Monday, August 16, 2010

Buang Bayi - The Chronology

Mak ayah hantar pegi sekolah. Siap duit belanja cukup-cukup. Tak cukup boleh mintak. Buat muka kesian sebab nak buat beli buku. Hakikat sebenar, dia lah kaki ponteng paling besar. Pegi sekolah pun setakat depan pagar je. Lepas tu ciao. Lepak lagi best. Ada jugak yang baik-baik. Tapi talam dua muka.

Nasib malang, ended up SPM fail. Keje merapu. Atau jadik penganggur yang suka berhibur sepenuh masa. Nasib baik, lulus jugak, boleh masuk kolej/universiti. Belajar tinggi-tinggi.

Orang kapel, dia pun sibuk nak kapel, sejak skolah kot. Kalo tak kapel, tak rock. Nanti kene kutuk ngan kawan-kawan. Takleh geng. Kawan-kawan ajak bersosial, dia pun laju je join. Takut kene sisih ngan kawan-kawan. Ye lah kawan-kawan kan penting.

Padahal tak salah pun jadik loner dalam skolah/universiti. Lagi rare dan lagi stylo. Takkkk!!! Tak boleh... Hidup kena bermasyarakat mak ayah pesan. Yes, fine.

Bila dah kapel, dah kene buktikan cinta. I sayang U, U sayang I tak? Tak bagi pegang-pegang, U tipu lah. U tak sayang I. Merajuk. Takmau contact dah sampai bile-bile. Kite klesh!!

Ok-ok... I sayang U... I ade U sorang je... Pegidahhh... Kalo pun ada family kacau-bilau sekalipun, ko tetap ada parents tau tak??? Sila sedar diri... Tapi, takkkk....!!! Buah hati lebih penting. Sebab hidup sunyi. Mak ayah sibuk ngan keje. Watdehel? Mak ayah keje untuk kau jugak. Bukan orang lain... Takkk... Dorang memang tak sayang I. U sorang je yang caring pasal I.

Sang lelaki di dalam hati : Yess!! Umpan dah kene... Tak lama boleh la rase. Takyah kuar duit. Cukup janji-janji manis. Itu pun pompuan dah melting. Modal tak banyak, ye tak?

Ok. I janji bla...bla...blaaa...

5-6 bulan kemudian...

U... Camne ni? I pregnant lahh... Aduihhh... Mati la I kalo parents semua tau... Baby makin besar... Nak buat abortion nanti, I takut. So, cemana ni?

Kalo nasib baik : Ok-ok, I bertanggungjawab kat semua yang terjadi ni. Jom nikah. Nanti I pegi jumpa family U cerita semua, ok? Jangan risau ye sayang...

Kalo nasib malang : Hishh!! Anak sapa U ngandungkan ni? Entah-entah jantan lain yang U tido, U nak salahkan I pulak... Syuh!! Syuh!! I tak pernah kenal U sapa... Pegi... Pegi...

Hari berganti hari, bulan berganti bulan...

Perut makin besar. Tapi masih boleh cover sebab selalunya benda-benda yang memang untuk disorokkan ni, memang baek je tersorok sampai orang pun tak sedar... Subhanallah, sebenarnya Allah dah selamatkan dia dari aib yang dahsyat mungkin dengan harapan dia akan bertaubat, insaf dan menyesali perbuatan lalu mengambil iktibar untuk menjaga bayi tersebut. Tengok? Begitu mudahnya jalan hidup diaa...


Tapiii...

Cukup 9 bulan atau tiba masa melahirkan...

Apa aku nak buat ni? Nak bela, nanti kantoi. Tinggal je la mana-mana...

Huhu...

Okeh. Ini imaginasi aku. Memang tinggi dan aku expect kebanyakkan lebih-kurang camni lah.

Percaya sangat dengan lelaki. Alangkan yang ada ikatan yang sah pun banyak menipu, inikan pulak takde apape ikatan. Kapel tu bukan lesen yang sah lagi confirm untuk menyebabkan seseorang lelaki tu nak amik anda jadik bini. Alangkan kawen pun boley cerai, inikan kapel semata-mata...

Nak kata bodoh, kebanyakkan yang buat kerja-kerja macam ni bukan cacat otak. Penat-penat la mak ayah bagi pendidikan terbaik siap sanggup berpisah dengan anak-anak semata-mata untuk pendidikan terbaik. Tak reti-reti nak bersyukur lagi ke???

Aku geram okeh.

Sekarang aku rasa aku gembira kot dengar hukuman untuk pembuang bayi tu. Harap-harapnya bukan la setakat perempuan tu saja yang kena. Ye lah, penat-penat 9 bulan dia mengandung, lepas tu kalo dia buang, dia sorang saja kena.

Mana boleh macam tu??

Kalo tak kerana sperma lelaki, manakan datang seorang bayi??

Cari jugak lelaki durjana tu sampai dapat. Hukum sekali. Harap pandai cakap je, mulut manis. Habis dapat madu, sepah buang merata-rata.

Kadang-kadang beruntung jugak jadi lelaki yang takde tanggungjawab ni. Tau nya benda free dan sedap. Tak payah kuar modal banyak-banyak. Ayat manis-manis dengan penampilan smart-smart, okeh, boleh makan semua pompuan.

Cinta itu memang buta. Pandai-pandai la blaja "love braille" untuk lead hidup yang lebih berkat dan dikurniakan pasangan yang betul-betul terbaik.

Jangan jadik desperate dan ikut kawan-kawan sangat.

Kita tentukan hidup kita sendiri, ye tak?

Kawan-kawan huha-huha tu ada ke peduli kalo tiba-tiba kita ada masalah macam ni? Kawan-kawan sejati je yang sanggup bagi kata-kata semangat dan tolong dari segala segi.

Tepuk dada, tanya iman.

P/S : Semua orang pun ada jugak buat silap... Bezanya besar tak besar la impak silap tu... Kalo boleh, sebelum mulakan sesuatu, baik pikir dulu baik-buruk. Bukan kene bayar pun nak pikir...

5 comments:

hentakbelipat said...

mmg sekarang ni dah mcm musim buah palk suke2 buang bayi ni...haram J sgt perangai seko2

epalejau said...

macam hari-hari kan berita buang bayi tu kuar kat berita..da macam bayi tu mengalahkan sampah plak dah.

bayi itu manusia ok? cuma dia kecik. belum melihat dunia lagi. belum dengar apa-apa. tapi dia masih seorang manusia, yang mana dia mempunyai hal untuk hidup. so orang yang telah membuang hak itu, memang patut-patut sangat dibunuh.

Signorina Syima said...

tak ada icon "like" ke?? nak like...

Aslina said...

::hentakbelipat::
tau takpe... nak kata hasil valentine's day... belum lagi kot rasanya... mungkin hasil2 tahun lepas agaknye...


::hadra::
ehh... apa plak dier blom lihat dunia... sempat je lihat dunia... tapi sekejap je la dier lihat dunia kalo umur dia tak panjang... sempat jugakkk sedut oksigen...


::kak syima::
takde plak button like. cemana nak letak button like ha??

sweet said...

kesian....bayi bayi tu bukan berdosa...yg berdosa makbapak dia....