Thursday, April 16, 2009

En. Zul Dah Praktis Nak Tangkap Orang Meniru Time Exam Ke?

Hohhh...Dalam kelam-kabut aku dengan life aku yang tak semenggah nih... Dalam kalut2 aku malas nak study untuk test tadi...Lagipun aku pikir balik aku nak study hapa, kan? Kelas minggu lepas pun aku tak pegi...Dah tentu yang banyak kuar pasal minggu lepas...

Tapi harini aku tak macam selalu2 time buat test...Aku malas nak buat "toyol kecik" [eh, macam la aku biasa/suka sangat buat "toyol2" nih]... Semenjak-dua menjak ni banyak sangat subjek kene menghafal...Dan aku sangat malas nak hafal. Tadi pun aku main hentam je jawap. Ntah apape je. Bukan aku ingat satu pun step nak jawap tu sume. Adeihh...Tapi dun worry ah...Subjek tu jahanam sikit pun takpe...Sebab final exam punye markah dier letak 70%...Mende2 carry marks tu sume cume 30% jek. Aku ada la strategi aku untuk dapat ok2 nanti. Lulus pun dah kire ok sebab ramai gila repeat subjek ni. Ramai gila ok?

Toyol...Nampak kiut tapi memudaratkan. Tak kisah la dalam bentuk toyol betul atau toyol exam...Aku rembat dari blog Kartunis Pandan...Incik Pandan...Pinjam toyol untuk penerangan lebih detail, ye...Boleh klik kat gambar toyol untuk pegi cari toyol ni kat blog Incik Pandan.

Tengah2 jawap merapu2 tu...Tibe2 aku nampak kelibat manusia yang dalam minggu ni telah tersebar khabar angin dengan begitu meluas mengenai beliau akan terjah mana2 bilik/hall yang ada exam killer subjek untuk menangkap student2 yang bawak toyol. Tak kisah la saiz kecik ke besar...Dalam hati aku...Ehh..Pahal plak dier ni kat sini...Nak test power ke?

Skali betul beb dier test power...Mangsa pertama adalah Fazli...Pastu berlarutan ke mangsa2 seterusnya. Sampai la ke insan2 yang aku tak expect meniru pun kene jugak...Wakaka...Boleh tahan jugak instinct aku...Mula2 aku nak jugak selit2 nota dalam kertas2 untuk jawap test macam yang selalu aku buat semenjak-dua menjak ni...Tapi aku rasa...Tak payah la sebabnya aku takde nota baru yang mungkin masuk dalam test tu...Huhu...Selamat...Ramai gak ah kantoi. Kesian jugak la aku tengok Prof. Muka dia macam kecewa je. Serius tiba2 aku rasa kesian. Sebab yang kantoi tu agak ramai yang dier percaya belajar betul2. Yang nakal2 dan kaki ponteng macam aku nih takde kantoi plak. Naik gak ah saham aku rasa.

Kepade sume pelajar Fakulti Kejuruteraan...Nantikan kemunculan En. Zul di exam hall masing2 untuk menangkap budak2 meniru. Gila lah. Dia je ader access nak masuk pi mana2 dan suka2 hati nak check paper jawapan/soklan student. Maklum la...Macam2 taktik dorang guna untuk selit toyol...Reputasi dia hebat wooo...Semester lepas, Vicky citer kat aku separuh hall kene halau kuar masa final subjek Signal tu. Kantoi bawak toyol... Skang plak hukuman sebab bawak toyol bukan hanya perbicaraan macam dulu. Atau gantung study. Kene buang terus dah skang nih. Fikir2 la masa depan anda. Huhu...
Post a Comment