Showing posts with label exam menjengah. Show all posts
Showing posts with label exam menjengah. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Hiburan Di Musim Exam



Sapa cakap engineer seorang yang membosankan? Haha.. Bukti nih... :D

Lagu ni meletops dikalangan budak-budak kelas aku kat wall fesbuk. Brader ni memang style la. Art abes. Mesti korang pelik apahal minah ni pepagi dah meroyan lagu ni... Tak kisah laa... Lagu ni memberi semangat untuk aku teruskan perjuangan nak jadik sorang engineer. Bwahahaha...

P/s: Aku siap buat ringtone, ok?

Thursday, March 3, 2011

Random #61

Sorry la semua...

Aku tengah cari mood nak update ni. Lagipun sikit busy skang. Terpaksa buat-buat bz. Huhu...

Mood swing-swing skang...

Lepas 17 Mac mungkin aku akan update secara berleluasa.

Thursday, October 21, 2010

Laa... Smalam Tu Spotcheck Jugak Rupenye...

Kah kah kah...

Aku baru tau semalam time nak masuk exam untuk paper Fuzzy tu yang ramai-ramai berkumpul depan pintu tu rupanya spotcheck rupa-diri student.

Aku tau pun tadi... Pasal Din cakap, "Semalam pun siap ada spotcheck."

Mula-mula pelik jugak kan spotcheck ape kebendenye kan... Pastu dier cakap ramai kena sebab pakai jeans. Kawan-kawan kitorang jugak yang kena pun... Kad matrik kene amik. Keh keh keh.

Tau apsal aku blur???

Sebab, masa aku sibuk sarung kad matrik nak masuk hall, tiba-tiba ada sorang ni tarik kad matrik aku. Bleh plak aku pandang muke dier balik dengan rupe sikit tak puas hati pastu tarik balik kad matrik aku, ngan selambe je masuk exam hall tu, dan duduk seperti takde apape yang terjadi.

HAHAHA...

Mujur jugak. Kalo tak, kene saman lagi la nampak gayenye.

Sebab aku pun pakai jeans. Jenis yang ada scratch-scratch plak tu. Lagi ranggi.

Kalo yang kene saman tu tau nih, mesti lagi berbulu-bulu bengang.

Gila saman betul dorang sekarang ni.

Sunday, October 17, 2010

ESOK START FIRST PAPER DAN HARINI AKU DEMAM TERUK-TERUK...

HUWAAAA~~!!!! :'(

Saturday, October 16, 2010

Perlu Ke Nak Upload Ke Youtube Segala??

Thesis aku. Benda hardware haritu akibat aku pegi present naik moto, secara otomatik dah jahanam di tengah jalan. Circuit takyah citer la. Macam mosfet yang super sensitif tu dah takleh nak guna je. Ntah.

Tatau ape jadik.

T_T"

Pastu ramai pulak sibuk-sibuk suruh upload gambar analysis semua ke youtube la ape bende la. Deyy... Mana aku ada masa nak buat tu semua...

Huhuhh...

Entah. Aci tak kalo aku tak buat tu semua... Suka hati aku la kan thesis aku??? Lagipun aku bukan la hebat sangat ke apa benda sampai nak upload macam-macam seperti Poji tu. Ye lah, aku ade account youtube... Tapi malas nak layan upload. Selalu sehari semalam belum tentu habis upload.

Sekarang ni tengah runsing dengan macam-macam.

Mana ke final exam lagi. Mana ke thesis kene major correction lagi. Mana ke apa benda lagi...

Aduihhh...

Dah-dah. Nak pi mandi, pastu nak gerak ke Unisel. Berdating dengan kawan-kawan tersayang sambil study.

Takde mood aku semester ni...

Tapi gigihkan jugak sebabbb...

27 Oktober 2010 tepat jam 12.00pm aku unofficially graduate.

Habis exam.

Tapi nanti kene present thesis lagi. Jangan la nak buat pasal nak letak status TS pulak kat aku ni nanti. Sedih tau... Dah la benda complicated nak mati.

Search online pun mende tu buat untuk 2-3 orang satu group. Aku bantai buat sorang-sorang. Agak-agak lompang sana-sini, mampus la.

Ahhh!!! Tawakal...

Countdown hari nak habis je. Lepas tu nanti enjoy puas-puas walaupun takde duit...

Sunday, October 10, 2010

Benda ni la yang buat hidup aku hampir separuh gila sebab...

  • Start masuk bulan September kot baru dapat hidayah dan petunjuk untuk proceed thesis.
  • Sebelum-sebelum tu hidup masih enjoy. Langsung takde ciri-ciri nak pikir mase depan.
  • Cuti raya haritu hidup aku agak tak keruan akibat ke kedai hardware semua tutup.
  • 2 minggu nan lepas, sejak 27 September 2010 sampai ke semalam, berderet-deret dengan test.
  • Test-test tu semua pun aku menoyol dengan sepenuh hati tanpa kantoi. Teknik? Rahsia.
  • Dalam minggu lepas jugak aku dah plan elok nak hantar je kedai menatang ni. Alasan? Tak cukup alat-alat nak buat. Ye lah. Umah aku bukan workshop ye tak?
  • Minggu ni, Isnin... Berkobar-kobar nak pegi antar kedai. Membe ajak Selasa je.
  • Selasa plak. Aku punya la excited nak antar kedai, sekali kawan tu pulak barai pegi tido sampai tengah hari. Sudahnya delay.
  • Rabu apa aku buat ha? Study ke apa? Tak ingat pulak.
  • Last-last Khamis baru pegi potong perspex. Itu pun macam mengarut je.
  • Jumaat baru gelabah hantar nak buat je kat kedai.
  • Semua yang kat kedai tu blur dengan apa aku nak buat sebenarnya. Mintak aku bawak sketch esok je bukak kedai setengah hari.
  • Sabtu test tu, pepagi aku antar sketch kat kerani. Balik dari test aku tak nampak progress apa. Tepuk dahi sekejap pasal kali ni manager pun tak paham aku nak buat apa. Dia kata rumit.
  • Cakap je la nak tunggu aku berada di tempat kejadian baru nak boleh buatkan. Huhuhhh...
  • Time balik plak brader kedai tu bleh mintak no fon. Aku bagi pasal mati-mati ingat untuk contact bagi balance Isnin (esok) ke apa pasal aku bayar deposit. Sekarang dia rajin-rajin nak sms aku tanya khabar. WTF????
  • Sabtu boleh rilek-rilek lagi kan. Padahal Isnin ni dah nak kena submit final draft ngan slide show. Kuar shopping drill set, riveter, gergaji besi kecik, macam-macam tools lagi. Sumpah bilik aku jadi workshop mini. Burn RM200 beli semua tu.
  • Harini baru pulun buat semua. Nasib baik la kedai hardware sini Ahad pun bukak. So, tak cukup skru ke apa kejadah tu semua boleh pegi beli dengan senyuman melebar sebab tokey tu pening dengan request aku. Mintak benda pelik-pelik.
  • Sekarang tangan aku dah melecet teruk sampai rasanya nak makan pun kene pakai sudu garfu je. Takleh kene kuah panas-panas dan nasik panas-panas.
  • Selasa ni present kalo lecturer komplen nampak macam hantar kedai, memang tak ragu-ragu aku tumbuk dia kat situ jugak. Yelah, aku antar kedai pun last-last sebenarnya untuk tau dorang guna tools apa untuk sambung itu-ini. Sebab tu Sabtu tu laju je aku pegi kedai beli. Nasib baik la affordable.
  • Ni la hasilnye. Tapi circuit tak berusik lagi. Tengah takde mood lagi pasal nanti circuit pun main mende panas-panas jugak. Solder tu panas jugak apa. Dah la tangan melecet, lagi nak tambah kan??




Padan ngan muka sendiri pasal buat keja last minute la woiiii...!!!!!

Sapa suruh wat last minute ye tak???

Total mende aku abes untuk project ni...

  1. Masa kuar beli mende wat circuit ngan Fazar = RM 260
  2. Kuar beli mende circuit sendiri = RM 100
  3. Beli tools siapkan hardware sendiri = RM 200
Total baru RM 560.

Kira ok la kan. Sendiri buat plak tu. Sebenarnya RM 300 lebih je kot. Pasal tools tu untuk masa depan pun bleh pakai. Nanti umah aku sendiri dah ada tools dah. Takyah tunggu nak berlaki baru dalam umah ada tools. Huhuhh...

Hoiii... Takde mood nak buat analysis ni cemana??? 

Mood oh mood tolong la datang... Esok Isnin nak kene submit final draft ngan slide show dahhh... Selasa present...

Tapi boleh tak esok aku buat-buat lupa nak antar??? Aku antar masa presentation jeee... xP

Friday, October 1, 2010

Aku Tak Sempat Nak Update Lebih-Lebih Sebab...

Sila lihat list di bawah;

27/9 - Digital Signal Processing test 1
28/9 - Sensor Engineering quiz
29/9 - Fuzzy Logic test 2
30/9 - Digital Control System test 2
2/10 - Signal & Systems test 2
4/10 - Digital Signal Processing test 2
5/10 - Sensor Engineering test 2
7/10 - Digital Control System test 3
9/10 - Signal & System test 3
14/10 - DATE SUGGESTED TO PRESENT THESIS.
15/10 - Sensor Engineering final exam
18/10 - Digital Control System final exam
19/10 - Signal & Systems final exam
20/10 - Fuzzy Logic final exam
22/10 - Digital Signal Processing final exam

Agak-agak lepas 22/10 tu kot baru aku bleh update sampai lebam. Rasa macam robocop pulak sampai hampir hari-hari pun ada test.

Study week??

Apa benda tu?

Thursday, September 23, 2010

Puaka betul. Kenapa harini baru sedar terlupa register subjek yang 0 credit hours?? Semalam pegi taklimat bayek punye sampai hampir tertido-tido dalam lecture theatre tu, sekali lepas balik rumah bukak portal sebab nak tengok list subjek register semester ni rupa-rupanya tertinggal subjek tu...

Agak-agak kena denda tak? Nak bayar pun tatau celah mana pasal 0 jam kredit.

... Kamu Boleh Janji Tak Ni...??

Ayat paling killer aku dapat petang semalam.

Kitorang mintak extend project tesis kitorang. Masing-masing tengah sarat ngan macam-macam masalah... Ada PIC burner burn laa... Paling haru sekali dengan laptop-laptop pun jahanam. Tu dia dasat tak dasat penangan tesis... Yang aku ni pulak... Give-up tak memasal...

Kalo ikutkan jadual... Lagi 2 minggu je due date untuk present segala nih. Tapi masing-masing mintak extend sampai hujung bulan 10. Sampai lepas final.

Orang lain aku tatau la sembang dengan supervisor cemana... Tapi supervisor aku 50-50... Maklum la... Student yang dier supervise ni kata nak jumpe dier... Jauh sekali ahh... Hahaha... Masing-masing buat hal sendiri je...

So, sekarang ni dia nak kitorang janji. Boleh ke tidak siap 100% functional kalo dorang setuju extend masa. Harap-harap tu siap laa... Hardware aku pun macam... Hmmmmm...

Panjangkan hmmmmm aku tu... Adeihhh... Takpe. Report nanti boleh goreng pasal banyak benda aku kene hadap dalam nak siapkan projek ni...

Oh, tolong la doakan aku habis semester ni jugak. Tak larat dah nak masuk semester depan walaupun aku bukan dalam kategori extend. Tapi mana tahan woiii dari diploma, sambung degree... Pulak tu macam-macam hal bukan-bukan lagi yang datang sepanjang aku diploma ke degree...


Dengan semester ni exam sederet seminggu paper takde kesian-kesian... Harap-harap aku takde nak repeat ke apa...

18/10 - DCS.
19/10 - Paper repeat yang dirahsiakan.
20/10 - Fuzzy
21/10 - ++++ FREE [tarikh ni-2nd year arwah mama pegi] ++++
22/10 - DSP.

Yang aku tatau cuma SE je. Harap-harap tu hujung-hujung jugak la...

Nak keje lepas ni. InsyaAllah kalo takde apape halangan... Ada la kejutan yang menanti. Hehehe...

Saturday, May 15, 2010

Aku Ngaku. Aku Stalker.

Heh. Best kan pengakuan?

Skang aku tengah bosan, tapi malas nak kuar jalan-jalan. Minyak moto tak payah cerita lah. Memang bawah sikit dari tanda merah tu. Esok-esok la aku pegi isi penuh. Esok nak pegi study konon-konon dengan kawan-kawan. Entah apa nak study esok aku pun tatau. Micro-C ni bukan boleh agak. Dulu aku rasa subjek tu adalah parallel dengan Micro-P dengan C++. Tapi disebabkan oleh tenaga pengajarnye yang... Err... So, aku syak dia ada sikit-sikit kaitan dengan subjek lain yang tenaga pengajar tu ajar.

Hah. Bunyi macam huru-hara dan subjek tu takde arah tujuan, bukan? Tapi tu la hakikatnye. Sebab tu kitorang bersungguh nak buat study group tu. Nota je tebal tak hengat. Tapi takde la setebal nota subjek dia lagi satu. Mujur aku tak repeat subjek tersebut.

Gambarajah 1: Seram tak kau ada nota setebal tu?

Mujur nota subjek ni nipis lagi. Tapi, tolong la bagi petunjuk apa yang bakal keluar sebab subjek ni offer cuma setahun sekali. Dah macam hari raya pulak subjek ni datang. Dah la tips pun tamau share. Test? Assignment? Hah. Semua dah pun kitorang blend secukup rasa. Rasa nak rebus je nota tu semua lepas tu minum. Agak-agak boleh cemerlang tak?

Apa kaitan dengan pengakuan aku kat atas tu? Lain kali la aku cerita. Heh. Tapi memang aku stalker pun.

Thursday, May 13, 2010

Siri Kalkulator Emo : Bahagian 2

Maka hari-hari exam pun berlalu dengan penuh kegila-gilaan sebab minggu awal-awal exam paper adalah direct. Sampai la sebelum paper MCS tadi. MCS tadi pun berhempas-pulas kot percaya dengan kalkulator. Siap time study semua kalkulator tak lepas-lepas kot.

Gambarajah 1 : Study pakai 2 kalkulator sekali gus. Hah!! Tapi ni subjek hari lain.

Siap henset kalo jatuh pun bleh buat bodo lagi. Tapi kalo kalkulator jatuh... Pherghh... Boleh buat bunuh-bunuh kot. Kalkulator aku dah 7 tahun pakai dan masih tak tukar-tukar bateri. Sebab tu aku sayang dia lebih. Tapi bayangkan bila kita sangat-sangat mengharap dan percaya gila dekat kalkulator tu...

Boleh pulak time exam dia asik kuar...

Gambarajah 2 : Benda yang taknak dilihat time exam.

Kau rasa nak sepak sapa? Takkan dalam kertas jawapan kau nak tulis besar-besar "Math ERROR"?? Padahal masa dah tak cukup, lepas tu dia pulak nak main-main keluar benda mengarut-mengarut macam ni. Emo tau tak emo? Terganggu gila kot.

Ok. Cukup la kot 2 bahagian je siri kalkulator emo. Aku tatau nak taip apa sebenarnya ni.

Siri Kalkulator Emo : Bahagian 1

Calculator (dari Wikipedia) : Modern electronic calculators are small (often pocket-sized), digital, and usually inexpensive devices to perform the basic operations of arithmetic.

Hah! Kan? Ada setengah orang (baca : lecturer) kata kalkulator tak penting pun dalam hidup dia. Siap boleh congak-congak sebelah mata je tiap kali dalam kelas. Tiap kali kitorang check jawapan dia pakai kalkulator pun mesti hampir-hampir. Kitorang syak dia ada sikit-sikit genetik Adiputra dalam badan.

Gambarajah 1 : Bekas engineer yang tak suka pakai kalkulator.

Haritu aku start exam. Punya la gigih kot letak status dekat fesbuk dengan twitter pasal aku percayakan 100% dekat calculator. Siap dapat balik ucapan gud luck untuk kalkulator tu. Bukan untuk aku pun.

Gambarajah 2 : Percaya pada kalkulator.

Sorry la aku takde mase nak kabur-kaburkan nama sapa-sapa yang menyibuk dekat komen fesbuk aku nih. Huhuhh... Ok, sambung pada punca aku emo dengan kalkulator. Sebenarnya, walaupun berapa gigih la aku konon nak percayakan pada kalkulator pada haritu... Tapi last-last...

Benda kene guna kalkulator teruk-teruk satu pun tak keluar. Siap boleh main congak-congak seperti orang dalam gambarajah 1 tu. Emo tak emo la. Tapi lepas tu aku kuar exam hall terus jadi separa mereng. Sebab tak ingat sangat apa benda rumus. Ciss~~!!!

Wednesday, May 12, 2010

Al-Fatihah.

My uncle (Pak Andak - Hj. Mas Sulaiman) passed away diz evening. I didn't know until Aten told me so. Hmm... Lost another relative. Haih. Need to remember properly who's already gone. They're still in my mind.

Takut salah cakap je nanti.

Tak sengaja.

Anyway I got final paper tomorrow. Wish me and my "beloved calculator" good luck.

Haih.

Sunday, May 9, 2010

Segaaarrrrrrrr!!!

First, happy mother's day kepada semua yang bakal bergelar ibu dan jugak yang dah lama bergelar ibu. Yang baru-baru bergelar ibu pun boleh jugak. Tak lupa juga dekat yang pegang tittle ibu saudara, ibu tiri, ibu angkat, segala jenis ibu la. Termasuk ibu roti skali. Selamat hari ibu.

Lama kot tak merepek kat sini. Sibuk gilaa... Mana dengan report pre-tesis, exam lagi. Leh kata 2-3 minggu lepas sangat pack. Sampai nak main game plants vs.zombies pun takde masa. Sumpah. Tapi aku pelik gak sebab kawan-kawan aku ada yang selambe khatam berkali-kali game tu. Last-last sekarang tengah struggle siapkan report pre-tesis sebab due date dia esok. Aku bleh rileks-rileks lagi. Next exam paper adalah hari Khamis. 13 Mei dan yang last adalah 18 Mei. Lepas tu lepak barang seminggu-dua sebelum struggle siapkan hardware projek tesis. Lagi cepat siap lagi bagus.

Aku tengah takut sebenarnya dengan result semester ni. Macam merapu lebih je jawap exam haritu. Tapi aku masih ada talian hayat (peluang repeat) lagi skali. Orang lain semua dah kali ke-3. Dengar pun takut. Entah apa la susah sangat subjek tu. Senang je pun. Tapi bila masuk exam, benda-benda yang selama ni kau tak pernah nak confuse atau tau kewujudan dia untuk buat orang confuse, tiba-tiba je ada.

Haih.

Lagi kesian bila exam tahap killer-killer tu sederet dalam seminggu. Aku yang repeat ni mungkin la takde hal. Tapi nampak dah 2-3 semester dah admin suka letak subjek killer-killer dalam 2nd year tu sederet dalam minggu exam. Adakah berunsurkan sabotaj untuk galakkan student repeat benda yang sama berulang-kali?? Gila la kejam kalo macam tu. Dah la kalo 3x fail terus kena buang tanpa kompromi. Haih. Takut sungguh.

Dah la 1 jam kredit = RM250. Subjek killer tu 3 jam kredit = RM750. 2x amik = RM1500. 3x amik = RM2250. Gila kot. Bukan tamau study betul-betul untuk lulus. Tapi bila dah ada 2-3 paper tahap killer duduk sederet dalam minggu exam. Maunye tak pitam??? Atau kalo rasa paper tu tak killer sekalipun, tapi dalam minggu exam, hari-hari kau ada paper. Pulak tu siap bonus hari last tu ada 2 paper sekaligus. Pagi dengan petang. Macam membe aku. Nasib baik la dia masih waras lagi aku nampak. Mental kene kuat ah. Susah kot nak jadi macam dia.

Haa... Mula la menyesal amik engineering. Kalo tau dulu... Amik je kursus memasak. Sekarang aku mungkin dah jadi chef.

Saturday, May 1, 2010

Akibat Balik Lewat-Lewat Malam

Ye. Aku sangat sibuk dalam minggu ni. Sampai kadang-kadang jarang dapat berkubang atas katil sendiri. Eh, tipu lah. Hari-hari pun berkubang. Tapi waktu tidur adalah sangat limited. Lebih-kurang 2-3 jam je dalam sehari. Itu pun setelah campur-campur break 5 minit lepas cari bahan buat esemen, report, pening-pening dengan pre-tesis dan sebagainya.

Oh, pre-tesis tadi aku kene tiau macam-macam. Ye lah. Aku tatau pun apa nak letak dalam slide. Dorang suruh aku planning macam benda tu lagi 25% nak siap. Apa gila? Hardware tunggu semester depan la. Last-last sebab grammar mantap la konon-konon, tiba-tiba aku dituduh kopipes. Ahah! Wajib la ada kopipes. Tapi sikit-sikit je la. Pastu nak detail, dalam report sana tengok laa... Ini presentation, apa de hal derrr~~!!!

Sebenarnya aku nak cerita effect aku balik lewat-lewat malam. Malam Jumaat semalam, masa aku balik tengah malam tu... Dekat-dekat nak sampai Kuala Selangor, tengah-tengah feeling bawak moto, tiba-tiba nampak sekumpulan lembu berlari-lari dengan riang-ria lintas jalan. Macam dapat lari dari kandang je dorang. Apsal tah. Tapi nampak macam cemas gila la. Kalo seko tu aku boleh la terima. Ni ramai-ramai. Tak kuasa plak aku nak toleh belakang tengok apa benda yang sibuk kejar dorang (kot?) sampai buat dorang lari-lari teruk-teruk macam tu.

Malam ni plak, dalam jangka-masa 30 minit yang lepas je, aku terserempak dengan 2 road block. 2 ok? Apa motif? Jangan tanya. Lagipun masa aku lalu tu, dorang macam dah sibuk-sibuk nak balik umah. Lepas tu, di kawasan lebih-kurang tempat lembu-lembu lari-lari semalam, tiba-tiba aku kena brek mengejut lagi. Kalini entah apa pulak perarakan tengah-tengah malam. Tak pasti plak kalo Indian sini pun sambut Pesta Menuai versi tengah-tengah malam berarak. Huhu...

Pagi-pagi nanti ada test signal. Lepas publish ni aku nak tido. Nanti-nanti lepas bangun, aku harap otak aku tak tercicir atas katil dan melumpuhkan sistem pemikiran aku untuk berfikir secara waras untuk menjawab kuiz esok. Ehem, Kak Syima. Saya rindu anda. Lama kita tak jumpa kan, walaupun duduk serumah.

Tak lupa juga. Hepi besday yang ke-xx kepada Incik Asrul. Anda lah abang saya yang paling saya sayang.

Tuesday, April 28, 2009

Hanya Kerna Dia

Terkurung dalam kamar ini
Sesal merantai diri
Mungkin selama ini
Aku tidak menduga
Tingkahku bisa mengundang padah.

Untuk berapa lama lagi
Kita harus begini
Xpaham nota2
Menyala bagai bara
Panasnya hanya aku yang rasa

Gerhana dalam diri
Tak siapa yang tahu
Apakah untuk selamanya
Haruskah ku mengurung diri
Hanya kerna dia
Hanya kerna signal
Walaupun ku sengsara

Haruskah ku mengeluarkan toyol seandainya terpaksa
Antara kita masih ada En.Zul yang memisahkan

Mampukah ku telan
Soalan yg banyak
Andainya itu pertaruhanmu
Hanya kejujuran akan membuktikan
Itu yang penting dalam exam
Kirimkan aku
Penawar itu
Tabahkan hatiku...

Mwahaha! Tajuk kemain jiwang gitu,kan? Aku xde idea nak update. Lagipun update kat enset jek. Saje pressure2 ni aku related la lagu ni dengan signal. Ampun ye Exists!

Mark! Esok sesudah subuh,ko tunggu aku kat port biasa. Kita study sama2. Nanti aku ajar ko state space ye.

Monday, April 27, 2009

Kancil Muat Eh Masuk Longkang?

Harini paper aku berlalu ngan agak hampeh. Sudah la tangan sakit dan bengkak membulat macam tangan Doraemon. Nak jawap soklan banyak pulak kene menulis. Mr. Shamsudin ni tak prihatin la ngan student yang dah cacat tangan macam aku nih. Sudah la gatal2 pulak lagi...Aduihhh...

Hari Sabtu lepas masa nak antar projek CATIA ni untuk binding la, dalam suka2 aku bawak moto tiba2 datang satu menatang yang terbangnye mengundur [abang aku la cakap] terus nyet! Sengat tangan kanan aku tanpa belas kasihan. Aku yang panik ni malas nak pegi klinik sebab terlalu sibuk dan banyak keje nak kene setel. Aku balik umah...Ah, sudah...Makin bengkak plak. Siap gatal2 plak tuh. Nak aje aku sagat tangan kat penyagat tu ha. Abaikan je la.

Ahad, aku gi la campus. Abah ajak study sama2 kan. Study Signal pulak. Kene la pegi. Dah lama lepak study, gaduh2, makan2, semua, Abah perasan tangan aku bengkak...Terus dia nak lastik. Kejam gila la Abah nih. Takde la. Pastu berbakul2 nasihat aku dapat supaya pegi ke klinik. Aku buat tatau je la.

Harini. Dah tak tahan sangat dengan gatal2. Rasanya masa aku nak jawap soklan time exam tadi lebih banyak aku bazirkan untuk gosok2 tangan sebab Satchia pesan jangan garu. Nanti tangan lagi teruk, pastu kene potong. Jahanam betul. Pas paper, wat pertama kali dalam sejarah aku kat campus nih. Aku kuar exam hall ngam2 3 jam untuk paper tu. Itu pun aku rasa tak cukup masa aku nak jawap exam. Aku terus la pi klinik. Ingatkan free. Skali sebab kene cucuk kat bontot gebu aku nih...Melayang RM20 aku...

Balik, tengah best2 speeding sambil race ngan Yamaha 125z tuh. Ntah brader mana aku pun tatau. Baek punye men cucuk2 angin plak ngan aku. Aku pun dah tentu naik angin. Pastu sampai kat taman apa tah. Nampak la lori tengah jalan, jalan pun ala2 sesak macam ada rusuhan. Cilok la sikit2. Mana boleh tunjuk skill sangat. Kan aku lesen L lagi. Dah tentu plak aku nampak incik2 polis berdiri kat situ.

Aku sempat toleh. Tapi tak clear sangat la. Orang ramai gile situ. Suma gelap2 pulak tu. Aku pun dah confuse. Nampak la kelibat cam bumbung keta kancil. Baik punye landing dalam longkang. Aku malas nak amik peduli. Terus speeding lagi bagus. Brader tu pun dah potong aku. Mana boleh kalah beb. Pecut ah sekuat hati...Aku di depan. Sampai simpang mana tah aku nampak brader tu belok kanan. Ah, potong betul. Ingatkan boleh race sampai ke Pekan Kuala Selangor nih. So, kesimpulannye, aku la menang. Ye la...Kalut ah nak balik umah. Bontot sengal2 sebab kene injek. Ingat best ke kene injek nih?

Saturday, April 25, 2009

Huhu...

Korang perasan tak youth media aku dah ilang?
Ni sume gara2 ikut arahan Nuffnang la nih...Dorang da tarik balik status "Glitterati" aku sebab ader mende youth media nih...Huhu...Kene la buang sekejap nampaknya.

Sekejap ke? Ntah la.

Phuhh~~!! [sila buat dengan penuh perasaan]

Legaaa~~!!! CATIA aku baru siap dengan jayanya. Tinggal nak submit Isnin nanti jek. Hurm...Lately blog aku nih jadik tempat aku meluahkan rase tak puas hati, takut, macam2 la...Ntah la sebab ape. Tapi memang aku tengah runsing gile. Makan pun tak lalu. Nak muntah sebab takut sangat.

Hari ni dah hari Sabtu.

Tik. Tok. Tik. Tok. Tik. Tok.

Masa makin berjalan. Nak tak nak aku kene tabah jugak menghadapi exam yang berderet. Especially hari Rabu. Huhu...Dia punya debar...Susah mau cakap la. Membe aku siap cakap...Dia punya debar ngan goyang tu...Ngalahkan time dier nak ngadap tok mudim masa kecik2 time nak berkhatan dulu. Tu dia betapa dahsyatnye subjek nih.

Aku plak. Awal2 dah call abang aku nak cakap ngan bapak aku. Pesan awal2 kalo nampak aku dilanda kemurungan tahap dewa masa balik kampung nanti... Buat2 tak nampak je atau... Jangan tegur...

Friday, April 24, 2009

She Began To Lie

Lately aku suka lagu ni. Korang mule2 dengar mesti macam tak paham. Lama2 aku dapat tangkap style dier nyanyi. Makcik sukoooooo!! Maklum la pekak dan agak blur dengan nada...Sebab tu lambat pick up sikit.Err...Tapi aku masih lagi confuse apa kene-mengene tajuk lagu tu dengan rhyming sea lion nih. Lantak la...Aku dah suka... Pedulik hapa aku kan...Aku rasa cam tiba2 je aku ada kaitan ngan lagu nih...


She Began To Lie - Christine And Katherine Shipp


And the rooster crow / Sea Lion
And he got no lie / Sea Lion

Sea lion woman / Sea Lion
She drank coffee / Sea Lion
She drank tea / Sea Lion
And a gamble lie / Sea Lion

And the rooster crow / Sea Lion
And he got no lie / Sea Lion

Sea lion woman / Sea Lion
She drank coffee / Sea Lion
She drank tea / Sea Lion
And she gamble lie / Sea Lion

Sea lion woman / Sea Lion
She drank coffee / Sea Lion
She drank tea / Sea Lion
And a gamble lie / Sea Lion


Lagu ni korang boleh repeat suka hati bila rasa nak humming sama2 ngan lagu nih...Simple gila babi la. Kalo mintak Mawi nyanyi lagu ni masa dia masuk AF dulu...Confirm tak lupa lirik...

Hoiihhh!!! Asik layan lagu ni je...Bila nak siapkan CATIA oihhh...Nak binding lagi...Pastu nak study lagi...Wawawawww~~~!!!

Thursday, April 23, 2009

Tiga Lagi...

Tiga lagi...

Tiga lagi...

Tiga lagi...

YAYYY!!!!

TAPIIIII~~~~!!!

Tiga paper yang agak HAZAB...Sebab direct 3 hari...

Isnin 27 April 2009 => Mechatronics System Design
[pejam mata pun boley jawap kot...Riak...Ha ha]

Selasa 28 April 2009 => Computer Control Instrumentation
[patut ke aku percaya nota? Cik Pizah ni bukan boleh caya...Nanti jadi macam masa diploma dulu...Bukan kuar yang dalam nota...Ntah mana2 pengetahuan am tah dier hangkut suh kitorang jawap...Nasib baik aku terrer belit. Pherghh...Riak lagi!]

Rabu 29 April 2009 => Signal & Systems
[a.k.a subjek bunuh diri...Aku takmo repeat...Waaa~~!!! U lain belajar signal nih penuh teori...Apahal kitorang kene belajar bukan2 ala2 advance engineering math pulak?]


Sekarang ada TIGA hari untuk cecah ke hari Isnin...
Tapi aku sibuk nak setelkan CATIA ni plak...Alaa...Report je pun kan...Kacang je tuh...Ape pun...Chill...

Skang...Aku nak layan TV3...
Tengok Buletin Utama...Pastu 999...Pastu layan Keliwon...Pastu...Tengok la ape yang ade...Ngantuk sangat, tido kot...Sok, bangun pagi2...Pulun CATIA sampai abeh...Pastu antar ke kedai wat binding. Pastu start revision Signal. Subjek lain tak kisah beb. Subjek tu je boleh membunuh dan memusnahkan hidup aku. Hu hu...

Aku nak dapat 3.5 keatas sem ni, boleh?

Lepas semester lepas pointer aku drop kaw2 sebab tekanan seminggu sebelum exam, mama aku meninggal...Semester ni takde apape halangan kot. Go! Go! Go! Agogo! Ha ha.