Friday, February 5, 2010

Gile

Sumpah aku takkan pegi makan dekat gerai kampung belakang yang dekat simpang tu. Yang dekat2 kuil kot kalo tak salah aku. Walaupun dipaksa oleh kawan2. Ala, yang macam pondok kayu tu... Yang siap ada estro tu... Kalo yang biasa pegi makan malam2 kat situ... Kedai yang servis paling lambat dan siap boleh salah2 antar makanan tu...

Ais kosong + nasi lemak + sambal sotong sejemput (sotong halus2) + ayam goreng. Alasan? Sotong mahal.

Makan macam ni je pun dia caj RM5.20. Kampung tu bai. Sapa cakap duduk belajar kawasan pedalaman ni jimat belanja? Habaq mai sat kat cek...

Kat Kuala Selangor camni selalu aku beli pun baru RM3.80. Sebab nasik lemak selalu aku cakap tamau timun + ikan bilis goreng + kacang. Yang ni pun tanpa timun + ikan bilis goreng + kacang. Nak pitam jugak aku masa nak bayar tu.

Nak kata ada service tax charge? Makan pun amik sendiri je. Dia taruh nasi je dalam pinggan. Kedai semalam tu siap tolong letakkan apa yang kita nak lagi. Tapi takde la mahal camni. Nak kata environment macam McD? Yang siap ada wifi semua tu? Anjing liar banyak la berkeliaran. Ahhh!! Sumpah aku takkan pegi situ bila2 masa pun dah!!

Old Town White Coffee pun kalah bro!

Nak caras loan student pun agak2 laa... Kalau makan pagi je dah RM5.20 untuk santapan paling basic gila... Cemana pulak makan tengah hari, makan malam? Jangan pelik la kenapa student lebih suka beli maggi makan dari makan makanan lengkap camni.

Maggi = RM3.00 ada 5 paket kat dalam. Sebungkus kau boleh pecah jadi 2. Makan tengah hari dengan makan malam. Lagi jenis save, pecah 3. Makan pagi, tengah hari , malam. Ikut portion. Tengok...!!! RM3.00 kau boleh survive sampai 5 hari. Makan nasi lemak macam ni boleh ke nak kenyang sampai 5 hari? Abeh kuat pun, 8 jam lepas tu kau pegi toilet jugak buang. Rugi. Tsk!

9 comments:

epalejau said...

muahahaha..
mahal tu memang mahal.
tapi aku suka cara ko ekspress kemahalan tu kat sini.
ahahaha..

toksah da g situ lagi,as!

nama saya aslina said...

::hadra::
expressi tu penting...huahuahua~~!!!

kayteeze said...

Salam dek,

Lompat dari blog CC.. :)

Mahal la .. memang tak patut, dengan anjing2 lak tu.. Ish.. toksahlah makan kat situ lagi. Tempat tak bersih tu..

Tapi, jangan pulak makan maggie selalu. Kang kecut la otak tu..

Akif Mazlan said...

Abeh kuat pun, 8 jam lepas tu kau pegi toilet jugak buang. Rugi. Tsk!

inilah statement paling best yang kamu buat,,
hahahha,

nama saya aslina said...

::kaytezee::
anjing2 tu tatau la mana datang...tapi kawasan tu memang banyak anjing2 liar berkeliaran...sampai ke hostel kadang2. sebab tu saye tak stay hostel... hehe... pasal megi tu... kene creative laa...bukan makan dengan perencah dier je... pandai2 la modified...


::Akif Mazlan::
haha...memang pun kan? 8 jam untuk betul2 hadam... kalo metabolisme tinggi lepas tu kuar la dier... kalo metabolisme rendah... 24 jam lepas tu kuar jugak kan? yang nyatanya dia takkan tersimpan... kalo tersimpan tu...maknanya system dah rosak =)

profwacko said...

Wow... hebat sungguh pengiraan2 yang digunakan..

nama saya aslina said...

::rezan::
wey...kedai lampu malap2 haritu... yang asik datang meja kita tanya ade order itu tak...ini tak tu...

Legasi Piston Pecah said...

nak murah jom makan kat warung pak ali...tapi dalam kawasan taman..bukan kampung..lagi murah..haha

nama saya aslina said...

::legasi piston pecah::
kat tempat aku pegi tuh... bajet kampung macam starbucks...tak pun old town white coffee...sebab tak banyak persaingan kot kadang2... persaingan selalu dalam makan tengah hari je... tapi semua kedai pun letak mahal2... student biasa takde choice sangat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...