- Start masuk bulan September kot baru dapat hidayah dan petunjuk untuk proceed thesis.
- Sebelum-sebelum tu hidup masih enjoy. Langsung takde ciri-ciri nak pikir mase depan.
- Cuti raya haritu hidup aku agak tak keruan akibat ke kedai hardware semua tutup.
- 2 minggu nan lepas, sejak 27 September 2010 sampai ke semalam, berderet-deret dengan test.
- Test-test tu semua pun aku menoyol dengan sepenuh hati tanpa kantoi. Teknik? Rahsia.
- Dalam minggu lepas jugak aku dah plan elok nak hantar je kedai menatang ni. Alasan? Tak cukup alat-alat nak buat. Ye lah. Umah aku bukan workshop ye tak?
- Minggu ni, Isnin... Berkobar-kobar nak pegi antar kedai. Membe ajak Selasa je.
- Selasa plak. Aku punya la excited nak antar kedai, sekali kawan tu pulak barai pegi tido sampai tengah hari. Sudahnya delay.
- Rabu apa aku buat ha? Study ke apa? Tak ingat pulak.
- Last-last Khamis baru pegi potong perspex. Itu pun macam mengarut je.
- Jumaat baru gelabah hantar nak buat je kat kedai.
- Semua yang kat kedai tu blur dengan apa aku nak buat sebenarnya. Mintak aku bawak sketch esok je bukak kedai setengah hari.
- Sabtu test tu, pepagi aku antar sketch kat kerani. Balik dari test aku tak nampak progress apa. Tepuk dahi sekejap pasal kali ni manager pun tak paham aku nak buat apa. Dia kata rumit.
- Cakap je la nak tunggu aku berada di tempat kejadian baru nak boleh buatkan. Huhuhhh...
- Time balik plak brader kedai tu bleh mintak no fon. Aku bagi pasal mati-mati ingat untuk contact bagi balance Isnin (esok) ke apa pasal aku bayar deposit. Sekarang dia rajin-rajin nak sms aku tanya khabar. WTF????
- Sabtu boleh rilek-rilek lagi kan. Padahal Isnin ni dah nak kena submit final draft ngan slide show. Kuar shopping drill set, riveter, gergaji besi kecik, macam-macam tools lagi. Sumpah bilik aku jadi workshop mini. Burn RM200 beli semua tu.
- Harini baru pulun buat semua. Nasib baik la kedai hardware sini Ahad pun bukak. So, tak cukup skru ke apa kejadah tu semua boleh pegi beli dengan senyuman melebar sebab tokey tu pening dengan request aku. Mintak benda pelik-pelik.
- Sekarang tangan aku dah melecet teruk sampai rasanya nak makan pun kene pakai sudu garfu je. Takleh kene kuah panas-panas dan nasik panas-panas.
- Selasa ni present kalo lecturer komplen nampak macam hantar kedai, memang tak ragu-ragu aku tumbuk dia kat situ jugak. Yelah, aku antar kedai pun last-last sebenarnya untuk tau dorang guna tools apa untuk sambung itu-ini. Sebab tu Sabtu tu laju je aku pegi kedai beli. Nasib baik la affordable.
- Ni la hasilnye. Tapi circuit tak berusik lagi. Tengah takde mood lagi pasal nanti circuit pun main mende panas-panas jugak. Solder tu panas jugak apa. Dah la tangan melecet, lagi nak tambah kan??
Padan ngan muka sendiri pasal buat keja last minute la woiiii...!!!!!
Sapa suruh wat last minute ye tak???
Total mende aku abes untuk project ni...
- Masa kuar beli mende wat circuit ngan Fazar = RM 260
- Kuar beli mende circuit sendiri = RM 100
- Beli tools siapkan hardware sendiri = RM 200
Total baru RM 560.
Kira ok la kan. Sendiri buat plak tu. Sebenarnya RM 300 lebih je kot. Pasal tools tu untuk masa depan pun bleh pakai. Nanti umah aku sendiri dah ada tools dah. Takyah tunggu nak berlaki baru dalam umah ada tools. Huhuhh...
Hoiii... Takde mood nak buat analysis ni cemana???
Mood oh mood tolong la datang... Esok Isnin nak kene submit final draft ngan slide show dahhh... Selasa present...
Tapi boleh tak esok aku buat-buat lupa nak antar??? Aku antar masa presentation jeee... xP
4 comments:
pasai no fon tu ko bole je block ikot service provider sbb valid reason :)
::ARC™::
dier da tak contact da :)
as..mende ni pakai untuk apa sebenarnya?
::hadra::
mende ni akan menyebabkan keje2 drill adalah lebih senang... =)
Post a Comment