Sunday, August 22, 2010

Entry Ini Ada Sikit Sexists.

Ini adalah personal opinion. Agak-agak tak suka boleh hentam aku kaw-kaw dalam ruangan komen tu. Tapi sila pastikan komen betul-betul bijak lah baru boleh letak situ.

Aku tak kisah kalo korang nak label aku pompuan materialistik ke apa ke lepas baca entry ini.

Punca aku buat entry ini:


Pegi link kat gambar tu. Klik play dan dengar la sendiri. Tak lupa jugak baca sebijik-sebijik komen kat situ.

Aku bukan nak condemn lelaki. Tapi pada aku, dier ni takyah jadik lelaki pun takpe. First impression aku dengar clip perbualan tu aku dah rasa loya gila. Sebab lelaki tu kuat mengadu. Macam hampeh je kalo kenal lelaki kuat mengadu camtu.

Aku rasa dia sendiri pilih jalan untuk memalukan diri sendiri. Apa point dia sampai nak mengadu dekat deejay tu? Sekarang clip tu pun tersebar merata-rata. Semua pakat-pakat nak share kat fesbuk dengan 1001 jenis ayat yang konon-konon sangat bersimpati dengan keceluparan mulut tunang dia menghina dia teruk-teruk sebab dia cuma jual burger.

Entah lah. Aku rasa dia tak layak langsung untuk dirasa simpati. Tolonglah. Personal matter macam tu? Bila mana tunang dia taknak cakap dengan dia... Atau bincang apa pun, at least korang dah bertunang... Hantar la mak ayah, consult la dengan cara baik-baik. Bukan tak boleh, kan???

Bila dah jadi consultation untuk kedua-dua pihak kat radio live pulak tu macam tu, sorang tengah marah sebab tak dilayan dengan elok, sorang lagi bengang sebab masalah macam ni pun nak masuk dalam radio segala, biar satu Malaysia tahu masalah dorang... Terus la jadi out of control. Masing-masing takleh nak handle secara professional.

Lelaki tu just attention seeker. C'mon laa... Ini baru 1% masalah dalam hidup dier... Dan belum pun kawen lagi tu... Kalo dah kawen, entah-entah terus call Aduan Rakyat TV3 tu sebab takleh setel masalah dengan wife dier. HAHAHAHAHH!!!!

Okeh-okeh... Aku maybe terlalu backup pompuan. Yeah, aku pompuan mestilah aku backup jantina sejenis aku... Lagipun sapa pun ada hak kan untuk pilih yang terbaik dalam hidup dia... Yang terbaik tu pulak macam-macam kriteria... Mungkin pada pompuan tu... Ada banyak duit boleh buat dia hepi. Apa salahnya buat sorang pompuan hepi. Anda pilih untuk sehidup-semati dengan dia... Mestilah anda punya sebab untuk buatkan dia bahagia sepanjang hayat dengan anda. So, bila dia rasa gembira sebab banyak duit, sila la penuhi permintaan dia.

Korang mungkin cakap, orang zaman dulu-dulu takyah banyak duit pun tapi hidup bahagia. Mungkin dorang jenis tak kisah sangat pasal harta sebab makan-pakai-segala semua cukup. Apa lagi jaminan masa depan. Yes. Jaminan masa depan tu sangatlah penting. Sebagai bakal ketua keluarga, seseorang lelaki tu pada aku SANGAT LOSER bila dia tak dapat nak bagi jaminan masa depan yang cerah-gemilang-terbilang dekat future wife dia. Haih... Zaman sekarang semua pun duit maa... Nak pegi buang air pun pakai duit ehh...

Senang cerita, dia mungkin berpendapat pompuan tu nafsu besar, tamak... Tapi, dia tau kemampuan dia setakat mana, tapi nafsu dia pun sama jugak besar sebab nak pompuan jenis hebat-hebat. Jangan cerita la kata pompuan ni tamak segala walaupun tak lawa. Well, itu lumrah seorang perempuan. Kalo dia tak hebat, masakan dia punya option lain yang lebih baik dari lelaki tadi??? Peduli hapa kalo lelaki pilihan lagi satu dia tu memang jenis buaya ke apa, tapi sekurangnya dia ada jugak pilihan lain. Lelaki jual burger tu?? Ada ke pilihan lain?? Kenapa anda masih mengharap pada yang tak sudi??

Semenjak-dua menjak ni aku cuba jadi sangat-sangat realistic. Segala segi aku cuba realistic. Lebih-lebih lagi bab relationship. Apa gila taknak realistic dalam relationship? Dah la ko plan nak sehidup-semati dengan orang yang ko suka dan at the same time dia pun suka kita. Tapi suka-suki sebegitu saje tak cukup untuk beli beras 10kg ye kawan-kawan... Ingat tuuu... Nak beli megi sebungkus 5 peket extra free satu kat dalam pun tak lepas kalo cuma cinta saja yang ada untuk survive dan takde duit.

Aku cuma amik langkah-langkah berjaga-jaga setelah menilai semua benda dari segala sudut positif-negatif-separa positif/negatif semua. Aku pun bukan la sempurna sangat nak demand macam-macam... Tapi at least aku pun nak yang terbaik dalam hidup. Bila dengar macam tu punya jenis pengaduan... Aku rasa, baik dier resign je la jadik lelaki. Aku ingat pompuan je suka mengadu perkara bukan-bukan... Tapi bila lelaki pun ada perangai camni... Baik dia jadi bapuk je. Bapuk pun takde nak terhegeh-hegeh mengadu macam dia.

Apa aku nak cakap kat sini adalah, berenti je la nak rasa simpati kat lelaki macam ni... Salah dia sendiri pilih untuk memalukan diri sendiri...

Tolong pikir secara waras. Anda lelaki. Anda nak ke masalah anda dengan pasangan, tengah gaduh, semua orang dengar anda bergaduh. Anda nak ke macam tu? Bergaduh pulak ada menghina-hina semua. Sebenarnya tak semua akan rasa simpati dengan nasib anda.

Tapi perempuan macam saya ni akan awal-awal lagi buang anda dari list lelaki idaman. Anda masih tak layak untuk memimpin sebuah keluarga.

Spoil brat.

Kat sini aku nak turunkan panduan memilih bini buat lelaki-lelaki di luar sana. Sila ukur kemampuan diri sebelum cuba-cuba nak tekel perempuan-perempuan yang dirasakan hebat-hebat dan punya maintenance tinggi. Cari sederhana sudah.

Aku plak, sebagai perempuan... Aku tak kisah pun sebenarnye dengan ape jenis pun lelaki yang nak jadik pasangan hidup aku. Tapi satu je lah aku nak cakap, aku memang mulut jenis tak tapis... Memang kawan-kawan sekelas aku ke ape ke semua awal-awal dah reject aku... Ape pun lebih baik berterus-terang benda yang orang tak sanggup dengar dari nak hipokrit, mulut manis tapi hidup pura-pura. Dan sememangnya jika banyak pilihan, dah tentu aku pilih yang terbaik dan punya jaminan masa depan yang takkan mengecewakan aku.

Berapa ramai pulak yang sanggup macam tu?

5 comments:

Unknown said...

SERIUS!!!! aku sokong!!! macam apa je mamat ni....dari die sebok2 ngadu kat dunia macam ni..lebih baik la dia g belaja tgi2..pastu g keje bgs kumpul harta...zaman skng..no money no talk ! idup takleh selamanya idup dengan cinta! bluerks!

hamzah ian said...

asalkan tak hipokrit kan..

MOFASAD said...

ekekekeke


suka komen hamzah~

Anonymous said...

lepas aku tgk video tu kat fesbuk puaka...aku tak suka kat lelaki tu..lembik..menagih simpati kat pompuan camtu..

perempuan tu walaupun celupar..tapi sebenarnya semua pompuan lebih kurg sama perangai dgn dia..cuma celupar atau tak je..itu cerita lain.

Aslina said...

wallawehhh...

aku ingatkan ramai gila yang backup lelaki tu...

kat fesbuk punya la ramai simpati kat laki tu, siap kutuk pompuan tu kaw2 macam 100% pompuan tu salah sebab hina lelaki jual burger tu...

best ahh korang~~