Saturday, May 15, 2010

Aku Ngaku. Aku Stalker.

Heh. Best kan pengakuan?

Skang aku tengah bosan, tapi malas nak kuar jalan-jalan. Minyak moto tak payah cerita lah. Memang bawah sikit dari tanda merah tu. Esok-esok la aku pegi isi penuh. Esok nak pegi study konon-konon dengan kawan-kawan. Entah apa nak study esok aku pun tatau. Micro-C ni bukan boleh agak. Dulu aku rasa subjek tu adalah parallel dengan Micro-P dengan C++. Tapi disebabkan oleh tenaga pengajarnye yang... Err... So, aku syak dia ada sikit-sikit kaitan dengan subjek lain yang tenaga pengajar tu ajar.

Hah. Bunyi macam huru-hara dan subjek tu takde arah tujuan, bukan? Tapi tu la hakikatnye. Sebab tu kitorang bersungguh nak buat study group tu. Nota je tebal tak hengat. Tapi takde la setebal nota subjek dia lagi satu. Mujur aku tak repeat subjek tersebut.

Gambarajah 1: Seram tak kau ada nota setebal tu?

Mujur nota subjek ni nipis lagi. Tapi, tolong la bagi petunjuk apa yang bakal keluar sebab subjek ni offer cuma setahun sekali. Dah macam hari raya pulak subjek ni datang. Dah la tips pun tamau share. Test? Assignment? Hah. Semua dah pun kitorang blend secukup rasa. Rasa nak rebus je nota tu semua lepas tu minum. Agak-agak boleh cemerlang tak?

Apa kaitan dengan pengakuan aku kat atas tu? Lain kali la aku cerita. Heh. Tapi memang aku stalker pun.
Post a Comment