Showing posts with label homework cikgu bagi. Show all posts
Showing posts with label homework cikgu bagi. Show all posts

Sunday, October 10, 2010

Benda ni la yang buat hidup aku hampir separuh gila sebab...

  • Start masuk bulan September kot baru dapat hidayah dan petunjuk untuk proceed thesis.
  • Sebelum-sebelum tu hidup masih enjoy. Langsung takde ciri-ciri nak pikir mase depan.
  • Cuti raya haritu hidup aku agak tak keruan akibat ke kedai hardware semua tutup.
  • 2 minggu nan lepas, sejak 27 September 2010 sampai ke semalam, berderet-deret dengan test.
  • Test-test tu semua pun aku menoyol dengan sepenuh hati tanpa kantoi. Teknik? Rahsia.
  • Dalam minggu lepas jugak aku dah plan elok nak hantar je kedai menatang ni. Alasan? Tak cukup alat-alat nak buat. Ye lah. Umah aku bukan workshop ye tak?
  • Minggu ni, Isnin... Berkobar-kobar nak pegi antar kedai. Membe ajak Selasa je.
  • Selasa plak. Aku punya la excited nak antar kedai, sekali kawan tu pulak barai pegi tido sampai tengah hari. Sudahnya delay.
  • Rabu apa aku buat ha? Study ke apa? Tak ingat pulak.
  • Last-last Khamis baru pegi potong perspex. Itu pun macam mengarut je.
  • Jumaat baru gelabah hantar nak buat je kat kedai.
  • Semua yang kat kedai tu blur dengan apa aku nak buat sebenarnya. Mintak aku bawak sketch esok je bukak kedai setengah hari.
  • Sabtu test tu, pepagi aku antar sketch kat kerani. Balik dari test aku tak nampak progress apa. Tepuk dahi sekejap pasal kali ni manager pun tak paham aku nak buat apa. Dia kata rumit.
  • Cakap je la nak tunggu aku berada di tempat kejadian baru nak boleh buatkan. Huhuhhh...
  • Time balik plak brader kedai tu bleh mintak no fon. Aku bagi pasal mati-mati ingat untuk contact bagi balance Isnin (esok) ke apa pasal aku bayar deposit. Sekarang dia rajin-rajin nak sms aku tanya khabar. WTF????
  • Sabtu boleh rilek-rilek lagi kan. Padahal Isnin ni dah nak kena submit final draft ngan slide show. Kuar shopping drill set, riveter, gergaji besi kecik, macam-macam tools lagi. Sumpah bilik aku jadi workshop mini. Burn RM200 beli semua tu.
  • Harini baru pulun buat semua. Nasib baik la kedai hardware sini Ahad pun bukak. So, tak cukup skru ke apa kejadah tu semua boleh pegi beli dengan senyuman melebar sebab tokey tu pening dengan request aku. Mintak benda pelik-pelik.
  • Sekarang tangan aku dah melecet teruk sampai rasanya nak makan pun kene pakai sudu garfu je. Takleh kene kuah panas-panas dan nasik panas-panas.
  • Selasa ni present kalo lecturer komplen nampak macam hantar kedai, memang tak ragu-ragu aku tumbuk dia kat situ jugak. Yelah, aku antar kedai pun last-last sebenarnya untuk tau dorang guna tools apa untuk sambung itu-ini. Sebab tu Sabtu tu laju je aku pegi kedai beli. Nasib baik la affordable.
  • Ni la hasilnye. Tapi circuit tak berusik lagi. Tengah takde mood lagi pasal nanti circuit pun main mende panas-panas jugak. Solder tu panas jugak apa. Dah la tangan melecet, lagi nak tambah kan??




Padan ngan muka sendiri pasal buat keja last minute la woiiii...!!!!!

Sapa suruh wat last minute ye tak???

Total mende aku abes untuk project ni...

  1. Masa kuar beli mende wat circuit ngan Fazar = RM 260
  2. Kuar beli mende circuit sendiri = RM 100
  3. Beli tools siapkan hardware sendiri = RM 200
Total baru RM 560.

Kira ok la kan. Sendiri buat plak tu. Sebenarnya RM 300 lebih je kot. Pasal tools tu untuk masa depan pun bleh pakai. Nanti umah aku sendiri dah ada tools dah. Takyah tunggu nak berlaki baru dalam umah ada tools. Huhuhh...

Hoiii... Takde mood nak buat analysis ni cemana??? 

Mood oh mood tolong la datang... Esok Isnin nak kene submit final draft ngan slide show dahhh... Selasa present...

Tapi boleh tak esok aku buat-buat lupa nak antar??? Aku antar masa presentation jeee... xP

Thursday, July 15, 2010

Terbakar Kampung Nampak Asap, Terbakar Hati?

Minggu ni, sepanjang harini sampai mungkin esok... Rasa tak boleh blah je... Macam takde ape je padahal dah minggu ke-3 blaja. Minggu ke-3, beb!!

Lagi... ??? Minggu lagi untuk habiskan degree aku nih. Heh. Baru terhegeh-hegeh nak abehkan degree. Orang lain sebaya aku dah abeh sambung master pun. Siap tengah simpan planning sambung PhD. Aku still lagi camni. Takpe. Pelan-pelan orang cakap.

Kenapa aku cakap terbakar hati ni?

Sebab haritu pegi kelas, sekali kelas cancel. Suka sangat la nak bagitau last minute. Dah la dalam haritu satu kelas tu je ada. Ahah!! Ada sorang membe aku, baru abeh degree, masuk campus balik, tapi jadi lecturer untuk budak-budak diploma. Macam best je kan ada kawan-kawan yang dulu sama-sama sekelas, tapi skang dah pegang jawatan assistant lecturer? =)

Dia citer kat kitorang masa interview tu semua siap ada mock-teaching. Mock-teaching adalah pura-pura mengajar. Gila palat bunyinye kalo alih bahasa. Tujuan mock-teaching ni aku rasa untuk tengok tahap confident sorang bakal lecturer kalo berhadapan ngan student untuk masuk mengajar. Membe aku citer punya la ketaq buat mock-teaching ni sampai terlupa nak tulis kat white board. Tapi lama-lama cool sebab tau lecturer-lecturer yang terlibat dalam mock-teaching tu nak psiko bakal lecturer je sebab selalunye student kadang-kadang lagi annoying dari lecturer-lecturer psiko tu.

Tak salah aku, takkan dier sorang je kene mock-teaching, dah tentu ramai-ramai yang datang interview tu pun kena mock-teaching...

Tapi apsal aku rasa ada sorang lecturer baru tu macam takleh blah ngajar. Tau la kot-kot dier nervous tengok dalam kelas ramai sangat "makhluk kurang hensem"... Tapi sampai bile nak nervous, kan... Tak cukup ke lecturer-lecturer psiko dia cemana kondisi dalam kelas?

Siap masuk kelas first day lagi dah letak macam-macam syarat. Masuk next class, dia cancel kelas. Next class lagi, dia bagi notes dan baca sebijik-sebijik notes sampai aku rasa dia macam kawan-kawan aku tengah cover nervous masa buat presentation. Kali ke-empat, paling style. Masuk kelas, tulis sikit, baca balik apa dia tulis, dan ok, kelas habis. Hoh? Rekod beb. Masuk lambat, dekat pukul 3 petang (kelas 2.30 petang, ok?), sebelum pukul 3.20 petang, kelas habis. WTF???

Kelas kelima selasa lepas. Punya la kelam-kabut aku datang kelas dia, sampai je kelas, ada notes kelas cancel. Hati ni punya la terbakarrrr... Dah la awal-awal masa kelas first haritu aku kena bahan dalam kelas, sebab lambat 3 minit dan masuk kelas dalam keadaan basah kuyup.

Wey, selalunya kan, berapa lama ye masa sorang lecturer perlukan untuk hilangkan dia punya rasa nervous nak mengajar dalam kelas? Aku rasa at least 2 kali dia masuk kelas untuk kenal pelajar dier pun, dah cukup nak bina keserasian dengan student... Tapi kalo da asik cancel kelas... Bile nak serasi kan?

Korang rasa cemana?

Monday, November 30, 2009

Yeayyy!!!

Akhirnye abeh jugak la seksaan buat final report praktikal ni...

2 hari berturut2 beb tak tido nak siapkan mende nih...Haa...Sila kagum sikit ye...Final report aku tu cecah 72 page termasuk cover...Dan ni la first time aku taip bende2 ilmiah sampai cecah 60 page tau. Anggap je lagi 12 page tu kopi-pes dari intelpedia, wikipedia, google dan jugak report contoh. =)

Sila kagum sikit. Maklum la sebelum2 ni report project semua main share2 buat atau edit2 report orang lain. Cheh!! Plagiat gila babi btol...Bila la nak insaf ni =)

Ni la hasilnye nak tayang kat sini. Lepas ni pulun untuk pre-tesis & tesis plak. Doakan aku tak melakukan apapa plagiat yang membawa kepada hal2 yang tak brapa nak menyenangkan seperti repeat paper.


Saturday, February 14, 2009

Eksperimen : Aku, Mereka Dan Henset

Hipotesis :
    Semakin canggih henset, semakin susah nak cari function "Silent"

Intro :
    Henset sekarang dah makin canggih. Budak2 skolah tadika pun tau gune enset. Malah, mase aku keje kat kedai nasi ayam dulu pun, ader sorang customer nih...Anak dier aku rase la baru je darjah satu...Tapi gune enset lagi canggih dari enset aku mase tu...Mana tahan beb...Panas hati je tengok budak tu call ayah dier ajak datang makan...Aku syak la dak tu punye enset mesti parents dier amik pakej 1+3 celcom (mase tu la)

    Penting sangat ke enset kepade dak skolah mcm budak tadi tu? No wonder la anak buah aku kecik2 dah ader boipreng...Ni kes tukar2 no enset kat tadika la nih...Ish3x!! Apehal dak2 tadika pun dah maju ngalahkan dak2 u nih?

    Knape intro macam takde kene-mengene dengan tajuk eksperiment nih?


Objektif :
  • Mengenal pasti jenis henset yang mudah ke mode "Silent"
  • Mengenal pasti jenis manusia yang tak suke silent henset
  • Mengenal pasti punca bunyi henset yang tak diundang
  • Mengenal pasti pengguna provider mana paling banyak terima sms/call dalam kelas


Kaedah :
  1. Ujikaji diadakan dalam satu kawasan yang agak bebas bergerak, udara agak nyaman, disertai kehadiran lecturer subjek yang boleh bikin hati berdebar setiap kali masuk kelas dan bilangan student yang selalu melebihi 40 orang.
  2. Ujikaji hendaklah dijalankan sepanjang waktu kelas. Perhatian: jangka masa kelas bikin-bontot-panas-mau-tunggu-sampai-abeh adalah dari kul 2 petang hingga mencecah 5.30 petang setiap hari Khamis setiap minggu tanpa gagal.
  3. Tunggu sehingga ader call masuk atau sms masuk.
  4. Cukup2 la kot kaedah tak boleh banyak2...Nanti aku sepak korang nak list kaedah banyak2 nih...

Iklan sat :
Aku ngidam nak pakai henset siap booth camni...Mana nak cari?

Pemerhatian :
    Hah?!! Camne aku nak rekod pemerhatian ni?

    • Sepanjang kelas berlangsung, tak kurang dari 10 bunyi2 ringtone henset beraneka jenis lagu top masa kini dapat didengar.
    • Lecturer tu bukan macam Prof. Maselan dulu2 yang apabila dengar ringtone best, dia pun sama naik berjoget depan kelas. Huh!
    • Waktu puncak call/sms masuk adalah antara 10 minit kelas akan berakhir. Ada jugak yang dapat waktu break sekejap. Musyikil aku kalo2 orang yang call dorang tu ader instinct nak call waktu take five.
    • Selalunya penerima call/sms sesat dalam kelas adalah terdiri daripada pengguna Maxis.
    • Aku juga tak berkecuali menerima sms tak diundang dari Maxis setiap kali kelas itu. Pulak tu content yang sama sampai 3x...Apehal?
    • Takkan dengar ringtone berbunyi polifonik atau monofonik dalam kelas...Sebab masing2 dah gune henset yang serba canggih dan baru.


Perbincangan :
  • Sumpah budak2 ni cerita kat aku henset canggih sekarang susah nak jumpe function silent. Padahal tak salah aku, kebanyakkan henset Nokia yang paling mahal sekalipun dah tentu ader button short-cut ke mode silent kat # key itu. Senang citer, mungkin dorang dah modified semua profile kot. Silent pun boleh tukar nak letak ringtone...Apehal?
  • Masa yang di amik untuk unlock security code pun amik masa (konon2 la) tu pasal bunyi henset boleh berlarutan...Tak kurang gak responden yang kelihatan gelabah cari henset tak jumpe time2 henset tu berbunyi. Kantoi kat situ.
  • Maxis memang suke antar service sms mengarut2, mms yang ntahapa2, dan jugak promosi2 melalui sms time2 kelas...Mana depa tau aku tengah dalam kelas yang paling debar nak masuk...Bukan berdebar pasal lecturer hensem sangat...Tapi berdebar sebab takut tak paham dia ajar ape...Subjek Signal ni bukan boleh buat main2 oww...
  • Lain2 korang tambah senirik kat komen di bawah sana.


Kesimpulan :
    Hipotesis diterima walaupun pada aku hipotesis tu bapak la mengarut serta penuh berisi penipuan tak berasas...Cakap je la korang beli henset baru...Yang canggih serta pelbagai guna...Bak kata Kak Syima, henset canggih tapi asik silent nak wat apa...

    Ah! Ape aku merepek nih? Kire eksperiment ni gagal ke ape?
    Brape markah la agaknye cikgu nak bagi ni?

Friday, November 21, 2008

Tutorial Lepas Kelas

Uhuhu...Kene tag lagi...Diz time ngan Jumie la plaksss...
Tapi skang aku bz sangat nak kire bape markah yang aku bakal dapat untuk esok...
Dan jugak aku tengah bz siapkan mende presentation untuk Ahad ni yang aku tak ketahuan hala bile nak kene present...Takde sape pun nak inform kat aku ke?

Ok lah...Isnin depan ingatkan aku untuk pegi sini dan sini untuk jawap tag...

Sementara tunggu aku nak hapdet blog aku yang tak bape nak senonoh ni...Korang layan je la 3 soklan Engineering Math nih...Tahap dewa tau nak jawap...Tutorial ni aku cilok baeekkk punye dari mana tah laa...Aku pun dah lupe...Lecturer aku mase diploma la nih...Dier suh kitorang jadik bijak-pandai macam tukang jawap soklan ni...Confirm tetiap sem bleh amik Anugerah Dekan...




Puan!! Puan!! Tolong semak tutorial saye ye...Pastu bagi markah skali...Saye takmo la markah cikai2...Saye nak puan kasik A+ terus untuk subjek ni...Hokee?

Hokee waklu!!!