Layan je gambar2. Nanti bawah2 aku buat summary sikit2. Kalo lupa dunia, korang baca la summary tahap karangan BM PMR punya panjang. Sekali menaip takmau kalah dengan esei SPM sekarang.
Lokasi : Pantai Miami dekat2 Batu Ferringghi sana yang penah kena tsunami dulu tu.
Subhanallah cantik Pantai Miami. Lain kali aku ajak korang geng2 blogger piknik sini, ok?
Penganjur la konon2... Merangkap pengerusi. Gila kuasa budak ni. Jumpa kalo, benam je dalam laut.
Baju hitam: Fikri... Baju biru: Kamil... Kamil adalah pen-sponser sesi minum2 haritu (sebab aku petik nama dia dalam event dekat fesbuk).
Tudung putih: Iryani. Strategik betul seat kitorang berempat ni sebenarnye.
Sila jangan percaya mata anda. Iryani berdiri atas batu masa nih.
Fikri dengan Kamil tengah membahankan ketinggian Iryani dengan aku.
4 orang je yang berjaya menghadirkan diri. Bincang pun secara kecil-kecilan. Balik tu terus aku buat group dalam fesbuk untuk batch aku contact2 balik bila2 rasa senang. Next gathering konon2 bulan Mac. Aku pun tak pasti la aku available atau tak. Sebab masing2 plan nak terjah kenduri kawen Helmi.
Itu je lah kot. Alhamdulillah summary aku memang betul2 summary pendek. Kalo tak, jenuh muntah hijau kot korang baca.
Gosip2 baru paling hot disebalik gathering:
- Banyak kuar nama2 exotic kawan2. Haha! Sumpah aku baru tau nama glemer dorang. Selama ni aku tau nama penuh je. Lepas tu masing2 kebanyakkan telah mengalami perubahan yang mendadak dari segi saiz. Aku rasa aku sorang je maintain dari segi saiz dan ketinggian. Jangan gelak! Nanti aku kecik hati...
- Ramai jugak rupanya dah kawen serta mempunyai anak 3-4 orang.
- Kami 4 orang masih takde apape planning terdekat untuk tukar status. Status dekat fesbuk tu adalah merapu saje. Tapi kalo betul2 pun, aku tak kisah. Haha!
- Kebanyakkannya dengar2 khabar keja dekat tempat Kamil buat masters. USM. Tapi sumpah dia tak penah jumpe walau sorang pun.
- Fikri selalu jumpa/contact dengan ramai orang sebab dia peniaga burger yang berjaya. Masih takde plan nak bukak cawangan lain.
- Dalam ramai2 yang kami kenal/jumpe balik, takde sorang pun pegang profession doktor. Iryani adalah optometris. Beliau banyak kali menegaskan bahawa dia bukan doktor mata.
- Dalam ramai2 jugak, majoriti menjadi tenaga pengajar. Tak kira la kat skolah atau politeknik.
- Aku sorang masih study degree. Dan takde cita2 untuk masuk dalam mana2 bidang melibatkan sesi ajar-mengajar. Aku lebih rela ajar robot2 beb! Ajar orang adalah satu benda yang boleh buat aku hilang sabar dan hilang segala2nya.
- Kembar aku, Lan (sebab nama ayah sama) sekarang buat side income kereta sewa + hotel bajet kot. Tak pasti plak kat mana.
- Dalam ramai2 tu, Yus sangat hebat. Fikri kata dia kawen 2. Haha. Padahal orang lain baru nak kawen pun terkial2 lagi. 2-2 wives dia masing2 ada sorang anak. Gosip terbaek sepanjang zaman yang pernah aku dengar.
No comments:
Post a Comment