Sunday, January 9, 2011

Al-Kisah Topap

Kat Penang ni kadang-kadang broadband Celcom prepaid aku ni laju gila sampai tak terkejar... Tengok youtube pun takde buffering... Kadang-kadang macam lahanat jugak lajunye. Bila laju tahap siput babi tu, maka terpaksa la tutup laptop dan tido atau buat keje lain. T_T

Kesian brader-brader smalam tak pasal je kene bahan ngan aku. Aku suka sayang nak tukar Hotlink ni bukan apa... Dia offer tarikh luput sepanjang hayat kot... Jadi suka hati aku nak topap bila pun tanpe risau nombor kene potong. Dan da tentu aku yang kedekut nak topap ni kadang-kadang pilih nilai paling minimum nak topap. Eh, bersyukur tau kalo aku topap RM10 tu.

Sebelum aku beli prepaid Celcom broadband semata-mata untuk broadband ni aku ade beli Celcom Blue tu sebab dulu Maya Karin promo. Sama la nak guna untuk online je. Call ke apa jangan harap la. Takkan kasik tau nombor kat sapa-sapa. Senang nak testing bakal suami nanti. Malangnye akibat aku kurang komited nak topap tiap-tiap at least 3 bulan sekali... So, dah expired. Sadis gila. Maka tinggal la prepaid broadband Celcom ni saje... Sekarang pantang ada duit sikit lalu topap broadband ni. Nanti tiba-tiba nak terguna senang.

Zaman-zaman Hotlink mengamalkan topap RM10 tahan seminggu... Memang tiap-tiap minggu la bertopap aku ni. Kadang-kadang tu saje-saje biar sampai dekat-dekat tarikh batal perkhidmatan baru nak topap. Punya la liat nak topap. Sebab macam dalam entry lepas laa... Duduk umah sewa ni pakai Streamyx... Nak taknak aku dah jadik kaki online yang tegar. Kadang-kadang tido pun laptop still on. No wonder la laptop ni sampai 3x dah penah tukar mobo. Tuan dia ni memang guna tahap extreme.

Disebabkan rajin topap ni, pernah jugak akaun aku cecah RM200 lebih tanpa digunakan. Memang aku tatau camne nak abeskan topap. Zaman tu pulak duduk hostel, so, sudahnye aku sangat rajin buat share-a-topap untuk kawan-kawan. Bukan free beb... Bayar laa... Gila tak hagak-hagak nak buat amal jariah free-free ni. Dulu jugak rajin bertanding dengan Azim sape punye topap lebih banyak. Masing-masing jenis topap tapi tak guna. Topap semata-mata nak extend expired date. Tapi skang tak lagi. Sebab aku guna sampai tahap betul-betul dah takleh nak guna... Baru pegi topap.

Betul la tu aku takde boifren sangat sebab tu aku malas nak topap. Sebelum abang aku beli laptop dan pandai guna skype, dia la rajin call aku. Nak harap aku call...?? Hmm... Takde laa... Ngan kawan-kawan pun... Dorang je rajin nak call aku. Aku call orang time dapat masa call percuma. Tu pun time besdey aku. Kadang-kadang tu takde nak gune langsung. Biar abes camtu saje. Eleh, kalo ade boifren pun... Macam laa aku rajin sangat nak contact beliau. Baik aku paksa online je. Kalo clash, 2-2 tak sakit hati atau rasa topap terbazir camtu saje sebab contact calling-calling konon tengah malam sebelum tido. Hahaha...

Aku memang berkira beb. Tu la malang sape dapat awek macam aku. Kalo da jadik wife tu... Takde la sekedekut mase jadik awek kot. Haha...

P/S: Ini bukan iklan berbayar. Ini pandangan ikhlas dari hati aku. Hehe.

3 comments:

~Cinta Cukulet~ said...

sama la kita..saya pun setia dgn maxis ni dari matrix lg..nilah satu2nya no yg saya pernah guna..tak bertukar ganti...memang terbukti saya ni org yg setia kan? muahaha..

Aslina said...

::cinta cukulet::
wahh... lebih kurang la kite... tapi ni nombor yg ntah ke brape sebab nombor2 sebelum ni asik kene block sebab kengkawan suke2 hati je teka code salah. last2 tukar baru. siap tatau lagi bleh call center untuk dapat balik puk code.T_T

Anonymous said...

duit aku banyak abis kat topup. =.='