Sunday, July 3, 2011

Perang Status Kat Fesbuk.

Citer semalam. Aku terasa? Yeph. Aku sangat butthurt.

Hahahahaha...
My status. Sori la ye sesape yang like tu aku malas nak kaburkan. Cuma malas nak display komen je.


Status yang membalas status aku. Ini yang pertama. Hahaha...


Ini yang kedua. Ahahahahaha... Via Iphone beb... Aku pakai web je. 

Memang aku antara "top employee(s) of the month" bulan lepas walaupon baru lagi keje... so what kan?

Hahaha...

One of my fren jugak yang post nih. Aku crop status je. Malas nak crop muka dia siap dengan ada badge kat sebelah gambar tanda support BERSIH tu. Join jugak la gamaknya kot.. Malas aku nak balas balik letak status kat fesbuk sebab... Ye lah, kalo berani sangat meh aa join komen kat status aku tu. Tapi kemain plak kan buat status sendiri. Aku tanak plak pegi komen dia sebab nanti dia tau la aku terasa. Hahahaha................................

Sape-sape add dia mesti tau sapa tuan punya komen tu kan?

Aku tau citer pasal 10-20 tahun duduk dalam ISA sebab mempertahankan negara. And yes aku respect dorang sebab BERANI. Yang masuk ISA tu semua memang stok-stok abes berani mati berdepan dengan pemimpin dan tegur pemimpin tu. Just that pemimpin tu tanak accept dan dorang disumbatkan ke dalam ISA. Memang berani. I respect that.

Macam pakcik teksi yang layan aku bercerita dulu tu la. Dia pernah masuk ISA. Kenapa dia masuk ISA? Sebab dia berani tegur pemimpin secara direct. Nasib la orang yang dia tegur tu fikir dia satu ancaman pada negara, so dalam ISA la dia duduk. Brave enough. Respect that so well.

Tapi yang aku komen pasal jem-jem teruk la segala bagai ni...

Yang join perhimpunan ni yang dibuat di tempat awam adalah tak respect hak orang awam nak lalu-lalang di kawasan tu. Paham tak? Kalau dah hari-hari pegi keja pun sangkut dalam jem, pastu kebetulan hari tu je ada masa lapang nak berjalan-jalan hepi-hepi dengan family, tup-tup stuck dalam perhimpunan yang takde benefit langsung macam tu. Kau tak ke stress? Nanti anak-anak kecik merengek sebab rimas stuck macam tu, kau dari parents yang penyayang kang dah berani-berani nak marah-marah, lempang-lempang anak pasal ni. Just sebab ada orang lain yang nak glemer masuk tv dan BAJET SANGAT BERANI konon nak ber-revolusi lah sangat, terus bagi effect emo yang melampau kat orang lain. Tak patut ok?

My opinion, kalo dah berani sangat, suka kan cabaran, why not jadi macam pakcik teksi tu je. Confront terus dengan pemimpin yang anda tak puas hati. Even kalo nak demo pun, terus je ah pegi umah dia. Apa hal aku baca blog lain komplen dia guna duit rakyat untuk bayar bil letrik dan sewa kediaman tu sampai ratus-ratus ribu, tapi rakyat macam tak boleh nak demo depan umah dia. Why like that? Dulu buat umah terbuka kan kemain luas lagi kawasan umah beliau tu. Bab makan free korang takde nak pikir plak corruption sana-sini kan? Heh.

Kenapa nak jugak cabul hak ketenteraman awam di tempat awam untuk event macam tu? Sungguh la aku tak paham apa yang kawan aku maksudkan sebagai berani dan kena mengena dengan mempertahankan negara masuk ISA atau penjara ke selama 10-20 tahun... Dah ramai-ramai kat tempat awam tu berani apanya... Senang kot nak selamatkan diri :D

Aku pikir yang join perhimpunan ni kat mulut je support. Dalam hati sama je kecut. Manakan tidak, dorang berdemo di tempat awam, kalo tibe-tibe polis ambush situ... Berapa ramai je yang akan stay mempertahankan tindakan dorang? Lain-lain mesti la kebanyakkan terus lari kan? Paling-paling pun buat-buat macam tak terlibat. Kalo kene tahan, merasa la tido lokap sehari-dua. Pastu bila dah kuar buat press conference cakap tak puas hati sebab kena tahan dalam lokap padahal tak terlibat dalam perhimpunan tu. Lame lame lame.........

Aku bukan la pro kerajaan atau pun pro pembangkang. Aku rakyat biasa. Aku memerhati apa yang boleh aku perhati je. Aku komen apa aku tak puas hati. Aku berani confront dengan orang yang aku tak puas hati... Sapa kenal aku, tau la aku camne. Bukan jenis baling batu sembunyi tangan. Ikut orang lain sebab ramai yang buat. Aku bukan macam tu. So far selalunya orang yang aku tak puas hati je asik elak-elak dari jumpa aku.

Bila orang dah rasa dia cukup berani sebab join what so called revolusi macam ni, takleh ke cuba langkaui batas limit so that dia boleh jadi hero untuk orang lain. Bagi aku hero adalah orang yang berani dan sangat-sangat berani push diri dia lebih dari limit dan lain dari orang lain. If not takde la orang panggil dia hero kan? Sebab dia sama je macam orang lain yang claim dorang tu berani.

Macam aku cakap laa... Perhimpunan camtu kat kawasan awam... Kawasan orang ramai sepatutnya bebas ke mana-mana, berurusan, berjual-beli, akak-akak survey baju raya, kalo ada sale bleh beli henbeg baru, ngeteh lepak dengan kawan-kawan, MLMers promote bisnes, pelancong asing tangkap-tangkap gambar, bukan pelancong tayang DSLR, adik-adik bawah umo ber-cam-whore moncong itik nak letak dalam fesbuk, budak-budak ber-shuffle, couple dating sambil raba-raba #sarcasm dan jugak pengutip derma yang tawaf kawasan tersebut sambil membawa permit ber-laminate... Tak ke terencat aktiviti yang nampak biasa seperti weekend-weekend yang lain?

Aku penah je bertekak dalam YM dengan sorang budak yang support perhimpunan macam ni tahun-tahun sudah. Siap kuar dalil hadis lagi pasal evolusi nak buang corruption dalam kepimpinan bila sertai perhimpunan macam ni. Last-last aku tanya dia apa hukum menganiaya orang sekitar yang mencari rezeki halal di kawasan tempat perhimpunan itu dan dia takut perhimpunan tu jejaskan perniagaan dia.

Terus senyap sampai harini.

Kat kelas, kat YM, nampak aku pon dah tanak tegur dah.

Biar la. Dia pon macam aku kot jenis malas nak pikir lebih-lebih janji hati puas.

If you know me, I'm sure you know what I mean.

Its your choice. All these are not more than my point of view. Correct me if I'm wrong.

Sebab aku mana amik port sangat bab-bab politik ni. Aku concern ketenteraman awam je sebab aku adalah orang awam. Aku suka Malaysia sebab aman damai, rakyat boleh bergurau-gurau dengan kaum-kaum yang lain, boleh belajar banyak bahasa (tiba-tiba patriotik).

Heh.

Opsssss........... Cukup-cukup ah aku bicara soal begini dalam blog ni. Takpe, esok lusa aku sambung buat citer lain plak. Tak suka sebenarnya nak buat citer pasal pendapat camni. Sebab pendapat aku ni kan apa la sangat kan....

2 comments:

epalejau said...

cantik je status ko tu kan.. tapi status dua orang tu pun sama cantik gak.. aku taktau pape langsung pasal ni..lagi lah layak nak dipersoalkan kepedulian aku tentang masalah negara..huhuhuhu..

Aslina said...

::hadra::
hahaha... saje je kot... tatau laa kan... aku pon amik peduli sikit2 je... takde la peduli sangat. tapi tu la. saje plak la orang tu wat aku terasa kan... haha.