Wednesday, February 3, 2010

Apa Nak Jadi Sekarang?

Bleh klik kat gambar untuk pergi ke berita penuh.

Pe nak jadik skang? Di mana tahap keselamatan yang betul2 boleh buat semua orang puas hati? Kesian gila kat mangsa tu. Kalau yang jenis suka condemn2 orang mesti komplen, kenapa pempuan tu sibuk nak tunggu kat situ. Benda takleh jangka, bro... Dia bukan saja2 nak duduk lepak situ... Dier tunggu abang dier datang dari Ipoh.

Kenapa aku amik peduli pasal berita nih? Sebab aku pun antara "penunggu2" tegar dekat stesen bas. Bukan sekali-dua je aku duduk stesen bas tunggu arwah ayah atau abang aku datang pikap. Tapi boleh kata tiap2 kali balik Penang. Kalo dari Penang plak, memang aku jadik penunggu bas jugak dekat kawasan Pudu tu. Dari pukul 4 pagi kadang2 sampai 6 pagi baru wujud bas ke Kuala Selangor.

Kalau kat Penang pulak, bukan tak pernah aku tunggu dari pukul 3.50 pagi sampai ke pukul 7.40 pagi semata2 nak tunggu abang aku balik keje dulu pastu baru boleh amik aku kat stesen bas tu. Horror tak horror la. Mujur takde ape terjadi. Ahh... Aku tau korang mesti komplen kenapa tak amik teksi/bas kan? Apa korang pikir teksi tu bleh hutang2? Atau bas tu pukul 3 pagi dah start operasi? Kalo sampai umah pun setakat nak panjat pagar lepas tu tido depan pintu umah, tak guna jugak kan? Maybe ada yang komplen kenapa tak mintak tolong kawan2 je? Hah! Lagi satu aku nak jawap... Aku bukan la suka sangat nak mintak tolong dengan orang2 yang tak related ngan aku. Kalo termintak tolong tu maknanya aku memang betul2 terdesak sangat2. Tapi pukul 4 pagi bai... Pikir la... Orang lain sedap lagi tido masa tu. Kalo call pun dah sah2 orang jawap tu mamai dan fikir dier mimpi aku call dier. Kata la aku call kau pukul 4 pagi. Walaupun kau tengah wat solat sunat ke,qiamullail ke, mesti amik masa kan? Atau mesti kau marah kan? Sebab mengganggu... Sama je.

Sebenarnya aku memang dah letih sangat jadi penunggu tiap kali balik kampung. Jangan komplen kenapa aku tak berapa suka nak balik. One of the reason adalah ini. TUNGGU. Kenapa aku takde kenderaan sendiri seperti kereta? Sapa cakap aku takde kenderaan? Jonny tu sape? Tapi aku takde la mampu nak beli keta. Nak makan pun sangkut. Duit minyak lagi. Student bro. Bukan keje tetap. Lain la arwah ayah aku ade tinggal harta taraf billionaire. Esok jugak aku pegi register amik lesen keta terus beli keta idaman secara CASH. Moto tu pun ada pun sebab curi2 amik lesen tau? Nak pikir amik lesen keta? Belanjawan setelah loan aku masuk ni pun dah ke laut peginye. Inikan pulak nak amik lesen. Lain la kau nak sponsor. Alang2 sponsor, sila sponsor kereta beserta pakej minyak selama setahun. Aku belajar tak lama. Setahun ni je lagi. Hujung tahun nanti habis la.

Dah tu? Balik je la kampung dengan moto, kan? Haha... Statement paling best pernah aku dengar. Bukan aku tak pernah nak cuba. Tapi orang2 yang extremely-super-duper caring pasal aku akan berkata :

"Kamu tu pompuan. Baik balik naik bas je. Lagi selamat. Nanti tengah jalan, apape jadi, susah."

Ok. Fine. Tu sorang punya ayat. Bayangkan kalo 40 orang dah repeat benda yang sama? Di buatnye time tu pintu langit terbuka dan tiba2 Allah nak makbulkan ayat dorang. Yang tanggung azabnye sape? AKU. Baiklah. Dilemma beb jadik pompuan. Penah la jugak aku rasa menyesal. Tapi kufur nikmat pulak kalo menyesal. Kalo aku dilahirkan sebagai lelaki pun, mesti menyesal jugak sebab takde excuse nak ponteng solat seminggu. Kan?

Apapun, memandangkan sekarang segala urusan berkaitan pengurusan kewangan 100% aku sendiri yang uruskan, dengan ini aku nak confess bahawa, Chinese New Year 2010 ini adalah kali terakhir aku balik naik bas. Jangan sibuk2 nak komplen lebih2 pasal aku baru je lepas SMS abang aku tanya kos dia hantar moto dari Penang ke Kuala Selangor adalah RM30 sahaja untuk duit minyak.

Sebab aku baca blog incik Mantot semalam, dari segi susunan ayat beliau aku macam nampak unsur2 harga minyak akan naik, jadi aku bajet kos mungkin akan meningkat paling2 bangsat pun +/-RM45 untuk 1 trip siap dengan pakej makan sweet-corn-in-a-cup dekat R&R sana. Lagipun aku dah Google peta perjalanan dari Taman Desiran ke Taman Tunas Muda. Ikut jalan lama je. Tu pun Google bajet 4 jam lebih2 kalo naik keta. Tu dengan kelajuan yang dier syorkan, dalam 60-80 km/j. Tanya kawan2 aku tengok, malam2 tak nampak jalan pun aku boleh bantai speeding sampai 100 km/j. Kurang2 bleh la cut jadi 3 jam lebih2 kan?


Beratus2 kali lebih berbaloi kalo nak banding kos aku balik Penang secara asing2 dengan Jonny yang konon2 selama ini selamat selagi tak keluar berita macam kat atas tu, iaitu:
  • Kuala Selangor - Pudu = RM 7.60
  • Pudu - Penang = RM 38.00
  • Skynet Jonny = RM 180.00
  • Jumlah = RM 225.60
Jumlah tu pulak x2 untuk perjalanan Penang - Kuala Selangor - Penang. RM 451.20. Sapa komplen murah, dia gila.

Ko nak banding kos +/-RM100 untuk perjalanan Penang - Kuala Selangor - Penang kalo aku balik naik moto dengan Jonny. Aku tak kaya bro. Aku pun takde nak harap sangat dengan bantuan abang aku walaupun dia satu2nya abang aku. Dia pun ada family jugak nak kena take care + tanggung. Aku nih dah lain taraf. Lain plak la nak kiranya.

Lastly korang mesti tanya aku apsal aku tak kawen je kan? Lepas tu ade orang take care lebih2 macam arwah parents aku. Mengarut! Ko tak percaya qada' dan qadar ke? Dats my only simple answer. Bak kata En. Zul masa kelas lepas, 3 benda yang takde jalan pintas. Salah satunya adalah jodoh. Jodoh takde datang golek2 secara senang-lenang bro. Ah, banyak sangat masalah dunia ni kan?

Lastly, kalo betul keputusan aku nak balik kampung lepas ni naik moto je, aku harap takde la sape2 nak psiko aku bukan2 soal KESELAMATAN tu. Kalo ikutkan nak cerita pasal mati? Dalam tido pun boleh mati. Kalo nak cerita pasal road-bully atau kena rogol? Nak tak orang tu rasa kena bunuh secara tikam bertubi2 dari aku? I really2 mean it. Pedulikkan orang cakap aku psiko atau what-so-ever. Dorang tak penah alami ape yang aku dah penah lalui. Senang la cakap. Sebab aku pompuan. Aku tak penah pun mintak aku dilahirkan sebagai seorang pompuan.

Hmm... Deep thought ni actually. Takde jalan pintas nak setel semua ni. Melainkan kalau aku dah ada pendapatan sendiri. Ala, setahun je lagi pun. Tahun ni je. Lepas ni aku janji takkan susahkan sapa2 lagi dah. Serius.

Ramai orang cakap aku berani. BERANI MATI. Yeah, kind of~ Berani untuk mati. Lepas kau mati nanti kau tak payah susah2 nak pikir hal2 dalam Malaysia. Paling kuat pun nanti pikir pasal amalan kat dunia dan soklan Munkar & Nangkir. Itu pun bergantung pada kau punya amalan. Aku tak rasa kena pikir sangat pasal tu, kan? U'll get what u deserve on the spot until the end of the world. Tapi aku nak mati secara baik2. Macam arwah.

2 comments:

Signorina Syima said...

"3 benda yang takde jalan pintas. Salah satunya adalah jodoh. Jodoh takde datang golek2 secara senang-lenang bro."

sentap sekejap... apa2 pun semua perbuatan ada pro dan contra....

Aslina said...

::kak syima::
lagi 2 benda adalah, ilmu dengan harta. lect tu la cakap. sebab dier bebel kes budak tukar result. termasuk skali benda MLM ngan duit segera.