Thursday, May 20, 2010

Musim Orang Kawen Datang Lagi

Agaknya ramai kot amik peduli pasal aku bising-bising dok tagging nama dekat kad jemputan kawen yang dorang upload dekat fesbuk. Sekarang ni ramai menggunakan pendekatan lebih berhemah.

Antar email dan mintak alamat umah. Dengan penuh bahasa sopan-santun jemput aku ke kenduri kawen dorang, ok? Ini acceptable. Aku doakan semoga jodoh korang tu bertahan sehingga syurga. Sorry ye, kalo ada antara korang yang buat rsvp event dekat fesbuk tu, tapi aku cuma letak maybe attending je. Banyak sangat yang buat dalam tarikh yang sama. Lain la aku sejenis amoeba. Boleh buat belahan dedua banyak-banyak.

Sorry jugak kepada yang mintak alamat rumah, tapi ada yang aku tak bagi. Bukan tak nak datang, tapi sekarang macam elegik tengok kad jemputan berwarna-warni yang datang ke umah. Sebab yang antar tu plak kebanyakkan sebaya. Baru aku sedar tahun ni aku dah 25. Bakal 25. Demm... Rasa masih sempoi-sempoi dan muda remaja je lagi.

Aku macam tak pernah terfikir untuk jadi apa bila umo dah nak cecah suku abad ni. Sumpah takde planning. Kalo ada pun jenis stok-stok lame ass punya planning. Complete study, keje, kumpul duit, travel. Haha. Lame ass bukan? Marriage? Tak terlintas kat kepala otak.

Oh ye. Sekarang otak aku dah sepah-sepah tinggal tepi jalan sebab final exam dah abes 2 hari lepas. Ingat semalam lagi dah nak tinggal tepi jalan. Tapi tak boleh sebab ada meeting. Susah jugak rupanya jadi wakil rakyat kawasan fakulti ni.

Moto dah siap servis. Incik Asrul pun dah sibuk-sibuk antar SMS bila balik, bas pukul berapa dan sebagainya. Aku reply aku tak tau. Sejak minggu lepas ni punya fikir nak balik bila. Dan satu benda aku rahsia dari dia. Aku akan balik dengan Jonny.

Nanti-nanti bila aku dah mulakan perjalanan, doakan aku selamat berjalan dan selamat sampai ke destinasi. Aku tak mau dengar ayat seperti, "awak pompuan dan bahaya bawak moto balik Penang jalan jejauh sorang-sorang". Setiap ayat yang keluar merupakan doa. Aku harap korang semua doakan yang baik-baik saja untuk aku. Walaupun aku tak mampu melawan takdir jika Dia nak sesuatu berlaku.

3 comments:

Pensel Kontot said...

huhuhu lagi dasat rahsiakan alamat...
heheehe....
rase dlm 10 kad aku dapat
hanya 2 wedding jer yg aku pegi
heheheh

buy cameras said...

haha.....
unik banget sich nama" nya...
hehehe.....

profwacko said...

Bila ko nak balik nie?? cakap nak pegi dating dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...