Monday, April 12, 2010

Terganggu

I used to story about this before. Dulu. Rasa macam suka sangat-sangat. Tapi biasa lah. Lama-lama hilang macam tu saja. Memang aku tak boleh stick dengan sapa-sapa kot. Haha. Aslina in relationship? Baik kau hantar aku masuk spaceship saja. Cepat sangat suka orang, cepat jugak rasa malas nak layan. Lepas tu ignore. Lepas tu buat orang patah hati. Suka tengok orang kecewa. Dan buat-buat innocent. Konon tak bersalah.

Sekejap suka. Tapi lama gila kot aku suka dia. Tak pernah jumpa pun. Face to face guna video call YM je. Tapi tetap ada rasa suka. Setakat suka je la. Lepas tu dia pun suka-suki pulak cakap aku adalah satu-satunya dalam hati dia dan buat aku rasa sangat-sangat-sangat-seronok-berada-diawangan. Walaupun aku dengan dia adalah totally stranger. Buat apa pun nak mesej. Buat apa pun tiba-tiba nak jeles. Tapi entah kenapa rasa masa tu macam sweet sangat. Macam gila jugak rupanya penangan kasih-sayang secara online ni. Masa tu saja lah. Masa sekarang? Lebih suka duduk diam-diam sambil konon-konon siapkan pre-thesis dan segala kerja-kerja konon-konon banyak-banyak tu.

SMS, selalu contact tu adalah punca aku rimas. Sangat-sangat rimas. Kecuali kalau Asrul yang SMS, tu kalo tak jawap, memang selamba kena cop "adik derhaka". Huhuh.

No legal relationship means you have no rights to control me.

Sejak hilang macam tu saja... Takde lagi YM macam selalu-selalu. Takde lagi mesej kacau-kacau atau komen-komen dekat fesbuk. Takde lagi SMS datang mengganggu. Takde lagi nasihat-nasihat macam dulu. Takde lagi merepek nak call-call.

Kecuali MMS. Entah. Aku pun tak paham kenapa. Tapi dia je la macam tu. Aku still silent selepas aku rasa aku dah rimas dan macam nak melarikan diri. Takde jodoh. Kot. Kalau ada pun, ignorance is the best option. Betul. Tak tipu.

Sekarang aku tengah tersenyum lebar bila tengok tiba-tiba dia "in relationship". Suka? Ye kot. Dengki? Takda. Dan seperti selalu, aku takkan komen apa-apa. Lagipun aku dah tukar nama. Kawan-kawan mana perasan aku siapa dah sekarang. Kalo sepupu-sepupu, saudara-mara tu memang kenal sangat la dengan nama macam tu dekat fesbuk.

Punca aku buat-buat in relationship dalam fesbuk konon-konon tu pun sebab dia (harap-harap orang yang jadik mangse tu tak la kecik hati baca statement ni). Kenapa? Takde motif pun sebenarnya. Dekat kawan-kawan lain aku cakap sebab aku nak ikut trend. Tapi dia bengang jugak tu. Cuma tak tunjuk sangat. Dan aku pun terus-menerus mendiamkan diri macam mengaku bende tu betul. Hey, c'mon la. Fesbuk je kan? Not necessary kita nak cerita benda-benda betul kat situ. Cuma ada setengah orang je kadang-kadang amik serius. Sebab amik serius la selalunya sumber-sumber dari fesbuk selalu sangat masuk tv. Macam takde cerita real dah nak letak dalam berita.

Oh, baru perasan. Fesbuk sebenarnya sikit-sebanyak dah ambil-alih almost 45% of my life. Latest status aku itu adalah untuk dia. As if la dia dapat detect aku siapa. Malas nak reveal diri sendiri kat orang itu.

Suka duduk diam-diam sekarang.

Itu juga adalah sebab kenapa aku tukar nama dekat fesbuk. Mula-mula saja suka-suka. Lepas tu, nak tukar balik ke nama asal kena reject pulak. Sekali tukar saja nama panggilan kaum-keluarga. Senang hati pulak bila kawan-kawan pun dah jarang kacau dengan fesbuk chat tu sebab pertukaran nama tu. Termasuk dia.

Pelik?

Siapa dia?

Tu pun aku malas nak cakap siapa. Biarlah. Biar.

Sebab dia jugak aku tukar link. Sorry semua. Aku tau dier baca jugak blog aku. Sebab selalu lepas baca, mesti dia buzz YM aku nak tanya macam-macam. Kadang-kadang sampai aku tak terjawap. Sebab aku takde alasan kukuh pasal apa-apa pun yang jadi dalam hidup aku. Nak merepek boleh la.

Life aku adalah 80% sarcastic. 10% serius. 5% real. 5% tipu.

Lagipun dalam soal suka-suka orang. Konon sayang-cinta-mati la kan... Takde dah kot dalam life aku. Sebab aku rasa aku tak layak sangat untuk semua-semua nih. Sape tahan ngan perangai merepek-merepek aku ni kan... Main ikut kepala sendiri je. Bila suka, suka la. Bila bosan, tinggal. Sebab? Dulu aku pernah kena macam tu. Mungkin aku berdendam kot. Walaupun pointless.

Tambah pulak sekarang aku dah tak larat nak jaga hati orang. Buat apa susah-susah padahal hati aku pun takde orang nak jaga. Paling bangsat pun orang buat aku ni adalah pilihan terakhir kalo pilihan awal-awal dorang tu reject dorang terang-terang. Itu pun kalo ada rasa nak amik aku jadik pilihan terakhir. Kalo tak, takde pilihan utama dorang, maka takde la apape pilihan lagi dah. Aku bukan salah satu option.

Sekarang baiknye aku jadi lebih pentingkan diri sendiri dan akan sikit mengalah kalau ada orang sanggup mengalah untuk aku. Atau paling mulia jadikan aku sebagai pilihan utama. Percayalah. Aku sangat-sangat hargai dengan sepenuh hati.

1 comment:

epalejau said...

:) ko layan jugak lagi jiwang-jiwang ni? haha. camana aku leh taktau?

ekceli as, selagi orang tu tak declare ngan aku, memang ada harapan lagik la aku nak bosan dan rimas dengan dia.

lain lah kalau da jadi bf. tak perlu tunggu jadi suami. kalau dah jadik bf pun, kira aku da setia la tu..hahahaa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...