Sunday, October 2, 2011

Lari.


Aku sebenarnya bukan la jenis manusia yang kuat sangat macam yang orang kenal aku berdasarkan apa yang dah aku lalui sepanjang hidup ni.

Kadang-kadang aku kalah jugak. Pastu aku lari. Lari dari orang, lari dari masalah. Macam skang. Aku dah jadi macam pelarian. Aku pun tak paham apa masalah aku. Kata pegi kem jati diri haritu bleh buat aku makin berjati diri. Tapi makin pengecut lari-lari macam ni ape citer? Mungkin aku bercuti je kot masa tu... makan angin je lebih sambil beraktiviti lasak.

Ramai jugak bising hidup aku dah semakin lifeless. Semenjak-dua menjak ni aku pon sedar aku macam lifeless. Hidup aku kat opis je. Tu pun da macam jarang cakap dengan orang. Kecuali kalo tech support. Plus overtime dalam keterpaksaan lagi... parah betul.

Gambar-gambar happy hour release tension masa kem jati diri haritu tah mana hala tah peginye. Takde tanda2 penganjur nak upload pun. Takkan nak lari elak-elak macam aku jugak...

Ntah la. Aku dalam bas ni. On the way balik Penang. Dari Putrajaya. Kadang-kadang tu menipu ni berkesan jugak untuk aku melarikan diri dari semua ni. Mungkin aku nak berehat. Cuti yang panjang untuk susun balik hidup menghala ke jalan yang benar.

Aku cuma perlukan sorang kawan yang boleh lead aku berfikir dari sudut lain. Yang berani tegur aku tanpa ada rasa "kau kan blaja tinggi, tapi apsal nak aku tegur jugak salah kau?"

Aku rasa sepanjang pelarian aku ni....

Aku da jumpa sorang.

Takpe ah. Kawan je pun. Bukan sahabat. Membe dia pun cakap dia tak layak jadi sahabat. Haha. Bengong.

Apa ntah aku cari sepanjang lari-lari camni. Ingat best ke lari dari masalah?

Sekurangnya lepas berlari ni aku dah bersedia untuk terima satu tembakan tepat di kepala. Nice one. Heh.

Posted via Blogaway & HTC Sense

Posted via Blogaway & HTC Sense
Post a Comment