Wednesday, February 3, 2010

Kadang2 Aku Rasa Macam LOSER!

Walaupun aku sampai ke tahap over-motivated akibat kata2 motivasi dari tiap2 lecturer yang masuk kelas tu... Tapi somehow, sebab agaknye dah lama aku tinggal dunia "masuk kelas" sebab praktikal semester lepas, then need LOTS of refreshment, aku rasa aku adalah seorang loser. Ter-lepak dengan budak2 macam hebat lepas kelas malam Isnin lepas pun aku rasa aku punya self-esteem dah jadi low gila, walaupun dorang asik bahankan crocs pink aku.

Serius aku memang sangat2 memerlukan masa yang agak panjangggg... Panjang tak panjang pun dalam sehari-dua, untuk refresh balik subjek2 yang aku penah belajar masa zaman2 diploma, atau awal2 taon pengajian dulu. Gila la... Sampai benda basic pun aku bleh lost kadang2. Apa lagi dengan gaya lecturer yang kadang2 tanya dengan sangat penuh gaya "horror".

Aku wish skang aku ade pintu suka-hati agar aku bleh balik Penang amik balik nota2 dalam kotak tu...

Aku jugak tak perlukan sesi motivasi hari2 dalam kelas. Aku cuma nak sorang je motivated aku. Macam dulu2. Tapi... Sekarang dah takde. Cemana? Orang lain takleh bagi motivation setanding ngan arwah ayah. Cukup dengan dia punya renungan mata. Terus aku rasa bersemangat.

Nasib baik la jugak aku dah pegi praktikal. Nampak gayanye prosedur nak pegi praktikal sekarang semakin pelik2. Siap kena isi borang yang ada list subjek, lepas tu dengan result kat tepi. Aku ni dah la sepanjang buat degree, sekali je aku pegi amik slip result. Itu pun masa mula2 masuk degree dulu. Lepas tu sekarang haram la nak pegi amik. Malas. Lepas tu buat2 lupa.

Segan jugak aku nak letak result tiap2 subjek aku tu. Bukan hebat sangat pun aku ni. Walaupun CPA dalam range 3... Tapi sebab-musabab seperti di atas tu menghantui aku... Aku still rasa aku loser. Macam budak2 lain tu semua lagi hebat dari aku. Sekarang aku memang betul2 blur... Lecturer plak skang macam jenis kedekut nak bagi contoh2. Terus test tanya benda basic. Kucar-kacir aku ni hah. Dah la duduk depan. Dengan rasa horror. Dah la sorang2 pompuan dalam kelas.

Huhuhuuu~~~

Pening2 sikit sebab tajuk tesis (takde tajuk actually, lebih pada plan) asik kene reject je. Rasa nak berenti blajar je camni. Masuk AF senang. Takyah pikir tesis. Haha!

No comments: