Majlis aku haritu 100% aku punya plan, tapi flow majlis, lantak kome la janji orang datang dapat doorgift, dapat makan, bab masa memang takleh nak jangka sebab awal-awal lagi time nak nikah dah spoil. Hahaha... Antara kejadian paling aku takleh lupa adalah... Part nikah tu la. Hehe. Kronologi citernye camni...
Khamis 22/12/2016
Husband aku (mase tu tunang lagi) touch down Malaysia pukul 9.00 malam. Kau ader, nak nikah lagi 2 minggu, tapi bakal suami baru sampai. Yang best tu, borang apa semua tak siap lagi. Orang lain biasanya 3 bulan sebelum nikah dah siap semua dokumen. Kitorang memang takleh nak elak sebab nak siapkan awal-awal adalah extremely terlalu awal. HIV test kan valid 6 bulan je... Last dia balik sini, bulan June 2015. 2 bulan selepas kitorang bertunang secara koboi. Hahahaha...
Jumaat 23/12/2016
Pukul 7.50 pagi lagi dia dah call tanya apa kena bawak untuk HIV test. Aku gelak-gelak cakap bawak diri je la... Pastu nurse situ buat pening pulak dah nak kene ada borang ke tak... Siap cakap ngan aku kot... Haha... Aku cakap, tak kisah, janji Pejabat Agama Selangor dapat keluarkan borang kebenaran nikah pihak lelaki dah cukup. LOL. Pastu aku teruskan buat keje aku kat opis, pukul 11.45 pagi camtu, bakal suami call cakap surat semua dah dapat. Mak oiii pantas betul Pejabat Agama Daerah Kuala Selangor ni... Siap tanya aku camner nak buat dengan borang ni supaya sampai kat aku at least hari selasa. Angah suggest pos laju je. So dia pun pos lajukan saje. Siap staff situ cakap insyaAllah sampai hari selasa kat aku. Yelah, isnin tu kan cuti ganti hari natal...
Harini jugak aku baru berani nak bagi kad jemputan kepada budak-budak opis aku. Semata-mata sebab mesej dalam post ini. Ha kau tak gile dapat mesej whatsapp camtu. Dah la macam musim kapal terbang terhempas je masa tu...
Selasa 27/12/2016
Takde nampak kelibat pos laju pun... So aku cancel cuti aku.
Rabu 28/12/2016
Ingat nak cuti untuk pergi pejabat agama, sekali aku tanya anak buah aku ade surat tak untuk aku, tiap sejam dia update... Tau pukul berapa dia update baru sampai? Pukul 4.50 petang. Esok je la aku EL untuk pegi pejabat agama... Okey la at least confirmed benda dah sampai. Aku sorang je kot dalam opis ni yang tiba-tiba je bagi kad kawen Jumaat lepas tanpa share dengan sape-sape bile tunang, bile kawen... Supervisor aku je la yang tau dan tak penting pun untuk dia sebarkan kat orang lain. Hehe.
Budak-budak yang lain pun ingat aku main-main je masa bagi kad tu. Semua macam biar betul minah ni. Stalk instagram, takde gambar dating. Stalk FB pulak asyik cerita main dengan kucing. Kerja kat opis, kalau kena stay, rileks je stay, takde masalah. Entah bila masa cari boifren pun tak tahu ler... Dengar gosip putus tunang pulak tu. Tetiba bagi kad jemputan? Sapa tak confuse...?
Khamis 29/12/2016
Aku pun pegi la pejabat agama. Tawakal habis ni, kena marah ke, kena reject permohonan ke redho jeee... Sebabnya tarikh submission ni cuma lebih kurang 5 hari bekerja untuk dorang proses. Padahal dalam SOP, paling lewat dia cakap boleh 7 hari bekerja. Itulah bulan 12 ni banyak benor cuti hujung tahun. Aku ingat dah kena reject dah sebab takde interview takde mende. Tapi alhamdulillah... Ustaz tengok tarikh settle borang yang lelaki tu pun macam terkejut sebab dari Selangor and baru settle last week. Agaknye dia pun rasa, nak marah sebab lambat pun, benda dah jadi.
Pastu ustaz yang handle daerah aku tu semalam ada la dia bertugas. Harini ustaz daerah lain bertugas, so dia cop abes semua, aku nampak aku dapat pengecualian temuduga... Fhewwwhh selamat beb. Haha. Kat Penang ni bakal pengantin yang pergi submit borang kena temuduga. Tapi aku pelik ah apesal aku dapat pengecualian... Balik rumah aku google kenapa... Rupanya sebab aku pegi kursus kahwin yang Majlis Agama Islam Penang anjurkan. Hihi.
Thanks la Iryani sebab heret jugak-jugak aku pergi kursus kahwen tu walaupun dalam hall tu masa tu aku sorang je join kursus tanpa hala-tuju yang jelas. So, dah cop semua, staff pejabat agama bagi resit bukti pembayaran proses kebenaran nikah dan dia cakap nanti borang semua time nikah tu, ustaz bawakan. Siap bagi no fon pendaftar nikah daerah aku lagi kat resit tu, minta wali aku call dan arrange tarikh nikah & masa nikah.
Okey. Part ni aku dah lega sikit. SIKIT je tau? Hahahaha... Angah pun call pendaftar dan arrange dengan orang kat masjid tu insyaAllah majlis nikah tu akan berlangsung pukul 10.00 pagi. Katanya ada 2 pasangan haritu...
Dan tibalah hari nikahnye...
Sabtu 7/1/2017
Nampak? Gembira drive sendiri okeh? Dari rumah pukul 6.45 pagi keluar, pegi jemput 2 manusia ni kat Vistana Hotel, terus pegi ke Kompleks Bukit Jambul untuk make up. Nasib baik la aku jenis muka takde masalah. So tak sampai sejam Kak Ani mekapkan aku, sebab actually Kak Ani pun macam lambat sikit sampai ke butik dia. Hahaha...
Lepas makeup dalam pukul 8.15 pagi tu, dapat berita yang rombongan yang bawak duit mas kahwin stranded dekat highway sebab ada eksiden. Estimate lambat la sampai, mungkin 11.00 pagi kot dorang sampai. So aku bawak kereta pegi rumah, tanya Angah, cemana... Duit lain ada la tapi dalam matawang lain... Boleh tak guna? Haha... Angah cakap, haritu dalam borang tulis ringgit Malaysia, maka baik pegi airport gi tukar kat money changer. Aku pun macam hah? Perlu ke? So berangkat la aku, bakal suami dengan "pengapit-la-sangat" bakal suami ke airport untuk tukar duit...
Ni la antara punca aku tak amik photographer. Kalau tidak, mau pening dia nak follow aku ke hulu-ke hilir untuk buat mini movie persiapan nak nikah. Aku sendiri pun rasa dah macam Fast and Furious dah aku drive ke sana ke sini...
Pastu kitorang terus ke masjid sebab mase tu dah pun pukul 9.30 pagi. Kat masjid tu yang ramainye yang rombongan pengantin yang lain. Siap dengan photographer, berdulang-dulang hantaran... Huntung laa ade hantaran... Tapi aik? Dah ada 2 pasang pengantin. Campur kitorang dah 3 pasang. Bakal suami aku dah cuak-cuak siap pegi menyibuk kat majlis orang nak tengok penolong pendaftar tu tanya soalan macam-macam ke tidak. Hahahaha... Sampai la 2 pasang pengantin tu siap, tapi kitorang ni takde apape terjadi.
Untuk isi masa lapang menunggu, kitorang bergambar... Hahahaa...
Aku siap layan sama kursus haji kat situ masa tu. Yang family aku plak dari ramai-ramai datang sejak pukul 9.45 pagi untuk akad nikah yang dijangka pukul 10.00 pagi tu, sudahnya tinggal Kak Syima, Kak Lina, Kak Ti dengan anak buah aku Hasni je sebagai wakil family aku. Bapak sedih kan? Orang lain family belah pompuan biasanya ramai semua, tapi aku time nikah hanya dorang je yang teman. Actually sebelum tu ada la beberapa orang lagi, tapi sebab dah lama sangat tunggu. Sampaikan yang stranded kat highway tu sempat datang sebelum kitorang akad nikah...
Plan pukul 10.00 pagi kononnya last-last pukul 11.30 pagi baru akad nikah. Yang paling style, pendaftar tu cakap staff pejabat agama tak inform apa-apa pun kat dia pasal kitorang, pasal akad nikah dan pasal borang kitorang yang dia kena bawak. Sebab tu la dia ada kat situ ajar kursus Haji sampai pukul 11.00 pagi baru habis. Haaaa mabeles bukan? Aku tak sure ada orang rakam ke tidak part pendaftar tu cakap dia boleh nikahkan kitorang sebab aku bawak resit bukti pembayaran proses kebenaran nikah. First time ever katanya. Nasib baik la aku bawak! Hahahaha...
Aku masa tu tatau nak gelak ke nak nangis. Sebab nampak sangat badi "terabai" aku yang dari Unisel terbawak-bawak sampai ke hari nikah. Angah yang akadkan suami aku. Hehe. Comel gila... Sebab suami aku confident je, Angah yang tergagap sikit. Hehehe... Kesian kat semua family husband yang ada kat situ. Mesti kebosanan tunggu sampai sejam setengah, pastu ada masalah camtu plak... So, basically aku tak sempat nak berlakon nangis-nangis masa time baca taklik sebab borangnya takde. Pendaftar tu suruh pegi Pejabat Agama hari Isnin nanti je untuk sign dan ambik. LOL.
Lepas majlis selesai, kitorang check-in hotel juga secara tawakal jugak. Dorang dah stay situ, aku je la pompuan sorang tiba-tiba ikut sekali lepas majlis tu. Sebab surat nikah sementara yang warna hijau tu pun takde. Haha. Survive la jugak sampai hari isnin tanpa kena tangkap basah. Mujur duduk hotel 5 star. Kalau duduk hotel bajet, honeymoon dalam lokap kot agaknye. LOL. Kira kalau kena tangkap basah tu, aku taktau nak salahkan sapa. Sebab pejabat agama pun tak buat keje inform ustaz tu pasal hal kitorang. Dan masa submit tu, aku rasa aku berjaya push the limits untuk Pejabat Agama Daerah Barat Daya Penang. Yelah, SOP kata seminggu baru dapat surat kebenaran. Tapi terbukti sebenarnya kurang dari 5 hari pun boleh. Eleh. Gelabah. Selangor boleh approve dalam masa sejam... Apehal kau ambik sampai 5 hari kan? Aku rasa 3 hari je sebenarnya boleh siap bende tu... Sebab ustaz bertugas ikut kawasan rotate bertugas kat pejabat agama tu selang 3 hari... Anyway, pada bakal-bakal pengantin luar sana, jangan buat kerja gila last minute macam aku. Hahahaha...
Isnin 9/1/2017
Hari Isnin tu seperti yang diminta oleh pendaftar pada Sabtu haritu, perkara pertama sebelum bertolak ke KL adalah ke Pejabat Agama Daerah Barat Daya nun di Balik Pulau. Hmm... Aku la drive sebab aku je tau jalan nak ke sana. Kesian kawan dia pening sebab jalan Balik Pulau tu berbukit dan berlingkar-lingkar. Sampai je kat Pejabat Agama, kena tunggu sekejap sebab pendaftar @ ustaz tu tengah buat sesi kaunseling untuk pasangan lain. Haha. Masa bagitau kat kaunter tu kata ustaz suruh datang, orang lain dah pandang semacam je...
Yelah, selalunya yang datang ni atas sebab sesi kaunseling. Kat tangan aku ade inai lagi kot. Pejadah kaunseling. Haha. Siap dengar ade couple cakap-cakap lagi macam tertanya-tanya eh dorang ni kene kaunseling ke ape? Layan je. Lepas inform kat kaunter tu, kawan dia sibuk tangkap gambar kitorang kat pejabat agama tu... Tak lama pun duduk depan tu... Pastu kitorang pun dipanggil ustaz masuk dalam pejabat dia untuk "sesi kaunseling".
Ustaz tu pun keluarkan la segala borang-borang yang sepatutnya diserah masa hari akad nikah haritu. Kene baca taklik pe semua lah, depan ustaz. Jep gedik nak baca taklik dalam bahasa inggeris. Haha. Ustaz tu pun layankan je la... Pas habis tu dah sign semua, check nama & ic kat surat nikah sementara, ustaz tu pun bagi la sepatah-dua kata. Sebenarnya best jugak ada pengalaman macam ni sebab bukan senang kita dapat dengar nasihat-nasihat dan tazkirah daripada ustaz secara peribadi lepas baca taklik... Ustaz tu siap cakap kitorang sebenarnya special & bertuah sebab masuk "sesi kaunseling" awal-awal sebelum ada masalah. Masa ego masing-masing masih rendah dan masih baru nak belajar kenal antara satu sama lain.
Rasa insaf la sekejap lepas masuk "sesi kaunseling" tu. Siap Jep pun tanya soalan-soalan berkaitan taklik yang dia baca... Sebab kitorang kan ade masalah lain yang menyebabkan kena duduk berjauhan buat sementara waktu... So far takde masalah sangat pun... Cuma dia cakap komunikasi tu penting. Jangan sampai hilang hormat antara satu sama lain. InsyaAllah kitorang takkan lupa segala nasihat ustaz sampaikan tu...
Apepun, terima kasih la pada yang sudi hadir walaupun buat muka sebab tak dapat layanan VVIP. Ye lah, nak raikan aku, aku la pengantin, aku la driver kereta sendiri, dengan pengapit takde semua, dengan letih organize doorgift, pasang pelamin, settle baju semua... Rasanya masa kenduri tu more to fake smile kot. In fact betul-betul letih gila... Memang aku style tak ikut apape pantang dah kot untuk seri pengantin la whatsoever. Wedding ni memang sempoi gila, jangan kata bridesmaid, pengapit pun tak sempat nak assign sebab memang dalam 2 bulan sebelum wedding, aku pulun habis buat semua doorgift sendiri macam dalam post ni. Siap movie marathon kau punya menggunting tracing paper tuh...
Pesanan lain pada bakal pengantin, agak-agak kalau duit memang lebih untuk buat majlis, please la suruh orang yang terdekat dengan korang yang paling korang percaya untuk handle majlis. Tolong la jangan buat semua SENDIRI. Aku dah lalui dan memang letih gila babi. Nak spend time dengan suami pun rasa macam... Boleh tak satu hari nak off whole day? Haha gitu... Dah la macam kes aku ni, lepas akad nikah tu, 8 hari je 24 jam aku boleh disisi suami. Lepas tu dah kne tinggal sebab dia kena balik UK balik. Wuuu... Long distance relationship again...
Apepun, thanks sebab sudi baca and seriously walaupun dah sebulan lebih, tapi aku still takleh move on dengan cerita kahwin aku. Hehehehehe...
No comments:
Post a Comment