Wednesday, September 9, 2009

Walaupun Tarikh Harini Cantik...Tapi...

Haa...09-09-09...Santek gile tarikh nih. Harini jugak besday Feli dengan Jack. Sapa dorang ni? Cari kat Fesbuk aku dekat bahagian Friends. Hepi besday kat korang. Wish kat blog saja dah cukup. Jimat belanja.

Masa aku balik keje tadi, tiba2 dari kejauhan dah nampak asap. Mula2 aku ingatkan sembur ubat nyamuk. Macam haritu. Siap bomba datang sebab salah faham. Loceng trigger tanda kebakaran. Padahal sembur ubat nyamuk je. Ni tidak. Real punye kebakaran. Asap pun kaler hitam berjelaga. Kat tingkat 14, Pangsapuri TNB.

Ramai jugak la tengok. Aku pun sama menyibuk. Maklum la. Orang Malaysia kan prihatin? Tapi dari dalam kawasan rumah je la. Cakap banyak pun tak guna. Baik aku tunjuk gambar terus, kan? Aku malas nak susun gambar elok2 macam entry yang sudah2. So, korang layan je la gambar2 yang aku nak tayang ni. Sorry la kalo kualiti gambar tak cun macam pakai DSLR. Kamera aku guna Nokia 5610 Xpress Music saja.


Amik jauh2 dulu. Jadi Korang leh dapat gambaran brape jauh pangsapuri tu dari umah aku...


Zoom sikit2...Haa...Tingkat 14 tuu~~!!!


Horror tak? Horror tak?


Masalah tekanan dan projectile air oleh pihak bomba. Bukan senang weh! Masa ni bumbung dah hilang. Jatuh bertimpa2 ke bawah. Nasib la keta yang kat bawah tu kalau kena...


Antara rakyat2 Malaysia yang prihatin. Tuuu...Celah2 kat padang tu hah...











Para wartawan tempat kejadian.


Post a Comment