Sunday, April 5, 2009

Ape Nak Jadi Ngan Malaysia Ni? [18PL]

Tadi aku tengok Buletin Utama kat TV3, tiba2 ada berita pasal ahli politik BUKAN ISLAM dengan selamba bagi ceramah politik yang besertakan AYAT SUCI AL-QURAN. Dier siap baca ngan terjemah skalik. Terpinga2 jugak la aku sekejap. Biar betul dia nih.

Tengok background tempat dia bagi ceramah tu ada plak poster2 PAS dan jugak DAP punye gambar2 roket tu. Ada la gantung2 kat situ. Pastu penyampai berita tu ada sebut yang datang ceramah tu sume penyokong2 pakatan rakyat. Hurm...Aku ternganga je la tengok situasi tu. Sebab BUKAN ISLAM boleh plak sebut ayat suci Al-Quran tu. Petikan surah ape tah, aku dah tak ingat. Aku search kat You Tube pun tak jumpa. Orang belum upload agaknya.

Pastu aku pun teruskan la wat keje aku yang tak semenggah mana pun sebenarnye sambil tengok HallMark Channel 702 pasal marathon episodes program The Biggest Loser. Huhu...Maklum la sejak nak start diet2 nih...Hohoho~~!! Tengah aku lepak2 sambil tengok tv tu tiba2 masuk satu text yang aku tak kenal langsung sape pengirim dier...Dah la aku tak penah save plak nombor tu kan? Text dia antar camni;

"BN tlh mbuat lakonan dgn mbnrkn org cina mbaca ayat al-quran dgn mlekatkn bdera pas dipentas crmahnya semata-mata utk menang n mburukkan pr agr pgundi tdk mengundi pr..sebarkaN"[ Barisan Nasional telah membuat lakonan dengan membenarkan orang cina membaca ayat Al-Quran dengan melekatkan bendera PAS di pentas ceramahnya semata-mata untuk menang dan memburukkan Pakatan Rakyat agar pengundi tidak mengundi Pakatan Rakyat...Sebarkan ]---> untuk orang yang tak brape paham "bahasa sms"

Huhuhu...Ape motif dorang ni sebenarnye? Aku confuse ahh...Dalam Buletin Utama tadi tak salah aku, ada sorang mufti pun bagi komen jugak. Deyy...Aku bab2 politik ni kadang2 aku malas nak amik port...Maklum la meluat gile aku tengok orang2 tua yang mengaku berpelajaran la bagai sume...Tapi bila dalam Parlimen perangai cam hapa je...Dah macam sarkas dah aku tengok. Aku takleh nak imagine la kalo2 time dorang berperangai sebegitu, disaksikan oleh pelajar2 yang buat lawatan sambil belajar ke Parlimen. Aku rasa situasi sangat berbeza ngan masa aku gi ikut lawatan sambil belajar ke Parlimen tahun 1997 dulu. Mesti budak2 yang tengok tu tersengih2 tengok perangai takleh blah wakil rakyat yang mak-ayah dorang dah undi masa pilihan raya haritu.

Ini dah jadik camni plak. Bila la dorang ni nak bekerjasama majukan Malaysia nih? Dari pilihan raya haritu lagi aku perhati asyik2 hentam satu sama lain je...Naik muak aku. Menyesal pulak mengundi haritu. Kalo tak...Boleh jugak bangga,kan... Contohnye, sumbangan aku mengundi itu hari dah membuahkan kemajuan sebegini. Tapi takde ape pun.


Kucing pun boleh confuse...Apatah lagi aku?
Post a Comment