Saturday, July 23, 2011

TeSSDe

Amende TeSSDe ni?

TeSSDe adalah... Technology Specialist in Specific Domain Expertise. Leh refer sini.

Pehal aku nak sangat citer pasal ni?

Sebenarnye dalam seminggu lepas, kitorang yang ade bachelor degree nih dipanggil untuk briefing pasal program ni. Program ni agak la membantu company untuk bagi peluang kepade fresh graduate tingkatkan potensi diri dan bukan buta-buta je pegang jawatan engineer dalam company.

Macam masa aku praktikal dulu... Kebanyakkan engineer fresh graduate nama saja engineer. Tapi keje dorang adalah hari-hari extract report, bentang report, extract report, bentang report. Bosan aku tengok. Pastu berlagak dengan operator-operator plak. Bila mesin down, bukan engineer yang fix. Technician jugak yang datang fix. Pastu technician kutuk-kutuk blakang kata engineer tak reti buat keje. Haha. Especially abang aku.

Gila kot kutuk engineer kaw-kaw. Tapi paling aku tak tahan tu bila part tanya nak ukur arus letrik boleh tak guna digital multimeter. Sumpah aku gelak guling-guling dari depan tv sampai kat pintu depan umah. Tak tipu. Kalo engineer tu stock amik kos takde kaitan dengan bidang dia, camne bleh clarify diri dia sebagai engineer?

Ok ni lah motif program tu sebenarnya. Supaya yang dah ada qualification academically akan jadik lebih skill dalam bidang masing-masing. Bonus : SPECIALIST. Bukan senang beb untuk undergraduate yang ada pengalaman kurang setahun untuk bergelar specialist. Sebab bidang engineering ni luas. Tambahan plak masa kat university, sapa pulun dia la terer. Pulun apa? Pulun toyol. Haha. Tak la... Pulun study la. Tapi mostly semuaaaaa banyaaakkk theory. Aku berani bet fresh lecturer baru abes master umo dalam 24-25 baya-baya aku semua takda pengalaman keja melainkan praktikal. Kecuali dia pernah ada pendedahan pasal program ni. Tapi... mustahil ah. Best student mana layan nak keje. Semua kaki study je.

Apa ah sangat kan praktikal nih? Dah la paling lama pon 6 bulan. Paling sekejap macam aku la... 3 bulan je... Aku time praktikal pon balik-balik keje macam setiausaha je. Generate report, antar report, cari masalah, buat masalah, selesai masalah. Tu je. Nak kata handle machine... Mungkin ada la sikit sebab aku suka menyibuk dekat makcik-makcik operator dengan technician. Aku suka belajar dari basic. Dari dasar. Supaya nanti bila dah naik lebih tinggi, kita takkan bongkak dengan orang bawahan sebab kita penah rasa perit jadi orang bawahan.

Berbalik pada program ni.

Aku pon tatau nak elaborate panjang-panjang, tapi yang aku tau, aku dah sign mende ni petang semalam. Dalam tempoh yang ada ni dorang nak pantau kitorang semua yang dah sign ni perform ke tidak dalam keje. So far dalam minggu nih aku dah outstanding dah. Sampai segan-segan aku supervisor cakap aku kemain ah over teliti dengan sistematik. Celah mana sistematik tu aku pon tatau la.

Untuk pengetahuan korang... Hujung bulan 12 dulu pon aku ade dapat offer pasal ni jugak. Under position trainee semiconductor analog IC design R&D engineers. Bukan job offer. So kirenye jodoh aku ngan mende TeSSDe ni panjang laa kan... Dah keje kat sini pon ade jugak offer bende yang sama. Alhamdulillah... So, pas ni kalo aku abes contract setahun dengan TeSSDe dan jugak tempat keje skang... Kalo nak berambus pegi mana-mana pon bleh demand gaji tinggi sebab aku dah tahap specialist. Walaupun dengan hanya setahun pengalaman.

Bagus gak program camni kan?

Cuma lepas ni kot aku takkan dapat keje ngan kilang ah sebab speciality aku mungkin dalam telecommunication atau pon fibre optic. Melainkan kilang yang terlibat dalam telecommunication. Tak sabar nak menjalani program ni secara penuh. Training pon untuk part "job-on-working-attachment" yang 8 bulan pon kat tempat keje skang je... Yang offer aku bulan Desember tahun lepas pon dorang nak campak aku kat kilang Sony, Bangi tu. Haha... Lagi 4 bulan intensive course macam seminar, tutorial, semua tu kat USM jek. Orait ah kan... Dekat pon dekat... Last-last merasa jugak aku masuk USM.

Hehe...
Post a Comment