Wednesday, April 14, 2010

Ramai Jugak Pengikut Aku Rupanya...

Percaya atau tidak aku menang pilihanraya konon-konon untuk jawatan Timbalan Setiausaha Agung (konon-konon lagi) untuk fakulti aku tanpa berbuat apape untuk berkempen dan jugak tak attend meeting apa kejadah semua itu dengan undian tahap beratus.

Ala, seratus lebih je kot. Tapi tetap cemerlang, bukan?

Orang lain pun tahap puluh-puluh je kot.

Terima kasih kerana mengundi saya walaupun saya tak pernah menjanjikan apa-apa perubahan pada fakulti lebih-lebih lagi bagi mengatasi masalah banjir dalam fakulti ketika hujan lebat.

Tahun depan aku grad, aku nak try bertanding untuk wakil rakyat kawasan Batu Maung plak.
Post a Comment