Thursday, May 13, 2010

Siri Kalkulator Emo : Bahagian 1

Calculator (dari Wikipedia) : Modern electronic calculators are small (often pocket-sized), digital, and usually inexpensive devices to perform the basic operations of arithmetic.

Hah! Kan? Ada setengah orang (baca : lecturer) kata kalkulator tak penting pun dalam hidup dia. Siap boleh congak-congak sebelah mata je tiap kali dalam kelas. Tiap kali kitorang check jawapan dia pakai kalkulator pun mesti hampir-hampir. Kitorang syak dia ada sikit-sikit genetik Adiputra dalam badan.

Gambarajah 1 : Bekas engineer yang tak suka pakai kalkulator.

Haritu aku start exam. Punya la gigih kot letak status dekat fesbuk dengan twitter pasal aku percayakan 100% dekat calculator. Siap dapat balik ucapan gud luck untuk kalkulator tu. Bukan untuk aku pun.

Gambarajah 2 : Percaya pada kalkulator.

Sorry la aku takde mase nak kabur-kaburkan nama sapa-sapa yang menyibuk dekat komen fesbuk aku nih. Huhuhh... Ok, sambung pada punca aku emo dengan kalkulator. Sebenarnya, walaupun berapa gigih la aku konon nak percayakan pada kalkulator pada haritu... Tapi last-last...

Benda kene guna kalkulator teruk-teruk satu pun tak keluar. Siap boleh main congak-congak seperti orang dalam gambarajah 1 tu. Emo tak emo la. Tapi lepas tu aku kuar exam hall terus jadi separa mereng. Sebab tak ingat sangat apa benda rumus. Ciss~~!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...