Friday, April 9, 2010

Pabila Bulan Mengambang Penuh...

Semalam aku rasa macam nak pukul orang. Bukan nak pukul je. Sape yang bantah sikit cakap aku ke, atau tiba2 nak suruh aku ikut arahan yang pada aku boleh mendatangkan amarah, rasa macam nak maki2 je orang tu balik.

Dia punya perasaan tu lebih kurang macam aku tonton cerita Daybreakers. Memang rasa nak maki2 la lepas tengok citer tu. Dah la citer tu pun penuh dengan maki-makian yang entah apape. Sikit2 kuar perkataan "shit!". Macam dorang je pandai maki2 macam tu.

Sebenarnye dari haritu aku tak puas hati sebab mana la aku tau punca Muaz mintak no matrik tu adalah untuk pencalonan GMK. Ingatkan main2 je. Pastu mintak gambar lagi. Memang ada aku bagi. Tapi gambar paling nampak macam lahanat la. Sumpah sapa2 tengok gambar tu, dia tak kenal aku. Muahaha...

Lepas tu semalam katanya konon2 ada meeting. Pukul 8.15 malam plak tu. Haa... Memang cari pasal la sebab aku dari pagi2 kot dekat fakulti. Sampai la ke pukul 7.30 malam bergelumang dengan kelas. Tak campur test lagi, pastu gaduh2 pasal lab report lagi. Berserabut betul life aku semalam. Lepas tu ada hati nak suruh stay lagi? Dah la petir2 kuar semua tanda nak hujan dalam kul 7.30 malam tu.

Memang laju je la aku balik umah. Pastu plak tambah lagi dengan rasa lain macam. Biasa la pompuan tiap2 bulan kan? Nak beli pad, duit plak tak cukup. Kalo dapat pad pun, macam la selesa nak pakai kan... Takkan nak pinjam underware orang plak kot... Budak2 sini bukan macam zaman2 dekat ATMA dulu. Selambe men rembat2 underware. Nak taknak memang aku balik la. Sorry kalo ayat aku memang kasar sebab aku betul2 tamau terlibat dalam apape bende pun dekat sini. Apa point aku dapat pun???

Nak plak Unisel adalah IPTS. Sepanjang pengetahuan aku, IPTS ni kalo mintak keje sekalipun, mana dorang tengok sangat aktiviti ko-kurikulum ko dalam campus. Paling bangsat pun semua pakai kabel. Laju je la diserap masuk dekat mana2 pun. Pointless ko bergelumang dengan macam2 aktiviti, tapi pointer kau hancur lebur. Pointer aku pun bukan bagus sangat. Well, its IPTS kan? Lagipun aku memang takde niat nak apply keje kerajaan. Maybe lepas aku dah puas keje dengan swasta pun aku akan bukak business sendiri. Takde hati langsung nak keje dengan kerajaan.

Lepas tu, tadi, katanya Isnin depan ada sesi pengenalan calon2. Fakap. Awal2 aku cakap aku takkan pegi. Tengok la cemana. Kalo hari Ahad aku nanti agak membahagiakan dan mendamaikan jiwa aku, insyaAllah aa aku pegi. Kalo Ahad tu macam cilaka... Gi mampus la. Tambah pulak Isnin depan aku memang free gila babi takde kelas. Watpe aku nak susah2 isi minyak moto untuk pegi campus semata2 untuk event duniawi camtu? (Ecehh... Dan2 duniawi, kannnn???)

Uhh... Camni la kan bile datang bulan. Semua benda pun nak emo. Cuma aku musyikil 1 benda je. Semalam masa area Taman Kilauan sampai ke Kg. Tanjong Siam tu, hujan agak lebat. Tapi aku gamble bawak moto lelaju jugak. Tiba2 aku rasa macam aku langgar something. Macam kuat jugak. Sampai umah, aku belek2 moto macam takdak apape. Kesan darah ke apa benda.

Sooo...

Apa benda yang aku langgar semalam ah???

1 comment:

RiEz said...

erkk...langgar pe tu?