Friday, April 10, 2009

Walaupun Bukan Musim Cuti Skolah, Tapi Aku Tetap Nak Cakap Skang Ni Musim Kawan2 Aku Tunang/Kawen

Setelah berkurun lama aku tak bukak Frenster, dah tinggalkan Frenster terbiar je camtu...Aku rasa macam aku dah lost contact dengan kawan2. So, start hari yang aku meroyan tengok gambar2 Amirah dah grad master haritu sampai ke harini, aku bukak2 la sekejap2 frenster aku sambil melawat2 profile kawan2 aku. Frenster merupakan satu2nya tempat yang aku add semua kawan2 aku. Dari tadika sampai la ke tempat aku belajar sekarang. Pendek kata yang dalam frenster tu semua la aku kenal. Tak macam social network lain. Bukan2 je aku add. Kadang2 tu bukan kenal pun tapi aku add jugak.

Memang banyak la aku miss pasal kawan2 aku. Paling takleh blah, aku terjah profile orang tu, dia tayang gambar tunang. Aku terjah profile orang ni, dia tayang gambar kawen. Aku terjah lagi profile lain, tau2 dah ada anak pun. Sampai hati betul dorang tak email aku kan? At least jemput2 la ke ape ke...Boleh kata dalam 10 profile aku terjah dalam sehari, ada la lebih kurang 6-7 profile letak gambar bertunang/kawen. Nasib baik jugak buddy aku tu ada inisiatif cuba jaya call aku nak bagitau dier nak kawen walaupun dah 5 tahun lost contact.

Bukan aku jeles tau. Tapi aku kecik hati jek. Ye la...Dulu time2 skolah, aku la jadik posmen...Aku la tukang kirim salam...Aku la tempat ngadu kalo gado2...Aku la yang dorang cari kalo ada apape sume...Tapi skang? Aku rasa cam terabai je. Ke aku yang tak amik kisah hal dorang? Ntah la. Apape pun aku doakan dorang sume bahagia sampai akhir hayat.


Adil tak kalo aku rasa macam aku je ingat kat dorang tapi dorang haram nak ingat kat aku? Selisih tepi jalan pun kadang2 buat2 tak kenal. Nasib baik la wujud lagi kawan2 macam Jumie...Macam Maisura, macam Bazilah, macam Iryani, macam Hajar, macam SHY,macam Amiza, macam Shakila, macam Adzleen yang masih lagi ingat aku. Iryani tu sejak tadika lagi aku kenal dia tau...Yang lain2? Kadang2 aku rasa menyesal je cakap ngan dorang masa kecik2 dulu...Kita kawan baik sampai bila2...Tiba2 bila masing2 dah berubah haluan, takyah cakap 10 tahun tak jumpa laa...Baru setahun tak nampak batang idung pun dah tak kenal aku. Menyesal aku rasa wat janji camtu ngan dorang. Siyes aku menyesal skang. Rasa macam salah pilih kawan je. Tapi bukan aku pun yang mula2 approach nak berkawan ngan dorang. Lalala~~

Buat kawan2 aku yang masih lagi kenal aku sekarang ni...Aku saaaaaaaaaaaaayang korang sangat2 tau!!

P/S: Entry agak emo sebab aku rasa macam aku dipinggirkan je oleh kawan senirik...Padahal masa skolah dulu kitorang agak close macam adik-beradik. Memang serius aku kecik hati sebab aku ngan dia walaupun lepas SPM rajin je contact2 kat YM, tapi semenjak tengah tahun lepas dia macam buat tak peduli dengan aku. Alasan busy. Takkan la busy sepanjang masa,kan?
Post a Comment