Adala sekali kan aku up entry pasal aku sorok-sorok alamat taknak orang antar kad jemputan sampai ke umah? Ala, tapi ada jugak sampai pun. Bukan satu, tapi lima!! Haha. Mejik pulak rasanya. Okeh laa... Pada yang jemput, tapi aku buat-buat sibuk tak datang, aku minta maaf sangat-sangat. Aku buat-buat sibuk sebab aku memang poket tahap kurang berduit dan aku perlu fikirkan benda lain yang lebih munasabah yang boleh dibuat dengan duit yang aku ada. Sebab aku masih lagi pelajar. Takde income. Nak buat part-time pun tak sempat. Cuti 'lama' sangat. Tapi, terima kasih kerana menjemput.
Cuma dalam banyak-banyak yang menjemput tu... Walaupun aku rasa budak yang menjemput tu ingat lagi atau tak ngan aku sebab kebanyakkan yang menjemput tu pun besenye dekat-dekat 10 tahun tak jumpa, tapi masih gigih cari-cari kawan-kawan untuk dijemput ke majlis kawen dorang. Aku sangat-sangat hargai, ok? Walaupun tak rapat sangat pun sebenarnya. Aku cuma agak sikit rasa tersisih bile ada dikalangan kawan-kawan aku yang aku kenal sekarang tu, aku sikit pun tatau bile dieorang kawen atau tunang. Memang la pointless jemput aku sebab memang aku takkan peginye pasal aku balik kampung. At least sampaikan pakai SMS pun ok kot. Janji bagitau, kan? Ajak-ajak ayam pun takde hal la kot. Sebab memang aku tak pegi kalo jauh
Dan skang tibe-tibe aku rasa wedding aku nanti (kalo aku kawen la)... Aku nak buat tertutup je. Untuk sedara-sedara, jiran tetangga yang sederet ni, dengan kawan-kawan yang betul-betul rapat je. Yang jenis susah-senang dorang, aku ada... Atau susah-senang aku... Dorang ada. Malas dah nak pikir pasal soal kecik-kecik hati ni segala. Dah la aku takde sape sangat kalo nak buat grand-grand pun. Kesian abang ngan kakak ipar aku nanti kalo aku kawen, dieorang kene ganti arwah ayah ngan arwah mak aku untuk urusan macam-macam ni segala. So, biar la buat secara kecil-kecilan dah la. Aku tak kisah pun.
Eh, bunyi entry aku kali ni macam kecik hati je kan? Lalala~~
No comments:
Post a Comment