Friday, January 21, 2011

Why Oh Why...

Dah pukul 12.49 tengah hari da nehhhh... Abang aku cakap dia pos Jonny petang Rabu tu ari. Semalam kan cuti Thaipusam. Maka sepatutnye harini la da sampai. Aku punya laa gigih pesan-pesan dekat Angah tu cakap jangan tulis alamat penuh bagi mengelakkan kejadian sebegini dan begini berlaku lagi.

Maka aku suruh beliau tulis KUALA SELANGOR saje. Dan aku pun gigih la pegi gugel kot-kot ada Kuala Selangor lain sebab aku rasa macam aku lupa je nak bagi dia poskod sini.

Err... Ada ke Kuala Selangor kat negeri lain?

Jonny ai mish yuuuu... Sampai dekat demam-demam semalam punya la rindu sama Jonny. Bukan rindu apa, patah kaki ja tak boleh nak pegi pekan depan-depan tu pasal kalo jalan kaki rasa tak berbaloi. Kemungkinan dikejar anjing tu adalah tinggi sekali. Bukan apa. Penah kene kejar pun. Huhuu... Letih macam nak pitam punya berlari, okey?

Bukan kene kejar dengan anjing yang tengah garang-garang marah. Tapi dengan anjing yang confuse. Siap aku dengan pakai tudung semua pun dia boleh pikir aku tuan dia? Gila apa saiko anjing tersebut?

Be pozitip... Be pozitip... Mungkin Jonny sampai lepas Jumaat kot... Huhuhhh...

P/s: Header baru. Cat baru... Yeayy!!!
Post a Comment