Ahahah... Tajuk memang tak makan saman...
Terus terang cakap aku sangat-sangat laa tak berapa nak bersetuju kalo buat perhimpunan-perhimpunan macam ni. Lebih-lebih lagi bila guna nama BERSIH. Bersih sangat ke BERSIH? Berapa ramai pemimpin yang dorang aim tu sebenarnye amik peduli pasal BERSIH ni? Ke dorang semua lagi sedap layan citer hindustan kat TV3 kat umah dari amik port dengan rakyat-rakyat yang terlebih semangat nak buat perhimpunan.
Aku paham apa benda yang dorang cuba nak buat. Nak sampaikan. Request. Tapi kan... Dari dorang gelabah nak berhimpun kat tempat awam yang sudahnya setakat masuk TV untuk glemer, dan jugak ada la kot beberapa makhluk yang bertuah dapat menginap dalam lokap sempena kejayaan perhimpunan tu... Aku rasa macam buang masa je lah.
Aku bukan pro sapa-sapa. Tak bias pun. Tapi aku cuma pikir keadaan orang yang kebetulan lalu situ dan tak terlibat langsung dengan benda macam tu. Kan tempat tu hak milik awam. Just nak lalu-lalang kalau tiba-tiba ada hal ke kan... Tak pasal je kene heret sama sebab saspek terlibat dalam perhimpunan tu.
Aku tengok kat fesbuk. Lokasi dia kat masjid.
Aku tengah bayangkan kalau la tiba-tiba hari tu sorang kariah kawasan tu meninggal dunia. Kebetulan nak kebumikan dia kat tanah perkuburan situ. Eh, kat situ ada tanah perkuburan ke? Ataupun nak sembahyangkan jenazah dalam masjid tu. Waktu tu. Bayangkan. Takkan laa nak tangguhkan pengkebumian jenazah semata-mata untuk benda macam tu kan?
Tambahan pulak...
Camne plak rupa kawasan tu selepas perhimpunan BERSIH tu? Adakah akan bersih atau lebih bersih berbanding sebelum perhimpunan? Rasanya kalo dorang berhimpun ramai-ramai macam tu, masing-masing pegang pekakas-pekakas membersih lagi bagus. Dapat pahala gotong-royong bersihkan kawasan masjid. Alhamdulillah.
Sebelah lain pemikiran aku mengatakan bagus jugak perhimpunan ni. Tau kenapa?
Dah namanya buat di masjid. Tak malu ke tunjuk muka kat masjid semata-mata untuk perhimpunan tu. Tak nak datang awal sikit supaye boleh semayang zuhur jemaah dulu ke bang?
Keh keh keh.
Kalo kat Sogo tu... Kacau ah kan time sale kot. Eh, ada sale ke skang?
2 comments:
Dengan jujurnya aku cakap, aku tak paham pun apa yang ingin disampaikan oleh BERSIH ni.. Huhuhu..
- SOGO bukan sepanjang tahun ke ada sale? haha.
::hadra::
aku paham mende dorang request tu... tapi kan... kalo wat cara baek kan takkan takleh kot... ini nak jugak ke pegi berdemo di kawasan awam... sian ah orang awam lain... dah la hari2 dorang pegi keje menghadap jem. kang kalo weekend hari nak bersiar2 dengan family pon menghadap jem jugak. tak ke stress?
Post a Comment