Monday, April 6, 2009

Hahahaha~~!!! Sumpah Aku Tak Jangka!!!

Hahahaha!! Gelak guling2 aku bila aku saja2 pegi check analytics kat akaun Nuffnang aku tu. Bukan pe...Hari Selasa haritu aku baru discover pasal ni. Pasal ape orang boleh click blog aku secara tiba2...Maknanya yang bukan follower aku mahupun sape2 yang kenal aku. Kiranya dorang ni random la letak keywords, pastu click kat blog aku plak...Haha~~!! Adeihh...Aku memang tak tahan nak gelak time taip nih...

Ni result pasal minggu lepas. Nampaknye macam tak abeh2 lagi orang terjah blog aku pasal Earth-Hour dan juga Nik Nor Madihah. Tak kisah la sikit ke banyak...Lagipun aku sedar blog aku bukan la glemer sangat macam Pipiyapong yang dah pencen dari dunia blog dan tengah sibuk nak jual blook dia tu [dia la kata]. Tak sure plak kalo dier memang serius berhenti berblog dan korang tengok je la komen untuk entry 1 April tu...Cecah 700 tuu... Kalo blog aku seglemer itu, dah tentu aku tak letak box kecik belah kanan tu...Laa...Off topic plak...

Anyway, result ni untuk minggu lepas saja ok? Pastu aku discover something keyword yang pelik2 kat situ.Best jugak rupanya bila letak pasal isu semasa nih. Walaupun aku takde citer pasal Akademi Fantasia pun, tapi orang tetap gak boleh jejak blog aku ni pasal bende lain,kan? Ok la...Banyak plak aku melalut kat sini. Tanpa ragu2 kita tenung2 gambar yang aku letak kat bawah ni. Jom layan~!!!


Mula2 kita fokus kat yang aku bulatkan ngan line hitam tu. Ada unsur2 lucah ke blog aku nih? Tatau la kalo orang tu refer main masak2 dengan orang gaji...Tapi aku yakin otak orang yang taip tu tak se-naif otak membe aku yang paling lurus bendul dalam dunia iaitu, Zila. Haha~~!!! Aku rasa dia la membe aku yang paling lurus selurus pembaris kat dunia nih.

Word "main" kan banyak maksud? Depends kat orang la...Cuba kalo tanya pasal main ni kat Fauzi...Dah tentu otak dia pikir lain...Hohoho!! Tapi aku tetap nak berpura2 naif sebab dalam blog aku wujud entry "main masak2"...Hahahaha~~!!! Kalo orang tu click situ nescaya menyesal la hendaknya. Memang sangat potong stim ok entry itu...Cuma boleh buat korang rasa lapar je. Sila ke sini jika tak percaya. See? Ada kan word "main" itu? Haha~~!!!

Pastu kita fokus plak kat yang aku highlight ngan kaler kuning beserta line merah. Baru aku sedar rupanya membe aku si Jalila Begam ni sangat popular rupanya. Siap ada orang search nama dia dan terus click ke blog aku. Haha~~!! Adeihh...Memang aku gelak guling2 la baca keyword pelik2 yang dorang ni letak nak search, pastu sampai plak kat blog aku nih...Adeihhh...Krem mulut aku gelak wehh...

Pelik2 plak keyword orang taip dan terus terkena kat blog aku. Pastu boleh plak dorang pegi blog aku. Hehe...Tak sabar aku nak tengok ape orang hit untuk minggu ni plak. Nanti2 la kan? Agak2 senonoh dan aku rasa nak citer kat korang, aku taip je la sini. Kalo korang taknak baca pun apa aku kisah,kan? Dah korang landing blog jajahan aku...Terima je la ngan hati terbuka aku nak citer pasal ape pun...Hahahaha~!!! [Sambil gelak jahat]
Post a Comment