Monday, April 20, 2009

Exam Telah Mengubah Aku Dari Penunggang Berhemah Menjadi Penunggang Jahanam

Harini merupakan hari paper kedua aku. Alaa...Engineer and Society je pun...Itu pun semalam aku baca notes dia sepintas lalu je. Aku tak harap pun ape aku bace tu kuar. Nasib baik la daya ingatan aku masih lagi power. Ingat jugak la sikit bende2 yang agak penting dari notes dier. Isi? Lantak la...Boleh goreng nanti.

Harini aku rasa berani mati jugak la aku bawak moto 120 km/j. Haha...Aku rasa aku kuar umah awal...Tapi sebab semalam aku tak bawak moto aku bersiar2, jadi pagi ni dia buat hal. Dekat 15 minit aku try start, nak panas enjin la konon2...Bak kata Fauzi, moto baru kene jage elok2...Jangan main terjah je bawak juge merempit. Alahai...Part merempit tu aku terpakse la surrender. Aku pantang tengok jalan lengang dah skang ni...Gatal je tangan tu nak pulas minyak. Selagi meter tak cecah 110 km/j, selagi tu la pulas...Huhu...

Ni bukan aku. Sumpah! Sebab aku tak sekurus ni. Ni gambar hiasan je.

Guess what? Aku rasa masa aku pegi CIMB nak kuarkan duit, masa tu dah 8.20 pagi. Pastu gegas gi isi minyak plak. Pastu aku rasa aku kat jalan biasa tu dalam 8.23 jugak la...Mungkin lebih2...Tapi...Sampai je aku kat simpang 4 Pekan BB yang permai tuh, aku kuarkan enset tengok jam baru 8.36. Demmit. Gile ke aku speed tadi? Haha...Seb baik 8.36... Ada lagi masa nih...Paper kul 9...Elok sampai kat Dewan Ipis kul 8.40 lebih2 jugak la. Aku nampak Nidal ngan awek dier pun baru sampai. Takpe la...Aku wat ala lemau2 nak simpan helmet la sume, tibe2 guard tu dah bising2 cakap aku lambat. Dorang sume dah masuk. Ala, rileks ah...Baru masuk, belum start jawap lagi,kan?

Kecoh la orang tua tuh...Aku masuk dewan...Macam scary gak sume pandang2...Aku malas nak amik port belakang2...Malu seh orang pandang2...Hehe...Port aku baeeeekkk punye kat depan skali. Hehe...Ekceli kan...Aku rasa Dewan Ipis tu agak scary sikit la. Tengah baek punye goreng jawapan...Tibe2 dengar bunyi meletup2 dalam dewan. Apehal? Seb baik aku tak melatah. Kalo tak mesti malu gila ah. Banyak kali plak tu bunyi meletup. Dah la sebelum tu telinga aku macam terdengar2 je suara orang jerit2 ala2 mengilai2. Demmit. Walaupun ramai kat situ tiba2 aku rasa kecut perut. Siot je. Redha je la jawap exam. Dah excited abeh jawap awal...Kuar dari dewan, elok aku nak start moto, baru aku ingat yang aku kuar tak bawak kad matrik kuar sama. Gegas pegi exam hall balik gi amik kad matrik. Seb baik ada lagi kat situ.
Post a Comment