Nasib baik jugak la aku tak cerita lebih-lebih dan abang aku plak memang jenis pelupa apa benda yang aku cerita dulu tu masa bulan Mac dulu kot pasal besday aku selain besday aku yang dia kena ingat tiap-tiap tahun sebab road-tax moto dia sama tarikh ngan besday aku. Huhu.
Tanak komen lebih-lebih coz benda memang tak jadi.
Anyway aku sangat gumbira dengan besday aku sebab orang yang aku sangat-sangat tunggu-tunggu tiap-tiap tahun antar wish besday akhirnye antar jugak wish untuk tahun ni. Dah la kemain lama lost contact sejak dia ikut husband dia pindah pegi Johor. Haish... Dah 2 orang anak dah "kembar-lain-mak-ayah" aku nih. Siyes lama gila tak contact. Aku ada 2 no fon dia. Satu memang nombor dia, satu lagi husband dia sebab dia pinjam no husband dia tahun 2009 dulu nak wish besday aku.
Besday kami sama. Tapi aku dah confuse mana satu nombor dia sebab 2-2 aku save dekat nama dia. Aku hantar mesej selamat hari raya tu dulu tak balas. Erm, tah-tah aku terhantar kat husband dia kot. Jangan sampai pinggan mangkuk terbang dah la. Aku tak sengaja. Aku lupa. Then senyap je sampai la tadi. Dah confirm betul nombor dia, laju-laju aku delete nombor husband dia.
Takut la weh. Bestfrend kot.
Aku tak suka orang anggap aku bukan-bukan. Walaupun aku bukan jenis tu.
Sempat la gosip-gosip sikit. Tunggu raya ni dia balik Penang. Lama sangat tak jumpe. Huhu.
Pasal apa yang aku bajet masa besday tahun ni kat post lama tu, biar ah rahsia. Biar ah aku sorang je yang tau. Biar ah aku sorang je yang tanggung rasa sakit, hati pecah-pecah kecewa, terluka apa semua. Dah dasar penipu kan. Nak buat apa lagi dah. Tapi ada kot yang rapat dengan aku tau. Itu pun kalo ingat la. Mungkin korang-korang boleh teka kot apa benda yang terjadi sebenarnya.
Life must go on kan. Cuma tadi comel jugak anak-anak buah aku. Hehe. Padah la ayah dorang citer kat dorang. Tak pasal bende surprise dah jadi tak surprise. Tak pandai simpan rahsia betul. Hihi. Abang aku pon satu jugak klakar. Ade ke suh besday girl sendiri pilih kek. Haha... Pastu balik umah, sambut la konon-konon sekali yang lebih-lebih tiup lilin tu anak buah aku yang bongsu tu. Haha. Iye-iye je cakap untuk besday dia. Wahaha. Setahun sampai 3-4 kali kot sambut. Kemain ske menumpang tiup lilin besday orang. Hahaha.
Kek yang besday girl pilih sendiri :D
Except, aku sedar kalo orang memang tak suka kita tu, apa kita buat pon dia tetap buat tak tahu dan memang takkan bersusah-payah nak tolong-tolong sebab memang dia tak suka kita. Aku patut sedar dan takyah lagi dah nak usaha gigih-gigih buat orang suka aku. Yang tak penting dalam hidup plak suka-suka je nak suka aku. Eh, tak suka lah!! Once again, sesapa yang rapat dengan aku je kot tau sape yang aku maksudkan. Terasa dia sampai rasa nak nangis, tapi aku tahan je sebab kalo aku nangis pon, aku nak ngadu kat sape?
Takpe lah aku kuat.
Sebenarnya banyak benda yang aku sedih sangat dan kecewa. Cuma rasa kecewa tu tak patut sangat la aku nak share kat sini. Ada benda patut aku simpan, ada patut aku citer.
Macam biasa, bila tiup lilin je orang sibuk-sibuk la kan suruh wish.
Aku takde apa nak wish. Aku ok dengan hidup aku sekarang. Tak la gempak sangat, tapi... Boleh laa kan... Still ada kawan-kawan untuk aku senyum tiap-tiap hari. Alhamdulillah. Cuma... Kalo bleh aku tanak la dengan orang yang tak suka aku kan. Tahan ke tiap-tiap hari tengok dia, tapi berlakon macam tak penah kenal sesama sendiri. Baik aku je yang blah. Teeetttt!! Kantoi dah sapa dia. Huhu.
Aduh, sebak ah plak bila pikir. Dah la. Nak tido nih. Pagi nanti keje. Cuti sempena besday sendiri pon bosan jugak sebab nak pegi bayar saman parking tadi slambe je kene gelak ngan pulis. Kaunter saman tu tutup plak. Adoi. Ingatkan pulis tak cuti. Kan sibuk dengan BERSIH-BERSIH tu...
Kepada kawan-kawan yang wish besday dekat fesbuk atau personally text aku wish besday, aku hargai sangat-sangat. Terima kasih banyak-banyak sebab masih ingat kat aku lebih-lebih lagi yang memang ingat besday aku dan takyah tengok besday reminder kat fesbuk.
3 comments:
awak..eh silap..kak, heppy besday kak..hehehe =)
Happy Besday Kak lina...
"apasal ko panggil aku akak?"
" ala, sekali sekala nak manje2 pun tak bleh"
" tak bleh2, aku muda lagi la"
ye la yela.. happy besday Lina!! :P
::cinta cukulet::
tengssss!!! tapi tak bermakna anda bleh tekel aiman, ok? hehe...
::Zulfikar Hazri::
kalo dekat dah kene tendang ngan aku sebab panggil kakak... hahahah... mcm budak2 opis aku... kalo tak kene tendang, kene pijak kasut sebab panggil aku kakak. pelik dowh.
Post a Comment