Thursday, May 13, 2010

Siri Kalkulator Emo : Bahagian 2

Maka hari-hari exam pun berlalu dengan penuh kegila-gilaan sebab minggu awal-awal exam paper adalah direct. Sampai la sebelum paper MCS tadi. MCS tadi pun berhempas-pulas kot percaya dengan kalkulator. Siap time study semua kalkulator tak lepas-lepas kot.

Gambarajah 1 : Study pakai 2 kalkulator sekali gus. Hah!! Tapi ni subjek hari lain.

Siap henset kalo jatuh pun bleh buat bodo lagi. Tapi kalo kalkulator jatuh... Pherghh... Boleh buat bunuh-bunuh kot. Kalkulator aku dah 7 tahun pakai dan masih tak tukar-tukar bateri. Sebab tu aku sayang dia lebih. Tapi bayangkan bila kita sangat-sangat mengharap dan percaya gila dekat kalkulator tu...

Boleh pulak time exam dia asik kuar...

Gambarajah 2 : Benda yang taknak dilihat time exam.

Kau rasa nak sepak sapa? Takkan dalam kertas jawapan kau nak tulis besar-besar "Math ERROR"?? Padahal masa dah tak cukup, lepas tu dia pulak nak main-main keluar benda mengarut-mengarut macam ni. Emo tau tak emo? Terganggu gila kot.

Ok. Cukup la kot 2 bahagian je siri kalkulator emo. Aku tatau nak taip apa sebenarnya ni.
Post a Comment