Wednesday, April 22, 2009

Aku Vs. Hostel

Aku memang tak ngam dengan hostel. Tak kira la camne pun. Lebih2 lagi sekarang nih. Rela aku duduk rumah sewa dari duduk hostel. Budak2 baik saja duduk hostel nih.

Pengalaman aku yang pertama dengan hostel adalah masa form 1. Zaman skolah2 kat SGGS dulu. Aku bukan suka pun nak pegi skolah sume pompuan tu. Bapak aku la ni paksa. Aku sebenarnye lebey interested nak masuk skolah abang aku dulu. Sungai Ara tu. Ramai geng aku kat situ. Pastu...Tatau la ramai yang ingat/tahu atau tak...Tapi yang nyatanya 3 hari je aku duduk hostel tu. Pastu aku kene buang. Bukan aku meraung2 nak kuar hostel ok. Aku gaduh ngan sapa tah. Aku pun dah tak ingat. Betul la cakap abang aku. Tak sampai seminggu aku dah balik umah...Namun begitu, sebelum aku berangkat masuk hostel, abang aku dah ready seminggu course ala2 McGyver untuk aku survive dikala terdesak kalau2 aku berjaya duduk hostel lebih seminggu.

Tu jugak kot punca aku pindah dari kelas 1 Akid pegi ke 1 Nilam. Ntah la. Aku memang nakal dulu. Tapi nakal2 aku ni jenis low-profile. Kalo aku tak nakal...Takde la arwah mama aku sanggup kurung aku bersama ayam2 ketika umo aku 8 tahun. Dalam reban tu...Busuk ya Rabbi...Tuhan aje yang tahu. Aku pandang ayam tu, ayam tu pun tunggu masa je nak patuk aku kalo2 aku bertindak di luar batasan.

Aku penah jadi "housemate" dorang ni sekejap.

Haa...Tapi aku duduk umah tu pun jangan sangka aku ni baik atau jenis suke tolong mak masak kat umah. Abang aku ngan bapak aku sejak dulu treat aku ala2 boyish ok. Jadi aku tak minat dengan semua2 hal melibatkan soal keperempuanan. Sampai la aku dapat tawaran MRSM tu, aku kene behave sikit. Ah, aku protes beb. Hati aku nak masuk teknik. Kalo bley teknik TARP, Penang. Sama ngan kazen2 aku. Untuk create empayar gila kuasa kat sana. Hoho...

Kat MRSM...Korang bleh tanye roommate aku atau istilah kat sana "cubemate" berapa kali aku pegang iron tu untuk iron baju. Mesti jawapan dorang.." Ahh...Poyo la ko As...Bukan aku ke yang tolong ko iron baju?" Haha...Betul la tuh. Pastu arwah mama aku datang pun tolong iron baju untuk stok seminggu aku kadang2. Aku basuh baju pun bila tension atau basuh yang dalam2an je. Lain2 mase, muke aku la paling top pegi antar dobi. Aku memang spoilt gila. Sume nak parents buatkan. Adeihh...Tu la paling lama aku duduk hostel. 2 tahun. Walaupun aku tak rajin balik umah, tapi parents aku yang rajin datang melawat.

Kat ATMA plak. Kat sini la buat pertama kali seumur hidup aku...Aku belajar berdikari. Selama ni kalo aku tak penah pegang penyapu sapu sampah, time ni la aku belajar menyapu dengan bersungguh2. Selama ni aku tak penah iron baju senirik, sini la first time. Buddy aku pun sibuk ngan hal dia jugak. Malas la nak tolong aku kan? Haa...Siap parut sebab first time aku iron baju pun masih ada sampai sekarang ok...Walaupun dah 6 tahun berlalu. Tapi kene perati betul2 la.

Parut bekas kene iron baju. Waktu first time gune iron baju senirik...Huuu

Situ pun lama jugak aku duduk...Dalam 9 bulan camtu lah. Tapi sebab perangai aku jahanam sangat kat sana...Pastu plak kat sana aku sangat suka secure la...Suka escape la...Pastu langgar peraturan sana-sini. Degil ngan senior, gaduh ngan lecturer, kene sabotaj ngan membe...Sebab tu aku kene kick-out. Redha je la. Pastu aku menyumpah la sebab nak masuk situ aku tolak matrik UIA, aku tolak matrik Gopeng dan beberapa tawaran lagi. Last2 camni jadinya kene kick jugak. LECEH!! Tapi aku tak kisah sebab khabar2nye...Ramai jugak anti dak2 ATMA nih. Nasib baik la aku dah blah dari sana. Tapi I feel sooooooooooooo stupid, if not, aku mesti dah lega abeh buat Master kat mana2 IPTA. Ni babi la sangkut kat UNISEL plak tak abeh2 lagi degree...

Then U tempat aku belajar sekarang. UNISEL. Kalo korang perasan, ni first time aku mention nama tempat aku belajar sekarang dalam blog. Haha. Masa mula2 aku masuk diploma dulu...Hostel situ amat la macam cilake. Cuma ada tilam layout dalam dorm je. Tak silap aku dah 2 hari kat situ baru katil double decker sampai. Aku duduk hostel situ pun sebab minggu orientasi je. Pastu blah aaa...Ape jadah aku nak duduk hostel. Tapi ada jugak la semester2 lain aku duduk hostel. Hostel kat Shah Alam memang cara la. Paling aku takleh lupa...Sebelum kitorang sume blah pegi umah sewa, mesti tiba2 bilangan tilam akan berkurangan. Tikar getah lebih pun boleh ilang. Cemin besar takyah citer la. Ilang jugak. Haha...Jahanam kan perangai dulu? Malas nak beli, main cilok je.

Dah pindah pegi Bestari Jaya nih. Rajin jugak la aku duduk hostel. Terpaksa beb. Tu je boleh idup. Tapi skang tidak lagi. Aku rela ulang-alik pegi campus dekat 60km satu hari [30 km pegi, 30 km balik] sebab umah sewa aku sekarang tersangat la heavennye untuk aku dari aku nak sewa satu umah RM1500 kat Taman Ilmu belakang campus tu. Nak pack 10 orang serumah? Baik aku bunuh diri dulu. Nak duduk hostel balik? Aku tak larat nak buat clearance tetiap semester. Dah la kene ikut peraturan. Pas kul doblas tengah malam, pak guard tiup wisel suh semua masuk dok dalam blok masing2. Takde life la beb!

Err...Ekceli sebelum aku blah kan...Aku tiba2 teringat balik...Banyak vandalisme yang aku dah buat kat hostel tu. Tapi takde la tahap nak karate kerusi ke ape...Aku suka conteng2 dengan marker je. Haha. Tak pun lekap tapak kaki aku yang ada cat kat mana2 sudut kat almari. Hoho...
Post a Comment