Tuesday, April 21, 2009

My First Love Part 4

Gile tahap novel ape citer ni dah masuk part 4...Haha...Layankan saje. Aku pun dalam mood nak mengimbas kenangan silam nih... Aku ngan Aru carry on. Dalam diam2 aku suke kat mamat nih. Haa...Tapi tak penah cakap oww. 2-2 tak penah cakap. Aku berterus-terang aku suke dier pun masa dier dah ader awek sebab aku memang confident dier akan reject aku. Haha...Konon setia abeh la ngan Jatt nih. Ha, punca aku belajar kat tempat hansuang skang ni pun sebab Jatt jugak. Dia pos borang kemasukan kat aku. Dengan harapan nanti kitorang makin dekat la kan. Kot2 hari2 boley jumpe. Padahal dier bukan tatau aku bile dah selalu jumpe...Cepat je rase menyampah. Wahaha...Tak baik sungguh aku ni.

Atas nasihat abang aku, dan aku tengok masa tu campus ni macam baik je...Dan jugak disebabkan aku hangin sama UiTM dan beberapa IPTA lain yang nak surat tunjuk sebab dan report tentang apa aku buat sepanjang tahun 2003 yang telah menyebabkan aku takde IC awam. Yang ada IC tentera tu je. Bat C 10 tu. Tah, aku pun tatau bila tahun aku nak dapat MyKad aku balik masa tu. Dah la sebab masalah bodo tu, 3 sem aku tak dapat loan PTPTN. Time tu sume aku dah maki berbakul2 kat semua orang. Rupanya salah bank. Masa tu PTPTN guna Affin Bank. Walaupun aku dah dapat MyKad pun, tapi dorang tak update nombor IC aku. Gila beb. Dah la aku kene sound baeekk punye dengan Bursar situ. Tau dia cakap ape?

"Kalau kamu tak mampu jugak nak jelaskan yuran pengajian kamu yang tertunggak tiga semester ni, saya sarankan kamu tangguh pengajian dan cari duit dulu untuk bayar yuran. Lepas tu kamu boleh proceed. Masalah kamu dengan PTPTN atau bank tu bukan masalah saya..."


Sangat hansuang ok? Ok...Ok...Back to da story. Rasanya korang pun tau kan mana aku dapat kepakaran menipu2 pasal yuran ni kan? Sebab aku sakit hati dan hati aku dah parah luka teruk sebab Bursar tu. Ehh...Ni pasal first love aku kan? Haa...Lepas dapat tawaran belajar kat tempat hansuang nih, dier macam hepi la... Siap janji ngan abang aku nak perhatikan aku dan jage aku leklok. Haha...Cam haram je janji. Macam la aku takleh berdikari. Abang aku pun iyekan je. Sebab dier memang dah masak sangat dengan perangai adik pompuan dier nih. Perangai aku memang celake sikit. Haha. Aku tak duk hostel. Aku sewa luar. Masa tu la aku kenal betina hansuang ini. Masa ni dier baik lagi.

Time ni ekceli Jatt ni dah start buli2 aku. Aku amik kos engineering. Dia amik akaun. Mula2 dier suh aku ajar dier buat akaun. Maklum la aku kan dapat A1 akaun masa SPM. Tapi lama2 kan. Aku pulak kene buatkan. Aku buat secara kasar, suh dia wat cantik2 balik la antar kat lecturer. Tapi last2 aku kene buat cantik2 plak. Hangen la aku. Aku amik engineering. Bukan akaun. Dah aku sound camtu dier merajuk la konon2.

Lagi nak tambah citer dier terasa ngan aku sebab Apit time tu sibuk je nak rapat2 ngan aku. Aku ok je. Sebab aku anggap dier cam abang aku. Tapi melampau sikit mamat ni. Mentang2 la hensem, pastu nak belajar kimia n math ngan aku datang umah. Tak pasal2 osmet aku semua dah jatuh hati ngan Apit. Dia plak jenis layan jek. Sampai aku rasa dia datang umah aku bukan untuk study. Tapi nak borak2 ngan osmet aku. Osmet aku plak layan mamat ni macam raja. Asal datang je, ada kuih2 la...Teh? Kopi? Milo? Suma ada. Lemak la mamat nih. Jatt tau dier slalu datang umah aku. Time kelas mamat ni selalu lepak ngan aku. Ape aku buat pun sume mamat ni tau. Dier jelesh kot. Ha ha! Aku suka.

Jatt ni pun same naik nak kasik aku jeles. Tapi takde la effect sangat sebab aku bukan jenis orang jeles terlampau. Tapi dier sebenarnye bukan nak buat aku jeles. Tapi lebih kepada sakit hati. Sebabnye...Aku mintak tolong sikit pun dah bising. Tapi dak kelas dier yang pompuan tu mintak tolong, ok plak. Tolong tanpe banyak songeh. Korang boleh bayangkan tak? Tengah kuar makan ngan aku nih... Kat seksyen 2 nih. Tibe2 minah tu call mintak tolong belikan barang kat Giant seksyen 13 sana nun. Aku yang tengah demam2 and tak abeh makan lagi dah kene herdik suh makan cepat sikit sebab nak gi Giant sana. Time tu pun dah kul bape dah. Korang tau minah tu suh beli ape? Beli telur ayam je pun. Macam la takleh pegi kedai runcit dekat umah untuk beli.

Pastu aku mintak tolong amik aku kat Hospital Pakar SALAM kat Shah Alam sebab aku sakit kepala teruk gile haritu, klinik tu suh aku pegi sana rujuk sana, sebelum tu membe aku antarkan...Pastu dia takleh tunggu sebab ada kelas,so aku call la Jatt ni tolong amik aku kat sini...Dier boleh cakap dier malas. Dier nak tido, sebab baru lepas balik kelas, jawap test. Arghh...Mental gile aku... Aku lepak je la situ...Tunggu membe aku abeh kelas datang amik. Sadis gila. Membe aku plak datang naik moto jek. Tahan je la aku...Nak tido sebenarnye mase tu. Ubat baru effect kan...Huhu...

Then pas kes tu. 3 hari lepas bday dier, aku plak yang mintak clash. Betul2 punye clash sampai skang. Lama jugak la tak contact aku. Aku pun tak contact dia. Cuma ada sekali dier terbabas antar sms kat aku cakap good luck exam. Contact2 camtu je la. Ha...Masa aku clash wat kali terakhir tu...Betina-hansuang-yang-pinjam-duit-tak-reti-bayar tu pulak lebih2 emo sebab aku clash. Meluat betul aku. Skang aku ngan Jatt still frens. Frenster aku ada dia, kat tagged pun ada gak dier menyelit. SMS? Time nak raya jek. Tu pun sebab forward sms ramai2. Abeh kuat pun secara personal punye SMS, masa mama aku meninggal haritu. Tu je la. Lepas clash ngan dier, aku tak kapel ngan sape2 dah. Kalo kapel pun tak serius. Main2. Bila bosan aku tinggal.

Tapi skang aku ader Fauzi. Haha. Ntah. Betul tak aku kapel ngan dier aku pun tak pasti... Takde hala tuju pun... Tapi tu la. Skang aku rindu gile kat dier. Oppss...Sebenarnye aku rindu sama mata dier yang kaler coklat2 nak hijau tuh. Huhu. Siyes. Aku suke mata dier jek. Rasa nak cungkil kuar, letak dalam frame. Gile pe orang melayu mata santek gitu. Aku pun confuse. Tapi memang mata dier cantik ah. Huuu...
Sebab mata ni aku suka dia. Sumpah tak tipu. Waaa~~~!!!

Skang aku rasa malas nak memain dah. Nak kata aku nak stay ngan Fauzi nih, tengok keadaan la. Bukan ape...Aku bukan boleh sangat ader relation dengan sape2 nih. Cepat jemu... Nampak dier pun bukan bersungguh-sungguh sangat dengan aku. Kadang-kadang dier datang Kuala Selangor ni pun aku macam sudi-tak-sudi nak jumpe je. Rimas kot tiap-tiap minggu muncul sini je kejenye. Da la tak layan sangat bab-bab dating ni. Huhu...Tapi abang aku macam ngam je ngan mamat nih. Sikit2 SMS aku tanya mamat nih. Mentang2 la sama2 navy. Menyampah aku. Ye, aku kapel ngan sape2 pun...Aku jarang SMS dengan kapel aku tu sebenarnye. Aku lebih suka SMS dengan abang aku. Kadang2 pukul 1-2 pagi pun abang aku selamba SMS aku. Macam dia plak la kapel ngan aku. Dulu kakak ipar aku hangen je ngan situasi ni. Tapi sebab takleh nak kontrol. Dier terime je la. Abang aku pun mereng kan? Dah kawen pun nak SMS aku macam SMS awek2...Gile...Haha...

Dah abeh dah quadlogi citer aku. Haha...Thanks sebab buang masa baca citer aku. Dah...Pegi buat keje sana nun. Aku nak gi mandi. Pastu nak gi pasar malam.
Post a Comment