Wednesday, January 26, 2011

Jonny's Journey

Sesape yang ade add aku kat fesbuk mesti perasan kewujudan album bertajuk seperti di atas. Aku bukan apa, antar mms kat abang aku dia tak dapat plak. Ye la nak mengadu betapa disasternya keadaan Jonny ketika sampai di Kuala Selangor. Gambar ni dari enset aku sebab akak (eh? ke adik) yang keje kat Skynet Kuala Selangor ni mintak aku tangkap gambar guna enset aku. Clear sikit.


Haha. Tangkap gambar siap tau. Ni kali kedua ni berlaku kat aku bende pelik-pelik dari Skynet Penang. Kali pertama dah salah antar. Heiii... Geram aku. Kali kedua siap begini. Side mirror kiri pecah cermin dengan plet nombor kat blakang tu patah.

Takde la aku nak tunjuk plet depan tu camne rupe dier. Bukan tatau korang nih kang ade wat modal pegi tikam pasal ke-suwey-an yang terjadi ni. Eheh. Takde lah. Aku tau readers aku seme baik-baik tak layan mende-mende khurafat camtu.

Lepas tu borak lebih-kurang sebab boss dorang pun takde, aku blah la. Tapi ade ke Jonny merajuk tiba-tiba dengan aku. Da tamau start plak dah. Kalo dulu minyak setitik pun gagah lagi boleh start. Ok hyperbola la minyak setitik. Mana aku tau ye dok? Tapi selalu-selalu aku balik kelas tu minyak da lebih bawah dari E. Rileks je jalan. Maka dia merajuk dan aku pun gigih la tolak dia sampai ke Shell. Nasib baik la dekat. Tapi berpeluh jugak la.

Dah isi minyak aku terus dengan mission aku pegi workshop peribadi Jonny. Ewah. Jangan memain ko Jonny ada personal workshop tau? Haa... Sebab aku nak check, betul ke tidak apa yang mekanik kat Penang tu buat sampai seminggu Jonny tersadai kat workshop itu. Sebab abang aku cerita dorang wat wiring je. Padahal abang aku saspek coil. Apakah coil dalam moto? Adakah beliau begini?


Ohh... Bukan... Ini adalah MOSQUITO COIL. Source : libaslajulaju.

Sebenarnya bukan la coil pun. Nama mendelah bermasalah itu adalah regulator & rectifier. Pandai-pandai korang la google pasal kegunaan rectifier dengan regulator ni. Bende ni da damage dan rusty sebab da dekat 3 tahun Jonny berskandal dengan aku. Maka bila dia dah tak berkeupayaan nak menstabilkan voltage motor, maka terjadi la bateri motor overcharged atau discharged, oleh sebab itu haritu electrical system Jonny cepat je out walaupun da tukar bateri baru. Sungguh merbahaya ok bawak moto takde signal semua. Dah tak pasal kene praktikkan apa yang test JPJ dulu. T__T. Dan mekanik Jonny tu sempat lagi mengutuk regulator tu kuar dari kilang bersaiz kecik. Hehe... Mau untung maaa.... :D


 Ini lokasi beliau di dalam Jonny. Ok Jonny bersawang di dalam. T___T 



Ini rupa bentuk sebenar. Dah teroksida dan rusty teruk bak kata orang kampung aku. Abaikan sawang-sawang kat celah-celah situ kalo ada. T___T.

Dah jadi macam blog mekanik kan blog aku skang? Padahal background dengan header kemain ceria seperti gadis-gadis. Cewah. Gadis. *Muntahlajulaju*



Dan begini la rupanya bila dah pasang baru. Mana laa takde teroksida benda ni. Jonny ni da la lasak, Selasak tuan dia yang suka betul travel balik kampung dengan moto. Pulak tu bukan dekat perjalanan. Paling-paling busuk pun 343km. Itu pun bukan setakat habiskan sepanjang hari atas highway, kemain la pecut macam Valentino Rossi. Punya la feeling-feeling naik superbike padahal tak sedar diri kaki tak jejak tanah bila naik superbike. T__T.

Takpa. Nanti aku kaya tahap upline-upline unstopbebal tu semua, aku nak order custom made superbike mengikut ketinggian. Haha. Tu la masalah aku dengan abang aku. Kami ni comel sangat untuk naik superbike gempak-gempak tu. Tadi pun try-try naik Kawasaki ER-6f tu pun macam terkial-kial. Lepas tu kene gelak dengan wife tokey workshop tu. Aaa... Hampeh. :D

No comments: