido...

Tapi bila ada yang lebih baik dari dorang tu, ramai orang sanjung2. Pastu plak ader yang lagi mulut macam celaka boleh plak kuar statement "Ala...Skolah kampung pun boleh score 20A1...Ko skolah hebat2 setakat 7-8A1... Sape pandang dah, bai..." Huh...Boleh mendatangkan kemarahan tu beb! Boleh otomatik wat budak tu down gile [contohnya; aku] Sumpah aku tak mengaku aku belajar kat skolah hebat dulu sebab camni.

Tak adil beb. Dulu aku kat MRSM Perlis, extra subjek yang kitorang boleh amik hanyalah Seni ngan Tasawwur. Aku sumpah la tak amik Tasawwur tu. Nak lebih2, cikgu cakap boleh...Tapi kitorang kene la pegi skolah2 berdekatan [paling dekat pun ntah bape puluh km dari maktab] untuk belajar subjek2 lain kalo gatal sangat nak amik subjek banyak2 nih. Tapi aku yakin, skolah2 camtu offer extra subjek yang limited camtu ada motifnya. Khusus untuk minat student masa kat IPT nanti. Tapi berpada2 la kan?

Yang amik banyak2 plak...Tatau la aku... Kalo dorang semata2 belajar banyak2 subjek tu tanpa minat... Walau hebat camne score pun susah jugak. Susah nak pilih bidang yang dorang cenderung. Maklum la... Semua sangat cemerlang. Last2 jadi macam aku...Haa...Hambik! Aku dulu budak sains gunaan. Amik Fizik, Kimia ngan Akaun. Tak indie la amik Bio pasal aku gemuruh bab nak belah2 katak. Tangkap katak boleh laa...Pastu mula2 pas SPM aku dapat tawaran matrik. Aku tolak pasal abang aku dah gula2kan aku untuk masuk ATMA. Katanya blajar situ dapat duit. Aku laju je setuju. Sapa tak suka duit kan?

Kat ATMA tu aku dapat kos Sains Komputer. Aku suka gila pasal sebelum tu aku sangat la buta IT tahap tatau nak cakap macam mana lagi dah. Skang aku dah terer. Setakat C++ tu pejam mata pun boleh buat la. Haha. Bapak la riak. Tapi aku tak lama kat situ pasal aku suka cari pasal. So, kene la tendang. Pastu aku keje dengan Fokus Point sekejap. Dah aku jatuh hati dengan kerjaya optometris. Dorang jugak nak offer aku further study bawah tajaan dorang dalam optometry. Tapi sayangnya aku tak layak sebab aku tak amik Bio. Aku sambung blaja kat UNISEL...Aku dapat Mechatronics Engineering. Hambik ko. Jauh panggang dari api dengan ape yang aku score masa SPM dulu. Tapi aku rasa sistem pendidikan IPT kita dah terbuka.

Tak kisah la ko amik atau score apa sekalipun zaman2 SPM, tapi asalkan ada minat, slambe la ko proceed blaja kat IPT...Tak kisah la dalam atau luar negara. Tapi, bila dah amik banyak2 subjek tu kan...Tak ke pening nak pilih bidang ape yang berkenan kat hati nanti bila dah masuk IPT? Kena plak bila dah 2 tahun kau bergelumang dengan subjek2 tu, tiba2 plak semua ko suka. Ha? Camne? Tak sure plak ape relevannye pengalaman aku dengan had 10 subjek ni.

Apa yang pasti, bila dah hanya boleh amik 10 subjek tu, elok la galakkan pelajar2 tu amik subjek yang betul2 boleh membantu dorang amik kursus idaman dorang kat IPT kelak. Bukan ape, kalo tak kena dengan minat dorang...Nanti bukan2 plak dorang buat. Maklum la remaja sekarang bukan jenis pendam perasaan macam remaja dulu2. Ikut je ape kata mak ayah. Remaja skang nih cepat je memberontak. Betul la kan? Hehe. Apape pun... Pikir la sendiri ape yang terbaik untuk generasi sekarang dan akan datang sebab dorang ni la yang bakal nak memimpin negara kelak.