Friday, April 17, 2009

Beli Burger Pun Nak Cerita Kat Orang.

Huhuhu...Tajuk entry dah takleh blah,kan?
Tu namanya dah mereng tahap dewa. Sampai apa saja suke je nak update.

Tapi apa yang aku tau, bukan aku sorang je yang ngidam nak makan burger. Ramai, ok? Tak caya tengok nih.

Haa...Tapi yang takleh blah tu...Brader baju hijau buat burger tu maintain cool je buat burger. Aku pun dengan tak segan-silu pi la order, "Bang! Burger daging double special taruh cheese satu eh?"

Tu diaa...Mengidam nak hebat saja...Tak main la burger biasa2 ni ok?

Dah tercangak dekat 10 minit kat situ, aku pun mula la congak2 bape nak kene bayar. Kali ni aku tak mintak sos black pepper sebab kat umah aku dah ada sebotol. Boleh letak sesuka hati banyaknye. Sini tambah sos black pepper dia caj 30 sen tau? Haa...Jangan memain.

Tapi aku rasa poket sluar trek blakang aku cam ringan jek...

DAMNN!!!

Aku lupa bawak wallet.

Aku pun cakap kat brader tu aku nak blah jap. Ada hal. Buat muka macam cemas. Macam ada sesuatu yang serius dah berlaku. Ini serius! Padahal aku lupa bawak wallet je. Small matter je pun. Aku start moto memecut balik umah. Nasib baik naik moto. Cuba jalan kaki ke. Dah nangis aku kat situ merayu nak jugak burger sebab aku tengah lapar tahap maharaja ni ok?

Pastuuuuuuuu.........Jen jenn jengg!!! Memperkenalkan...Mangsa dinner aku untuk malam ini. Skang aku nak makan. Ada sapa2 nak join?
Sila la terliur. Haha!! Siap display black pepper sauce tu. Haa...Aku ni gile sikit dengan sos lada hitam ni. Sampai ada satu tahap, makcik kedai tu pelik tengok aku datang kedai dia tiap2 minggu beli sos lada hitam. Semua benda aku makan kene ada sos lada hitam nih. Makcik tu pun bagi la cadangan untuk aku cari calon suami orang Sarawak yang ada ladang black pepper serta mengusahakan kilang sos black pepper nih.

Err...Ada tak sapa2 antara pembaca blog merepek aku ni kenal ciri2 manusia seperti yang dinyatakan? Kalo kenal, sila introduce kat aku dengan segera.

Okeh. Gua makan dulu ye. Ngap!!
Post a Comment