Monday, May 24, 2010

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada HIGHWAYYY~~

Sorry la takde gamba-gamba mengiring aktiviti balik kampung dengan moto nih... Sibuk sangat nak save bateri untuk dengar MP3 sepanjang jalan. Apa ingat tak boring ke balik sorang-sorang naik moto... Lain la kalo naik keta... Ada la jugak radio ke... Apa ke...

Perjalanan aku start pukul 7.25 pagi laaa... To be exact. Sebenarnya aku cuak jugak nak balik sorang-sorang dengan motor ni. Punya la macam-macam pikir kot. Siap puji-puji lagi si Jonny tu jangan la buat hal tengah-tengah jalan raya. Tak ke haru kalo tiba-tiba nampak kelibat aku tolak moto sorang-sorang tengah-tengah highway. Silap-silap nanti masuk Buletin Utama.

Macam aku citer dulu... Punca utama aku balik dengan moto ni bukan nak buat semua orang risau ke apa... Tapi sebab nak jimat belanja. Ye lah, aku mana ada sumber kewangan yang tetap dah skang. Nak mintak lebih-lebih pun segan-segan. Kalo balik lama-lama ni plak... Kalo takdak moto, takleh idup aku. Naik bas? Tolong laa... Dah serik kot sejak ada lesen moto ni. Haha.

Sebenarnye perjalanan aku ni berpandukan Google Map untuk cari jalan kuar ke Highway Utara-Selatan tu. Siap lalu dekat Unisel. Last-last rupanya kalo lalu ikut jalan lingkar-lingkar yang horror dekat jirat cina... Ada Kota Puteri... Sampai ke dekat-dekat umah Kak Rieha pun bleh pi highway tu. Atau baik aku ikut Klang je... Haha. Entah apape. Buang masa sikit kat situ. Tapi takpe la... Tatau lagi kan?? First time balik sendiri-sendiri ni. Jalan yang aku ikut tu pun boleh tahan mencabar. Macam jalan ke Balik Pulau. Nasib baik la aku dah terer kontrol moto. Kalo tak... Sumpah bleh jatuh tersungkur buat kali ke-3... Banyak selekoh tajam sebelum kuar highway tu. Tapi rasanya itu la paling dekat pun nak kuar highway.

Dah kuar highway... Lega gilaaa... Seronok plak lalu kat laluan kecemasan tu. Haha. Sapa suruh takde laluan moto kan? So, aku ikut je la laluan kecemasan tu. Bawak pun setakat 100 km/j je. Tak berani nak lebih-lebih (poyo!!). Sepanjang jalan tu nampak la orang bawak moto besar-besar tu bawak moto laju je... Ramai-ramai. Mula-mula rasa kagumlah!! Tapi tak lama lepas tu aku rasa bosan tengok dorang. Pantang nampak hentian sebelah, berenti. Nampak hentian rehat je, berenti. Tak fun langsung. Entah bila nak sampai destinasi dorang, aku pun tatau laa... Nasib baik la aku jalan solo-solo. Takyah nak pikir sapa-sapa nak berenti makan ke apa...

Oh, ye. Minyak plak... Sebelum bertolak dulu, brader workshop yang best tu dah setelkan Jonny. Siap letak minyak hitam campur ngan 1 tin ape-ke-nama-menatang-tu-aku-pun-dah-lupa, tapi untuk takmo enjin panas sangat. Haha. Dia pun sedia maklum tahap bawak moto aku cemana. Kalo boleh takmo stop-stop. Memang spesis suka jalan jauh-jauh aku ni. So far, sebelum bertolak, aku dah isi RM5 minyak. Kira full la tuh... Tahan la untuk dari pukul 7.25 pagi tu sampai ke tepat kul 10 pagi. Sebenarnya cuak tu. Tanda minyak dah tahap bawah dari line merah tu. Tapi tak nampak stesen minyak. Huhu... Nasib baik la pastu R&R Tapah tu ada stesen minyak. Letak full. Betul-betul punya full = RM7. Selama ni aku ingat paling full pun RM6.50 je. So, perjalanan ada lagi 2 jam setengah, bak kata brader stesen minyak tu. Sumpah dia tak caya aku nak jalan sampai Penang. Haha. Dont judge me by my physical ok. Nampak je kecik tapi ada semangat yang BESAR punya. Heh.

Lepas isi minyak... Makan dulu. Mencekik megi goreng dengan seketul paha ayam dan air milo. Cost me RM6.80. Bapak ah mahal. Padahal tak kenyang pun. Nasib baik tak amik nasi campur dengan keli. Keli highway dengar-dengar citer adalah sungguh mahal. Pastu sambung perjalanan lagi. Heh. Tapi aku adalah eksen ok? Hentian sebelah tamau singgah. Tapi R&R singgah. Haha. Cuma R&R Sungai Perak je tak singgah. Sebab rasa malas nak belok masuk. Tak baik membazir minyak. Next aku stop dekat R&R Semanggol. Siap beli air yoghurt tu. RM4.80. Time ni aku SMS orang-orang berkenaan bagitau aku ada lagi 68 km untuk sampai Penang. Heheh. Tapi aku tetap tak SMS abang aku. Takut dia terus call sambil bebel-bebel.

Dalam 68km tu sebenarnya minyak bleh survive lagi sampai masuk umah aku dalam pulau tu... Tapi sebab time lagi 14km nak masuk jambatan Pulau Pinang tu tiba-tiba minyak berada bawah paras line merah tu... Singgah la dekat tol Juru pi isi minyak. Padahal takyah isi pun takpe. Isi tu adalah RM6. Full tank. Sampai ke rumah, tank maintain full sampai ke harini. So, actually kalo aku nak topap minyak pun sebenarnya topap RM2 pun dah cukup untuk sampai depan umah ni...

So far ni la pengalaman pertama aku balik sorang-sorang naik moto dan aku tak serik nak balik naik moto lagi lain kali. Best woo... Dah la open air. Kalo naik keta kene bayar tol. Tapi naik moto ni kene bayar tol dekat jambatan Penang tu je. RM1.40 je. Total cost aku balik naik moto ni adalah;

  • Servis moto sebelum balik = RM 52 (tukar minyak hitam + tambah ubat tu cuma RM28, kalo benda lain tak buat hal... Tapi sebab tukar kasut brek tayar belakang, tu pasal jadi macam harge tu...)
  • Makan + minum sepanjang jalan = RM 11.30 --> paling mahal. Lain kali bawak bekal, senang.
  • Minyak = RM 18 (sebenarnye boleh buat RM 15 je. Tapi sebab pikir masa depan. Heh)
  • Tol = RM 1.40 (atas jambatan Pulau Pinang je)
Total untuk balik kali ini adalah RM 82.70

Kalo aku balik naik bas ekspress + hantar moto pakai skynet sebab aku cuti 2 minggu takleh hidup tanpe moto, adalah RM 238. Tu pun bajet harga tiket bas masih lagi RM 38... Dan bajet RM 20 untuk bas dari Kuala Selangor ke Pudu ke Bukit Jalil tanpe campur makan+minum. Serta harga hantar moto guna skynet RM 180. See... Sangat jimat bukan??

Next time aku target kos balik ke Penang adalah RM 47.40 (takde makan+minum. Next time bawak je bekal megi goreng buat sendiri. Lebih sedap dari beli kat highway)... Sebab kasut brek tu bukan selalu pun kene tukar. Bila dah haus gila je baru tukar. Al-maklum la Jonny pun dah setahun umonye...

Aku sampai rumah semalam ngam-ngam pukul 1 tengah hari. Abang aku macam terkejut jugak aku sampai umah dengan berhelmet. Tapi takleh nak bebel la. Sebab aku pun dah selamat sampai umah.

Dier ada jugak tanya aku cost aku balik tu semua. Especially minyak. Hoiyehhh... Aku beat dia kot bab minyak. Style aku lagi save. Dia banyak ikut jalan lama. Dia buat tu ari minyak dekat RM 30 lebih. Aku berjaya cut sampai jadi RM 18 je... Or actually RM 15. Yang penting minyak tu jimat... Minyak hitam tu pun kalo sebelum perjalanan dah tukar... Takyah susah2 tukar lagi dah... Cuma tambah cooler tu je RM 8 satu tin. Heh. Memang total lebih murah dari naik bas lah. Puas hati.

Lastly... Lepas ni aku tak serik nak balik naik moto, yeayy!!!

Padahal ada pun semester depan je lagi di Unisel ni. Heh.

2 comments:

chaon said...

jimat!aku balik pahang pn rm10 aje.mampusla org naik kereta byr tol n minyak.tapi klu hujan masak lah

epalejau said...

ko memang kan? means ko tak singgahla kat umah kazen ko?jalan sekali harung je?