Wednesday, February 9, 2011

Apsal Selalu Camtu Ye?

Warning: Entry ni ade sikit-sikit unsur jiwang. Jadik kalo tak ske sangat, bleh la tekan [x] atas tu :D


Aku pun tatau apsal camni... Tapi semenjak-dua menjak ni, kadang-kadang aku jadik cepat terasa. Orang gurau pun aku bleh cepat terasa. Apa lagi bila tiba-tiba macam serius. Susah sebenarnya bila da start sayang orang lain hingga ke tahap agak-lebih dari diri sendiri. Apa benda pun nak terasa.

Tapi rasanya salah aku jugak la kan nak letakkan diri sendiri nak buat orang sayang lebey dari kawan. Padahal tak sedar diri pun diri sendiri ni macam mana. Kadang-kadang tu cepat la sangat perasan orang suke kite padahal orang tu rileks-rileks je takde ape pun.

Aku sangke aku da bese kot dikecewakan berkali-kali. Tanpe sebab pun kadang-kadang. Entah la. Bukan tak pernah nak cuba jadi terbaik. Tapi selalunya orang mesti nak compare dengan insan yang hadir dalam hati dia sebelum tu. Sama ada lebih baik atau lebih teruk dari aku. Aku da bosan la orang nak banding-banding ni kadang-kadang. Biarpun berkali-kali jugak cakap "Aku terima kau. Walau apa pun"... Tapi...??

Sebenarnye hati aku da lama pun macam kat bawah tu. Akibat orang-orang yang terdahulu. Cuma aku takde hati nak cerita ataupun nak bandingkan sape-sape dengan orang-orang yang da lepas tu. Biar rahsia kalo boleh. Biar aku sorang je simpan. Aku suka jaga hati orang tanak langsung sapa-sapa kecik hati. Kecuali kalo da mintak sangat memang la aku cerita. Tapi biasa tak semua. Separuh jalan je. Taknak orang terasa.


Maka walau sebaik mana pun siapa-siapa je yang muncul nak menceriakan hati aku (konon), tapi dier cuma deal dengan hati yang dah berkerut seribu tu. Tak mungkin dia akan deal dengan hati yang cantik macam mula-mula tu. Dan atas sebab itu jugak hati ini mudah sangat sensitif. Rapuh. Mudah hancur berkecai. Kalo da terubat pun, bukan recover 100%. Mungkin cuma 75% berfungsi dari yang asal. Mungkin kurang. Tak mungkin lebih dari itu.

Baik aku berhenti berharap je kan? Sebab sape la aku ni nak harapkan ape yang aku nak tu jadik kenyataan. Mungkin aku suke letak harapan tinggi-tinggi sangat kot. Sebab aku takde la mengharapkan harta tahap semua keturunan tak abes makan, rupe paras kacak bergaya macam Nabi Yusuf a.s, pelajaran tahap gempak-gempak takde tanggung hutang PTPTN... Takde plak aku nak demand camtu...

Tapi tak paham aku bile orang samakan aku dengan orang yang demand mende-mende yang aku state kat atas tu. Atau kalo tak samakan pun, anggap aku nak macam tu la sebab aku lahir kat dalam kawasan yang dalam kategori bandar. Ntah. Kadang-kadang orang senang je cakap sebab dorang takleh baca apa aku pikir. Tambah plak aku takde parents macam ni... Kadang-kadang senang je orang cakap macam-macam. Da la tak penah nak pikir ape aku rase kalo dorang cakap camtu.

Eh, watpe nak peduli apa aku rasa ye tak?

Takyah pun nak bermati-matian cakap takde layan orang lain selain aku. Sebab semua pun yang pernah cakap macam tu kat aku punya jalan cerita yang lebih-kurang. Bila rasa selamat sangat sebab aku tak kisah apa pun yang dorang buat, mudah je nak pasang jerat lain. Bila da senang dengan jerat baru, terus je aku ditinggalkan. Alasan mudah. Sapa suruh tak peduli? Sudahnya, tu la balasan.

Takyah pun nak jage hati aku. Bleh je jaga sendiri. Tinggal sendiri, tunggu masa kembali dengan orang-orang kesayangan kat dunia sebalik sana nanti. Aku pun tak suke nak kongkong orang. Sebab aku tau seksanya hidup terkurung. Aku pernah je jasad terkurung, hati terkurung, hilang kawan-kawan, tapi tak berbaloi sebab lepas tu aku hilang segala-galanya. Bukan mudah nak naik balik. Bukan mudah nak cari kawan balik. Macam kera sumbang. Setia la sangat. Setia pada sesuatu belum tentu menjadi hak adalah sesuatu yang sia-sia.

Sekarang aku rasa macam bakal nak ulang kesilapan yang sama. Cuma aku harap itu bukanlah satu kesilapan. Tapi camne nak tau itu kesilapan ke tidak? Sebab semua macam samar-samar. Lepas tu plak punya plot jalan cerita yang sama macam kesilapan yang pernah terjadi dulu... Cukup la dulu-dulu tu.

Phergh. Bunyi macam kecewa gila. Tapi kenapa pulak aku susah-susah nak kecewa. Kata kawan je pun. Kawan-kawan mana ada sibuk-sibuk nak jaga hati sangat.

3 comments:

MATAHARI said...

benar. dan masing-masing yang dah memahami itu akan menjaga sempadan hati dengan baik, supaya tidak mudah lagi tertonggeng.

OoNey™ said...

waa semart ur font..kenapa ni aslina...mcm sedey je..huhu itula..kita selalu je jaga hati org..setia tp last2 diri kena tipu..parah sendri..sedih gak i bce ur entry ni..tmbh bila dah xde org yg tersayang bersamakan..tp i respect u even though macam2 jadi kt u,ujian tuhan yang berat..tp u still kuat..be strong as and take care of ur heart by urself..

Azza Zahra. said...

Yupp. Hati yang dah tercalar
takkan cantik macam bentuk asal.
Like this post..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...