Monday, March 29, 2010

Mangsa Letupan

Cerita last week... Konon2 last week sangat busy sampai lupa nak letak citer baru...


Ini adalah mangsa letupan yang ke-97 sejak aku berkecimpung dalam bidang letup2 ni... Heh! Tipu je. Haritu aku gigih nak tarik kabel masuk dalam bilik sebab tiba2 dapat ilham buat esemen. Pastu main tukar2 la kabel dengan power source sebab ku sangke kan adalah sama output voltage nya. Sebab hujung2 tu sama. Lagipun plug tu baek punya tersorok bawah kabinet. Kata nak cepat, kan... Mana la sempat nak belek2 plug mana- plug mana bawah kabinet tuu...

Yang kiri tu modem punya plug. Kanan tu switch tu punya plug.

Sekali, hambik kau! Pom! Meletup kat dalam. Siap kuar bau tak senonoh lagi. Kelam-kabut la SMS Kak Syima gitau mende ni meletup. Speeding pegi kedai PC tanya yang baru. Sekali Kak Syima suh tukar pakai wireless je terus.

Huhuhh... Akhirnye ada jugak la alasan kitorang nak pakai wireless dalam umah. So, sape2 yang duduk area2 Taman Desiran ni agak2 nak guna wireless dengan cemerlang tanpe gangguan, jangan la ragu2 ketuk pintu umah aku mintak pasword. Satu huruf pasword aku caj RM10 je.


Kalo ramai sangat mintak, tiap2 minggu aku tukar pasword. Amacam?

3 comments:

Legasi Piston Pecah said...

agak-agak sampai tak kt taman universiti?

deus X machina said...

shah alam sampai x

Aslina said...

::piston pecah::
ape ke jauh benau sampai ke taman universiti????


::deus::
tak cukup range la. lagipun sian plak kang ko susah2 je nak ulang-alik mintak pasword tetiap minggu...