Ye. Aku sangat sibuk dalam minggu ni. Sampai kadang-kadang jarang dapat berkubang atas katil sendiri. Eh, tipu lah. Hari-hari pun berkubang. Tapi waktu tidur adalah sangat limited. Lebih-kurang 2-3 jam je dalam sehari. Itu pun setelah campur-campur break 5 minit lepas cari bahan buat esemen, report, pening-pening dengan pre-tesis dan sebagainya.
Oh, pre-tesis tadi aku kene tiau macam-macam. Ye lah. Aku tatau pun apa nak letak dalam slide. Dorang suruh aku planning macam benda tu lagi 25% nak siap. Apa gila? Hardware tunggu semester depan la. Last-last sebab grammar mantap la konon-konon, tiba-tiba aku dituduh kopipes. Ahah! Wajib la ada kopipes. Tapi sikit-sikit je la. Pastu nak detail, dalam report sana tengok laa... Ini presentation, apa de hal derrr~~!!!
Sebenarnya aku nak cerita effect aku balik lewat-lewat malam. Malam Jumaat semalam, masa aku balik tengah malam tu... Dekat-dekat nak sampai Kuala Selangor, tengah-tengah feeling bawak moto, tiba-tiba nampak sekumpulan lembu berlari-lari dengan riang-ria lintas jalan. Macam dapat lari dari kandang je dorang. Apsal tah. Tapi nampak macam cemas gila la. Kalo seko tu aku boleh la terima. Ni ramai-ramai. Tak kuasa plak aku nak toleh belakang tengok apa benda yang sibuk kejar dorang (kot?) sampai buat dorang lari-lari teruk-teruk macam tu.
Malam ni plak, dalam jangka-masa 30 minit yang lepas je, aku terserempak dengan 2 road block. 2 ok? Apa motif? Jangan tanya. Lagipun masa aku lalu tu, dorang macam dah sibuk-sibuk nak balik umah. Lepas tu, di kawasan lebih-kurang tempat lembu-lembu lari-lari semalam, tiba-tiba aku kena brek mengejut lagi. Kalini entah apa pulak perarakan tengah-tengah malam. Tak pasti plak kalo Indian sini pun sambut Pesta Menuai versi tengah-tengah malam berarak. Huhu...
Pagi-pagi nanti ada test signal. Lepas publish ni aku nak tido. Nanti-nanti lepas bangun, aku harap otak aku tak tercicir atas katil dan melumpuhkan sistem pemikiran aku untuk berfikir secara waras untuk menjawab kuiz esok. Ehem, Kak Syima. Saya rindu anda. Lama kita tak jumpa kan, walaupun duduk serumah.
Tak lupa juga. Hepi besday yang ke-xx kepada Incik Asrul. Anda lah abang saya yang paling saya sayang.
No comments:
Post a Comment