Wednesday, October 12, 2011
Eksiden.
Smalam kat simpang 4 Jalan Tengah tuh... aku jatuh moto. Dalam percubaan nak buat U turn sebelah Stream. Tatau la dia tak nampak aku ke atau memang pesen tak sabar-sabar nak jalan. Selalu aku nak U turn memang aku kat sebelah kanan mana-mana keta. Pastu kalo keta tu betul-betul nak U turn, memang dorang pon rapat ke kanan jugak sampai takde ruang moto nak mencelah. Habit Penang driver memang camtu.
Tapi makhluk smalam tu tah tamak ruang ke atau memang tak biasa bawak keta besar-besar, tapi bajet terer, tak pasti.
Tapi bodoh gila la duduk lorong kanan, tak masuk kanan, tapi nak pegi terus. Dah la signal moto aku mana ada untuk U turn. Ada je aku bagi signal nak ke kanan.
At least bagi ah aku lalu dulu.
Pastu langgar aku plak.
Siap pause lagi.
1 minit...
2 minit...
4 minit...
Dekat 5 minit aku cuba nak bangun. Dengan moto hempap aku lagi... nasib baik takde apape. Lebam je la sikit. Aku da la dengan letih-letih balik keje... dalam minggu ni aku belum rest lagi aku rasa. Hari-hari termasuk weekend ada hal. Pagi sampai malam.
Gigih jugak la nak bangun sendiri.
Sorang pon takde tolong.
Aku da bleh bangun tu, nak start moto balik, baru la owner keta tu kuar dari keta tanye aku ok ke tidak.
Apsal orang lain sibuk-sibuk hon je tapi tak tolong eh?
Apa dorang ingat driver tu langgar hantu ke sampai dia tak gerak-gerak lagi?
Siyes aku tak paham smalam.
Selalu aku tengok kat tv, drama-drama semua the moment they hit people, terus gegas kuar tengok orang kene langgar tu if takde ruang untuk lari sebab moto jatuh melintang jadi penghalang (kecuali 4x4 la. Bleh je naik atas keta lain. Baca: KL gangster)
Tak teruk pon. Aku je lebam-lebam sikit. Still boleh pegi keje lagi. See? Komited gila aku kan bab-bab keje ni? Huhu.
Kejadah la sangat komited. Baru nak lilit tudung dah mengalir air mata sebab tangan terseliuh takley nak angkat lelama.
So harini aku MC. Buat pertama kali seumur hidup masa dah kerja ni.
Posted via Blogaway & HTC Sense
Posted via Blogaway & HTC Sense
Dalam tag
phone blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
sabar ye aslina.. lain kali hati2...
MC la... pastu amik cuti tahun.. persetankan semua kerje.. duduk rehat kat rumah..
Hehe. Bukan main seronok lg lepak kat umah pade hari bekerje... bersungguh2 cover tido... hahaha :)
tragis nyer cerita awk ni... nak tekan like tak de...
sila buboh button like. hahaha
yeay... awk mc jugak akhirnya... tak yah nak rajin keje sgt tau
Post a Comment