Friday, April 10, 2009

Apa Special Sangat 22 April 2009 Ni?

Aku tak pegi kelas semalam. Sebab setengah jam aku tunggu Prof tak datang2. Jadi aku dah malas nak tunggu. Aku balik umah pun ada banyak keje lain aku boleh setelkan [walaupun hakikatnya belum setel2 lagi] Elok aku start moto aku nampak Prof jalan nak pi kelas. Hohoho...Aku terus pecut moto blah dari campus. Haha...

Pagi tadi aku text Fazli tanya apa citer kelas semalam, dia reply balik Khamis depan ada Test 3. Haha...Maknanya tak jadi la semalam tu wat test. Atau Mark saja suka2 nak tipu aku sebab dah 2x aku tak gi kelas tu. Aku dah mental down nak pi kelas tu ok? Tak abeh2 lagi dia mengajar. Walaupun hakikatnya dia tau student dia haram seko pun tak paham dia ajar apa. Majoriti dalam kelas tu hafal bulat2 je apape yang dier ajar. Kalo ada pun, budak2 foreigner 2-3 orang yang buat2 faham dalam kelas dia. Gila pathetic.

Pastu dia antar text lagi cakap paper final Signal yang patutnye 29 April dalam kalendar kiut aku dalam entry lepas2 tu Prof suka2 nak ubah pi jadik 22 April. Masing2 tengah mental dalam kelas. Dia citer lagi, Hajar dah mental sebab 4 paper dia lecturer berebut2 nak letak tarikh 22 April [2 paper pagi, 2 paper petang]. Kalo ikut logik, 2 kali kene kuarantin...Pagi skali, petang skali.... Fazli plak ada 3 paper jika secara logiknya Prof tu tetap nak letak tarikh 22 April untuk final Signal. Aku plak maybe akan ada 2 paper kalo subjek itu diubah pegi 22 April [walaupun sebenarnye 22 April aku tak sepatutnya ada apape paper]. Mark plak 3 paper. Gila ape nak suh student kena kuarantin2 nih. Mental tau kene kuarantin. Dah kene kurung dalam bilik ala2 kecik. Takleh kuar gi mana2 plak tu.



Aku dah jadi pelik. Bukan apa...Apa yang best sangat 22 April tu? Setahu aku tetiap tahun 22 April adalah Earth Day. Tatau la sapa cipta Earth Day tu...Tapi aku first time tau masa aku kat MRSM dulu. Weh kawan2 sekalian, kalo korang masih ingat [especially yang pompuan dan tinggal kat blok E], kita penah campak ketua blok E kat kolam baru malam sebelum pelancaran kolam baru kat blok akademik tu. Huahuahua...Kalo korang ingat jugak lagi, kita penah ramai2 berkumpul konon2 nak tanam kapsul masa pasal amanat ape bende tah kat depan dewan. 22 April 2012 nanti nak gali balik konon2 nak junior2 baca ape jadah amanat tu. Haha...Korang ingat lagi tak?

Masa aku kat ATMA pun tak salah aku pada 22 April tu walaupun masih lagi dalam fasa induksi, tapi kita sibuk2 kene jaga pokok yang ada nama senirik ngan buddy masing2...Kat area padang rugby. Ntah apa cerita pokok tu aku pun tatau. Dah berapa tahun aku tak pi sana. Tapi aku yakin kesan tapak kasut aku ngan buddy aku masih ada lagi kat depan surau [dengar citer skang dah jadik masjid] dekat2 dengan blok akademik tu. Aku saje2 pijak situ time simen tengah basah2 lagi sebab aku dah nak blah dah masa tu.

Skang ni aku kat sini lecturer sibuk2 plak nak petik tarikh 22 April 2009 sebagai tarikh paper dorang. Gila ape nak bazir kertas time Earth Day nih. Sungguh tak mesra alam. Aku tergolong dalam golongan pembazir kertas gak time exam. Saja nak buat orang sebelah aku mental tengok aku sekejap2 angkat tangan nak kertas extra. Pedulik hapa aku...Aku bayar yuran memahal...Suka aku la nak amik kertas banyak mana pun, kan? Memang malang la sape2 duduk sebelah aku time exam. Dah la mental tengok aku angkat tangan mintak kertas extra. Pastu mental lagi tengok aku kuar awal dari exam hall. Aku tak penah stay lebih dari 2 jam dalam exam hall, ok?

Aku tengah mental skang pasal 22 April. Takde mood nak study. Masuk bilik nampak notes saja pun aku dah nak pitam2 dan nak muntah2. Apa lagi kalo ter-pegang notes tu. Confirm laju je aku berlari-larian pegi toilet muntah2.
Post a Comment