Friday, April 24, 2009

Check Handphone?

Kadang2 aku rasa menyampah dengan orang yang suka-suki menceroboh phone orang lain. Walaupun kat situ ada security code. Aku penah la reveal security code aku. Tak sangka pulak sampai bila2 budak2 ni hafal. Gile ah.

Aku tak kisah sebenarnye bile sape2 nak belek henset cikai aku tu...Kalo setakat nak check lagu ke...Nak tengok gambar ke...Layan video2 Aiman Hafiz kat dalam tu, no hal laa...Tapi yang aku hangen tu bile tibe2 suka-suki jugak ada yang terbabas masuk inbox. Mula la kecoh2 membaca nama2 dalam inbox tu yang tak sepatutnya. Biar la aku citer kat sini jek. Sikit je contoh aku nak reveal dan jugak biasanya buat dak2 kelas aku marah2. Mari bergelak bersama2...


Mark = Marko Polo [ko kene bangge Mark...Bukan calang2 orang boleh dapat nama ni]

Azim = Nora [damn kelakar- sebab nama beliau adalah Norazim]

Vicky = Vickypedia [cara,kan?]

Zul = Chu Beng [haha...Lariikkk~~!!]

Angah [abang aku] = Big boss [ewah, macam bouncer plak kan?]

Kak Syima = Osmetku Cayang [huhu...Sila terharu sikit ye]

Merico = Ustaz Nomad [sapa suh dia hidup secara nomad skang?]

Hadra = Hadra Frenster [aku kenal ko kat situ kan?]


Itu je la...Yang lain2 aku takde idea nak letak nama ape. Biar je la ngan nama betul dorang. Currently nama2 tu saja la yang ada dalam inbox aku sekarang. Sape je nak msg ngan aku sangat,kan? Abeh sangat pun bersepah2 SMS Big Boss dalam enset aku nih.

Erm, saje nak related dengan citer sebelum nih. Punca Fauzi kantoi sama aweknye adalah dari henset juge. Ape la kan...Awek2 suke check enset pakwe masing2. Fauzi juge sebelum ni suke check enset aku. Abeh segala games yang best2 dalam enset aku nih suka-suki saja dier transfer masuk dalam Nokia PC Suite dier untuk transfer dalam enset dier. Dan jugak aku perasan SMS yang dier tak berkenan dalam enset aku, dengan senang hati dia padam. Ciken btol la kan...Suka hati la aku nak simpan ke nak delete SMS...Tapi biasanya aku memang malas nak delete SMS.

1 comment:

Anonymous said...

haish..
ada org len nama hadra yg ko kenal ke?
hahaha..

aku rasa, nama ko aku buh lagik besh..
aslina'85..
hahahaa..
sebab kita kenal lam tuh..
kan..kan..kan..