Monday, April 27, 2009

Kancil Muat Eh Masuk Longkang?

Harini paper aku berlalu ngan agak hampeh. Sudah la tangan sakit dan bengkak membulat macam tangan Doraemon. Nak jawap soklan banyak pulak kene menulis. Mr. Shamsudin ni tak prihatin la ngan student yang dah cacat tangan macam aku nih. Sudah la gatal2 pulak lagi...Aduihhh...

Hari Sabtu lepas masa nak antar projek CATIA ni untuk binding la, dalam suka2 aku bawak moto tiba2 datang satu menatang yang terbangnye mengundur [abang aku la cakap] terus nyet! Sengat tangan kanan aku tanpa belas kasihan. Aku yang panik ni malas nak pegi klinik sebab terlalu sibuk dan banyak keje nak kene setel. Aku balik umah...Ah, sudah...Makin bengkak plak. Siap gatal2 plak tuh. Nak aje aku sagat tangan kat penyagat tu ha. Abaikan je la.

Ahad, aku gi la campus. Abah ajak study sama2 kan. Study Signal pulak. Kene la pegi. Dah lama lepak study, gaduh2, makan2, semua, Abah perasan tangan aku bengkak...Terus dia nak lastik. Kejam gila la Abah nih. Takde la. Pastu berbakul2 nasihat aku dapat supaya pegi ke klinik. Aku buat tatau je la.

Harini. Dah tak tahan sangat dengan gatal2. Rasanya masa aku nak jawap soklan time exam tadi lebih banyak aku bazirkan untuk gosok2 tangan sebab Satchia pesan jangan garu. Nanti tangan lagi teruk, pastu kene potong. Jahanam betul. Pas paper, wat pertama kali dalam sejarah aku kat campus nih. Aku kuar exam hall ngam2 3 jam untuk paper tu. Itu pun aku rasa tak cukup masa aku nak jawap exam. Aku terus la pi klinik. Ingatkan free. Skali sebab kene cucuk kat bontot gebu aku nih...Melayang RM20 aku...

Balik, tengah best2 speeding sambil race ngan Yamaha 125z tuh. Ntah brader mana aku pun tatau. Baek punye men cucuk2 angin plak ngan aku. Aku pun dah tentu naik angin. Pastu sampai kat taman apa tah. Nampak la lori tengah jalan, jalan pun ala2 sesak macam ada rusuhan. Cilok la sikit2. Mana boleh tunjuk skill sangat. Kan aku lesen L lagi. Dah tentu plak aku nampak incik2 polis berdiri kat situ.

Aku sempat toleh. Tapi tak clear sangat la. Orang ramai gile situ. Suma gelap2 pulak tu. Aku pun dah confuse. Nampak la kelibat cam bumbung keta kancil. Baik punye landing dalam longkang. Aku malas nak amik peduli. Terus speeding lagi bagus. Brader tu pun dah potong aku. Mana boleh kalah beb. Pecut ah sekuat hati...Aku di depan. Sampai simpang mana tah aku nampak brader tu belok kanan. Ah, potong betul. Ingatkan boleh race sampai ke Pekan Kuala Selangor nih. So, kesimpulannye, aku la menang. Ye la...Kalut ah nak balik umah. Bontot sengal2 sebab kene injek. Ingat best ke kene injek nih?
Post a Comment